Pengasas2 Mazhab Dalam Islam

Farah Waheda Wahid
9
Source Extracted from Google
MAZHAB HANAFI
Mazhab Hanafi diasaskan oleh Nu'man bin Tsabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu2 keputusan bagi masalah yang dihadapi. 

Oleh kerana beliau seorang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka dapat membuat perhubungan rapat dengan pembesar negara. 

Beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan tinggi dalam pemerintahan. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra'u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan".

Ketika hayatnya, beliau dapat mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama serta ideologi dan ism yang pelbagai.

Beliau dapat hidup dalam 2 zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah. 

Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri. 

Mazhab Hanafi turut digelar mazhab yang sangat rasional.

MAZHAB MALIKI
Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas. Beliau lahir di kota Madinah pada tahun 93 Hijrah. 

Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah. Sewaktu hidupnya, Imam Malik mengalami 2 corak pemerintahan iaitu Umaiyyah dan Abbasiyah, di mana pertelingkahan sengit 2 pemerintahan sering berlaku. Pada masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya di kalangan masyarakat. Imam Malik menghafaz Al-Quran dan hadis Rasulullah. Ingatannya sangat kuat.  Beliau mendengar hadis daripada guru. Kemudian terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadis yang dipelajarinya.

Pada permulaan hidupnya, Imam Malik bercita2 menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau memadam hasrat itu. Ibunya kemudian mahukan anaknya mempelajari ilmu fiqh. Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Imam Malik adalah seorang guru miskin. Pernah suatu hari, kayu bumbung rumahnya roboh. Beliau kemudian menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya. Namun, Allah murahkan rezekinya hingga menjadi kaya. Dengan kedudukan itu, beliau memakai pakaian mahal dan bau2an yang baik. Imam Malik adalah seorang yang cergas dalam menuntut ilmu.

Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadis. Sanad (sandaran) yang dibawa oleh beliau, termasuk salah satu sanad terbaik dan benar. Imam Malik adalah seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya serta cermat dan halus memilih rawi2 hadis. Pendek kata, Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini. Imam Malik tetap berpegang teguh pada ajaran Rasulullah bahawa hadis itu petunjuk dan penyuluh kepada manusia. Seseorang tidak harus meninggal dan membelakangkannya. 

Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau terlebih dahulu mendalami ilmu yang dipelajarinya hingga kadang-kala tidak tidur. Selepas fikirannya matang dan benar2 berkebolehan, barulah beliau mengajar. Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan Al-Quran dan hadis. Imam Malik menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami Al-Quran. Beliau juga sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum. Imam Malik berfikir panjang sebelum memberi satu2 hukum atau fatwa.

Beliau pernah berkata: "Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu2 soalan yang dikemukakan kepada aku." Apabila beliau ditanya satu2 hukum, beliau terus berkata kepada penanya: "Pulanglah dulu supaya aku dapat berfikir." Ramai manusia merendah2kan Imam Malik kerana beliau melewat2kan menjawab pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata "Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti (hari kiamat)"

Mazhab Maliki turut digelar mazhab yang terlalu tradisional.

MAZHAB SYAFIE
Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 Hijarah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin.

Inilah tarikh paling mahsyur di kalangan ahli sejarah. 

Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf. Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita2 tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam mencedok dan menimba ilmu.

Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang2 fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi. 

Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab 4 serangkai.

Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: "Diceritakan kepada Nabi Muhammad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua."

Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.

Imam Syafie menghafaz Al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz dan menulis hadis. Beliau sangat tekut mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.

Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun, Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.

Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu: "Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?" Kata2 itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh. 

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.

Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis. Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami Al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya. 

Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja ilmu usul fiqh.

Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam Syafie sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.

MAZHAB HANBALI
Pengasas Mazhab Hanbali ialah Ahmad Bin Mohamad Bin Hanbal. Beliau lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 Hijrah. 

Ibnu Hanbal dari keluarga miskinn. Sewaktu bapanya meninggal duni, keluarganya tidak ditinggalkan harta yang banyak kecuali sebuah rumah kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupan, beliau terpaksa bekerja di kedai jahit. 

Ibnu Hanbal menuntuk ilmu sepanjang hayatnya. Beliau mempelajari hadis hingga menjadi seorang imam. Seseorang pernah berkata kepadanya: "Sampai bilakah engkau hendak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?"

Imam Ibnu Hanbal menjawab: "Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke pintu kubur."

Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Imam Syafie adalah salah seorang guru beliau. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan haji. Pada waktu itu, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram.

Ibnu Hanbal mempelajari ilmu daripadanya. Mereka kemudian bertemu kali kedua di Baghdad. Imam Syafie menasihatinya supaya mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian. 

Reference & Source: HERE

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Betapa zuhudnya kehidupan merekakan farah....

    ReplyDelete
  2. bgs knowledge ni..kdg2 kita pun terlupa dgn mereka..:)

    ReplyDelete
  3. Assalam, Entri spt ini yang saya nantikan...terima kasih krn berkongsi pengetahuan.

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg menarik buat refresh2....

    ReplyDelete
  5. baru anis tau, selama ni duk sebut-sebut je.. thx akak, good info :)

    ReplyDelete
  6. thanks for ilmu nie.....selama nie mungkin remy tak tahu.....

    ReplyDelete
  7. nory pon dah lupa pasal ni, nsb baik farah up entry ni, dapat jugak nory catch up balik...

    ReplyDelete
  8. mmg benar pernah dgr nama mazhab2..tp x berapa jelas tentang ni.. alhamdulillah hari ni farah kongsikan psl ni.. thanks farah... =)

    ReplyDelete
  9. Teringat psl sirah imam mazhab yg 4... Suka sgt wktu bljar dulu...tpi x ingt sgt.. Sbb biasa la sejarah kan.. Nice sharing kak... Remind my history.. :-)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !