Sikap Yang Betul2 Rare...

Farah Waheda Wahid
17
Source Extracted from Google
Kisah yang dikongsikan oleh En Rizuan di satu laman web:

Dipendekkan cerita petang tadi (16/4/2012) pukul 6 petang, aku lalu jalan depan Pudu-Maybank menghala ke Dataran. Seperti yang sedia maklum time-time tu memang jem tak ingat ditambah dengan hujan lebat KL petang hari.

Dalam tengah leka-leka memandang gelagat orang sambil kereta sekejap bergerak sekejap terhenti aku terpandang satu kejadian yang betul-betul aku tak sangka dan memang bukan mudah nak nampak dekat Malaysia ni...

Situasi masa tu ada seorang ayah mendukung anak kecil dia dalam hujan. Mak dia ada dekat belakang. Yang pasti keluarga tersebut Indon sebab dari cara pemakaian dan rupa paras mereka. Aku pun memula hairan jugak dengan perangai mak bapak dia yang tak nak berteduh... dalam hati aku nak jer pergi sound suruh duduk bawah laluan LRT tu... tapi dalam hati je la... =)

Time tu memang tengah sesak dengan pejalan-pejalan kaki yang sibuk nak balik dengan berbekalkan payung memasing. Tak semena-mena sampai satu budak lelaki cina berpakaian pejabat pergi dekat ayah yang dukung budak kecik tu bagi payung kat bapak tu... Dia tinggalkan payung. Sebelum dia pergi dia sempat usap-usap kepala budak kecik tu sambil melambai (bye2)...Aku betul-betul nampak keikhlasan dari riak air muka budak cina tu... Dia senyum masa nak blah dari situ... Dia alas hujan pakai tangan jer... 

Lepas jadi peristiwa tu, aku betul-betul tersentuh... Aku terus terfikir masih ada manusia yang berperangai manusia tanpa mengira kaum, kulit, agama... Sampai malam ni aku masih terbayang kebaikan budak tu... 

Tujuan aku bercerita ni sajer jer nak share dan nak tanya, adakah masih ramai di luar sana berperangai macam budak cina yang aku cerita ni? tak pun tanya pada diri kita sendiri...adakah kita akan buat benda yang sama???

Rare-kan? Memang ada orang yang baik cenggini... tapi kebarangkalian tu sangat tipis untuk selalu atau kerap kita lihat... Frequency-nya jarang-jarang... Mostly orang orang sekarang ni, cuma fikir untuk lepaskan tekak sendiri jer...and selfish... Yesh... admit it... Perit atau tidak...thats the reality of life kan? 

Post a Comment

17Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Oh so sweet! God bless that Chinese dude!

    ReplyDelete
  2. masih ramai lagi.. cuma kita je yg tak nampak ^__^

    ReplyDelete
  3. tacing baca
    baik betul hatinya
    aah..even org tu sebangsa kita.. sukar kita nak buat bende yg sama
    coz selfish..betul kata sis

    ReplyDelete
  4. Kita memang tak boleh bezakan warna kulit apatah lagi agama...kita semua makhluk Allah..sentiasa sama disisiNYA...Walaupun berlainan agama dan pegangan...tapi kita memang di ajar dengan budi perkerti yang baik...:)


    Kalau cik akak...belum tentu sebaik mamat tu dik..huhu...insaf..

    ReplyDelete
  5. baik betul budak tu kan Farah..kalaulah ramai yang bersikap macam budak cina tu..

    ReplyDelete
  6. jarang sangat jumpa orang macam ni :)

    ReplyDelete
  7. Kalau ramai yang bersikap begitu tanpa pilih bangsa, memang amanlah Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Ntahlah..Terus terang cakap, rasanya kalau saya pun belum tentu lagi...
    Tapi lepas baca kisah ni...mungkin tergerak hati utk melakukannya, insyaallah...

    ReplyDelete
  9. huhu kalau sy pon mungkin akan tgk dan berkata kesian dalam hati...tapi setakat tu je la...tak sehebat budak cina tu yg dgn rilek boleh bagi payung....respek kat dia...mmg rare....

    ReplyDelete
  10. memang kita kena pupuk diri kita untuk menjadi seperti budak cina tu :)

    ReplyDelete
  11. Baik sungguh hati mamat cina tu. Nak kenal-nak kenal (^_^)

    ReplyDelete
  12. touching dan rasa bangga dgn sikap budak cina tu....

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..masih ada insan yg baik mcm tu kat dunia ini..

    ReplyDelete
  14. hmm... kalo la semua macam tu.. harmoni selalu dunia ne..

    ReplyDelete
  15. tersentuh hati dgn kebaikan budak cina tu..biarpun berlainan bangsa dan agama kan.. ish.. kalo org melayu yg ada situ mmg patot rasa malu la dgn budak cina ni..

    ReplyDelete
  16. kalau iha cakap ni harap2 xde sensitiviti antara mana2 kaum la.. sebenarnya org cina lebih concern dalam setiap hal, seriously.. pengalaman kat sekolah, kat hospital n orang atasan tmpt abah kerja pun sgt2 baik.. eventhough x sama bangsa n agama, tp diorang pun berfikiran sama mcm kita juga, buat baik dibalas baik..

    ReplyDelete
  17. Betul-betu... diri sendiri pun tak tentu lagi buat cenggitu... Tabik spring kat budak cina tu!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !