Kedudukan Jerawat & Petunjuk/Petanda Kepada Kesihatan Uols...

Farah Waheda Wahid
23
Source Extracted from Google
On last Saturday, kat office (occay last week turn ai kerja...), mengomel dan merungut sikit kat che che ai Sharon... duk ngomel2 kat dia... dan ngadu2 yang jerawat naik kat atas bibir seketul...wakakakaka... #gebang... walaupun jerawat tu cenonet jer...jerawat nasi... erkss.... muka saya memang jarang sangat tumbuh jerawat... dan bukanlah jenis berjerawat... kebarangkalian tu memang jarang sekali la... tapi mungkin lah disebabkan perubahan hormon kot?  Terus2 che che cakap... nasib x dekat dagu...cause if dekat dagu, Chinese believe that your ovum, ovari or apa2 jer lah yang seangkatan dengannya... senang cerita sistem peranakan bermasalah... 

Oh really? So dengan penuh berminatnya, gi lah Google2x kan? Dan terjumpa artikel ini yang telah dikongsikan oleh Pen Patah ... maybe uols dah pernah baca... dan maybe not kan? 

JERAWAT DI DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat di dahi kita. Orang yang ada jerawat di dahinya selalunya memiliki sifat panas baran (erkss... memang ada kot pernah dapat jerawat kat dahi? ha ha ha...memang boleh jatuh gak sifat panas baran tu at times... tapi sekarang ni dah banyak reduce dah). Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

JERAWAT DI HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

JERAWAT DI DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah... 

JERAWAT DI PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru2 berkemungkinan tidak normal.

JERAWAT DI BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik. 

*Artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapat maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, uols perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Post a Comment

23Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. info yang menari waheda... izinkan saya copy ya,.....nanti saya backlinks heheh

    Eina Azman Teruskan Saman Terhadap Ibu Afiq Muiz
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/05/eina-azman-teruskan-saman-terhadap-ibu.html

    ReplyDelete
  2. sharing is caring..rating tertinggi di blog sy dlu..

    ReplyDelete
  3. Wahhhh.. Baru tahu ni.... Tak tahu pula yang kedudukan jerawat mempengaruhi.... Thanks farah...

    ReplyDelete
  4. Saya baru dapat seketul kat dahi and pipi semalam.. Suhu naik and fungsi buah pinggang tak okeh.. (^_^)

    ReplyDelete
  5. menarik info ni.. jerawat aiza kat pipi kanan, mesti ada masalah dengan paru2 ni.. tapi memang aiza ada penyakit asma, ada kaitan tak?

    ReplyDelete
  6. info yg bagus...selama ni igt naik jerawat time nak period ja..

    ReplyDelete
  7. bagus infor ni farah !

    ReplyDelete
  8. Hehe.. X tumbuh jerawat.. Gane lak tu.. Hehe

    ReplyDelete
  9. deqla plak jarang sgt timbul jerawat.. hrp2 mcm tu la smpai bebila.. thanks dear.. nice sharing... =)

    ReplyDelete
  10. wahhh good sharing nie dik ! ;)

    ReplyDelete
  11. oooo...dulu sy kerap kne jerawat blakang bdn sbb memg de mslh sembelit..skang dah takde lg sbb tak kena sembelit dah..huhuhu

    ReplyDelete
  12. pernah tbace gak kedudukan jerawat ni..bace je kot..klu nk lebih lanjut mmg kena taye pakar la kan..hihi ^^

    ReplyDelete
  13. nasib baik tak pernah timbul jerawat kat muka. hehe :D

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing this Kak Farah...macam ada betulnya je. sebab saya memang hadapi situasi tu bila jerawat tumbuh dikawasan tertentu tu

    ReplyDelete
  15. Samalah kita Farah...jarang tumbuh jerawat... jeragat adalah hehe...dah tuo dah...

    ReplyDelete
  16. Dulu ms mula masuk Uitm macam gunung berapi dah muka ni. Kejap kejap nek jerawat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !