Kisah Si Lactose Intolerance...

Farah Waheda Wahid
22
Source Extracted from Google
Inilah dia serbuk minuman yang saya cuba jadikan sahabat baik buat masa sekarang... Hu hu hu... Sedaya upaya tau tak? Saya mencuba menjadikannya sahabat baik saya di waktu pagi dan juga malam... Anmum Materna yang berperisa chocolate.... 

Walaupun berperisa chocolate tetapi tekak saya ni masih gagal menerima uols...huwaaa...sedey tau... minum jer kembang tekak, minum jer kembang tekak...dan pagi semalam bila minum... tahniahler buat diri sendiri...sebab akhirnya terkeluar balik dengan jayanya... 

Why? Sebab saya ni Lactose Intolerance sejak dari baby lagi... whatever yang berkaitan dengan susu... I will say NO... sebab kalau saya paksa diri minum jugak or mama bagi saya minum susu jugak...nanti muka jadi birat or biru jer... pas tu sesak nafas...seriously... no jokes... So masa baby2 dulu...x minum pun susu2 ni dan melainkan ISOMIL... sian mama...katanya susu tu mahal... erkss...memang mahal pun tengok harga kat pasaran... 

Lactose Intolerance? Apakah? 

Source Extracted from Google
'Lactose' atau laktosa adalah "gula" yang terdapat dalam susu dan produk2 tenusu. 'Lactose Intolerance' atau intoleransi laktosa adalah ketidakupayaan usus kecil untuk menghadam 'lactose'. Pada kebiasaannya apabila kita makan atau minum sesuatu bahan sama ada susu atau produk2 tenusu, usus kecil akan mengeluarkan enzim yang dipanggil 'lactase' untuk memecahkan 'lactose' kepada 2 jenis gula ringkas yang dipanggil 'glucose' dan 'galactose' yang kemudiannya mudah untuk diserap oleh saluran darah dan menukarkannya pula kepada tenaga yang diperlukan oleh badan. Sekiranya 'lactose' ini tidak dihadam dan diserap dengan baik, ianya akan menyebabkan sakit di bahagian perut, penghasilan gas yang banyak yang menyebabkan kekembungan dan lebih parah apabila berlaku cirit birit....  gas yang banyak yang menyebabkan kekembungan tu la yang menyebabkan muka saya ni birat or biru! hu hu hu.... memang seksa rasanya... 

Walaubagaimanapun, setiap orang berbeza tingkat 'Lactose Intolerance' yang dialami dengan seseorang yang lain.

Simptom?

'Lactose Intolerance' ini boleh terjadi kepada orang dewasa dan juga kanak2. Simptomnya boleh diketahui hanya selepas 30 minit atau 2 jam pengambilan susu atau produk2 tenusu apabila berlakunya radang pada lambung atau usus kecil atau dikenali sebagai 'gastroenteritis' (gastric flu atau stomach flu) dan menyebabkan berlakunya cirit birit. Tahap 'Lactose Intolerance' ini boleh diuji pada seseorang dengan melakukan ujian pernafasan gas hidrogen (hydrogen breath test) atau ujian kandungan asid dalam najis (stool acidity test).

Kenapa Berlakunya 'Lactose Intolerance'?

'Lactose' yang kita ketahui adalah merupakan gabungan 2 gula ringkas. Untuk memudahkan saluran darah menyerap 'lactose', ia perlu dipecahkan kepada 2 gula ringkas tersebut iaitu 'glucose' dan 'galactose'. Penguraian 'lactose' kepada 2 gula ringkas yang boleh diserap oleh saluran darah ini dilakukan oleh enzim dipanggil 'lactase' yang dihasilkan oleh usus kecil. Mana2 'lactose' yang tidak dapat dihadam disebabkan kurangnya penghasilan enzim 'lactase' atau disebabkan terlalu banyak pengambilan susu atau produk tenusu yang tinggi kandungan lactose terutama susu lembu yang akan menyebabkan kembung, sakit di bahagian perut, gastrik dan cirit-birit.

Adakah Orang Yang Mengalami Masalah 'Lactose Intolerance' Tidak Boleh Mengambil Susu atau Produk Tenusu dalam Diet Mereka?

Jawapannya tentulah tidak. Mereka masih boleh mengambil makanan seperti yogurt yang dihasilkan dari susu lembu kerana bakteria baik atau 'cultures' yang terdapat di dalam yogurt dapat membantu menghadamkan 'lactose'. 


*Yang herannya, walaupun saya ni 'Lactose Intolerance' tapi masih boleh lagi jadikan Starbucks Coffee, San Francisco Coffee dan Coffee Bean tu best friends foreva' (BFF) saya...ekekekeke... tapi bila bab2 pure susu, bab2 seperti Anmum Materna ni, jadi alah dan kalah pulak saya... geds betul... 

Post a Comment

22Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. anak sya LI jugak..kena bagi susu soya serbuk (yg tak berapa ummpphh)..mau tidaknya kena minum jugak

    ReplyDelete
  2. nie entry utk org dah kawen jer..hihik

    ReplyDelete
  3. tq share info ni yer farah

    ReplyDelete
  4. preggy? congratz dear...its ok sebenarnya kalau xminum susu...amik real and fresh food..buat juicing (fruits & greens) sebenarnya lagi byk khasiat...untuk dpt kalsium, makan real food yg high in calcium like bak choy or brokoli etc...

    ReplyDelete
  5. nieza pun takleh telan susu ni..mesti muntah balik..alih-alih..minum susu everyday jer...

    ReplyDelete
  6. Susu susah sikit nak masuk kat tekak...even masa pregnant dulu jarang minum susu...huhu
    Tapi brand dutch lady full cream milk i like...hehe

    ReplyDelete
  7. akhirnya
    tahniah dik !
    x per ... slow2
    tapi akak pun x lalu
    masa preggy akak suke minum soya drinho dan viatgen
    tu je yg lalu .. lain tolak awal2 huhuh

    ReplyDelete
  8. sume anak zee pon alah ngan lactosa..memang akan cirit birit..
    masa baby bagi la isomil,lebih umur stahun dah tukar yang murah skit..mmg kayap kejap time tu..

    akak preggy ke?tahniah..

    ReplyDelete
  9. kalau amik calsium jenis pil 2 xleh kea farah? err.. susu jugak yea? hu2..

    ReplyDelete
  10. Maafkan saya, out of topic skit...

    Bila nak tukar gambar Farah dlm blog ni...kan manis spt gambar dlm Google profile tu... :) Jgn marah ye...

    ReplyDelete
  11. Akk prggy ke?? Tahniah... Hehe.. Alhamdulillah sy x hdpi mslh tu dan susu ialah bff sy... Hehe... Tapi aap2 ni info yg bgus dn perlu tahu...

    ReplyDelete
  12. opps baru tahu... thanks for info.. semoga kandungan akak sehat sokmo

    ReplyDelete
  13. akak kena gigih minum for the baby! ;) usaha tangga kejayaan hehe

    ReplyDelete
  14. Makkkk semput baca ni....hehe
    Bis tu kslau dah tau tak leh ambik nape minum gak sayang!!!

    ReplyDelete
  15. bahaya jugak lactose intolerance ni kalau x jaga betul2.

    ReplyDelete
  16. kena picit hidung bila nak minum....he3..... kena try dulu......

    ReplyDelete
  17. ain dulu...masa awal2 ngandung gaduh sokmo ngan encek muntah sbb tak tahan nak minum susu...alhamdulillah, after first trimester tu, ok je...

    ReplyDelete
  18. owh..ada jgak rupanya penyakit camni ye..x sgka..susahnyaa..

    husna x suka minum susu..=D

    ReplyDelete
  19. nak kena gantikan dengan benda lain la tu nampaknya farah....huhu...

    ReplyDelete
  20. susu yang sesuai untuk ibu-ibu yang pregnant....

    ReplyDelete
  21. yg x preggy x leh minum la eh? kehkeh... (soalan nk mintak penampar kan..) ;p

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !