Mudah Memanglah Mudah... Tapi...

Farah Waheda Wahid
32
Source Extracted from Google
Teet... Teet...Teet... Ting! Siap sudah... Senang kan? Bila nak panaskan makanan, bila nak masak Maggi, dan juga memasak makanan2 lain yang bersesuaian...masukkan aje dalam microwave oven pas tu tekan punat yang bersesuaian... piring dalam microwave oven tu akan berputar mengikut masa yang ditetapkan...pas tu siap...bley makan...Macam tu lah gamaknya gaya hidup moden kita sekarang kan? Saya pun lebih kurang sama juga sometimes... Masa jimat... Gas stove x kotor... Gas x habis...la la la...

Mudah memanglah mudah...tapi...hu hu hu...sebenarnya x elok selain sangat makan makanan dari microwave oven ni... and kalau boleh elakkanlah kot... tapi zaman sekrang ni...mana mungkin... inikan merupakan salah satu gadget yang digunakan secara meluas jugak...Microwave oven ni dikatakan memberi kesan kepada kesihatan manusia sebab microwave oven menghasilkan makanan yang sangat bahaya yang mana makanan yang dimasak atau dipanaskan menggunakan microwave oven dikatakan menjadi toksik...

Fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, German and Rusia:

1. Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam microwave oven.

3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.

Kesan makanan gelombang mikro?

1. Sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

2. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat  makanan. Badan kita juga menyerap kompaun2 yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

3. Mineral2 di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam microwave oven. Ini antara punca mengapa penghidap kanser meningkat.

4. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus -- juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.

5. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel2 kanser meningkat di dalam darah manusia.

6. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.

7. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Cam takut la pulak kan? Bila fikir2 balik...nasib baik jarang sangat guna microwave oven ni kecuali waktu waktu terdesak. Tu la kan..patutlah sekarang ni makin banyak penyakit2 yang pelik2 muncul...Salah satu sebabnya... ni la kot? microwave oven... So jomlah kita sama2 mengurangkan atau tak guna microwave oven... Jaga kesihatan selagi boleh ye tak?

Post a Comment

32Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mai pn jarang guna microwave..ye la, teknologi ni ada gk mudaratnyer

    ReplyDelete
  2. x muah juga.. hihi.. ada je kt umh.. tp x guna.. rasa nk llong je.. hihi..

    nice sharing... :)

    ReplyDelete
  3. kak..kwn BK kata kan microwave pon xelok slh satnya kena kanser.terus BK xamalkan dh mak pon dok bsing je

    ReplyDelete

  4. Tak minat microwave sebab tak reti nak guna. Dulu pernah beli...last-last bagi je kat orang. Sedihkan ?
    Akak suka guna oven letrik yang biasa je.

    ReplyDelete
  5. Kami kat rumah mmg tak guna microwave utk masak2 cuma baking :D

    ReplyDelete
  6. Jom makan pakai dapur sabut. Organik terbaik :)

    Ada2 jela orang putih ni

    ReplyDelete
  7. tak pernah guna. ^_^ tapi bagus info ini untuk dikongsikan bersama

    ReplyDelete
  8. Alaaa ye ke ???

    thanks sharing akak =D

    ReplyDelete
  9. ohh,gituu yerrmnasib baik xpakai microwave.huhuh

    ReplyDelete
  10. banyak keburukan dia ek. nasib baik FD tak pena guna microwave :D

    ReplyDelete
  11. bahayanya.. dulu aiza selalu masak maggi guna microwave masa kat office.. terima kasih sebab kongsi info ni..

    ReplyDelete
  12. Rumah Teena ada microwave, tp x slalu guna pon..

    ReplyDelete
  13. Akak jarang guna microwave..kat umah mak mmg xde..kat opis ada la tp utk hangat lauk je...

    ReplyDelete
  14. seramnya farah! daddy ada gak guna oven microwave ni utk panaskan makanan..tp x selalu lah guna..

    ReplyDelete
  15. nasib baik kat rumah xde nie...
    thanks farah sharing..klu tak memang tak taulah...

    ReplyDelete
  16. takut pula djdanchef baca pasal micro wave.. dj pun jarang guna benda ni..

    ReplyDelete
  17. ooo tq for the info :)
    saya xslalu guna microwave wlaupun ada kt rumah huhu

    ReplyDelete
  18. nasib baik rumah tak der microwave....

    ReplyDelete
  19. bahaya kan, guna oven biasa dah la..

    ReplyDelete
  20. ha pernah tgk WHI bncgkn isu ni..bahaya penggunaan microwave..

    ReplyDelete
  21. Hish, bahayanya.. Saya guna cara tradisional jer panaskan makanan.. Hihi..

    ReplyDelete
  22. setuju....mmg x bagus sgt guna microwave ni.

    ReplyDelete
  23. betul tu, mudah dan cepat...tp kesan dia...

    sesekali boleh la, tp diamalkan selalu...

    ReplyDelete
  24. Good Info k.frh.. nasib baik sya pun jarang guna...;p

    ReplyDelete
  25. deqla xde microwave kat umah..so mmg x guna la..hihi...

    ReplyDelete
  26. Pernah gak dengar pasal keburukan guna Microwave ni ...tapi guna jugak utk reheat... nak buek camno..terpaksa...hehe

    ReplyDelete
  27. ayorkkkkkkkkkkkkk, jadi tukun la microwave ai tu...kekekekekeke

    ReplyDelete
  28. jarang guna wpun mmg ada di rumah

    ReplyDelete
  29. Akk mmg ada mikrowave ni tp x guna sgt pun. Tu pun adiah kawin 10 tahun yg lalu. Kalau kata nak beli x la kut.

    ReplyDelete
  30. hmmmm taktau la sejauh mana ketepatan hasik kajian ni...rasanya semua benda boleh meningkatkan risiko kanser...kalau boleh kurgkan tu eloklah kurgkan....

    ReplyDelete
  31. yup, ada kebaikan, dan ada kekurangannya kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !