Ini Sahaja Logo Halal JAKIM yang Sah!!!

Farah Waheda Wahid
25
Source Extracted from Google & FB
It's true kan? Ada macam2 version logo halal kat luar sana... dan di antara logo2 yang disenaraikan di bawah logo halal JAKIM yang sah tu, memang kita semua mesti pernah nampak or stumbled upon. Tapi hanya ada satu logo halal JAKIM yang sah tau uols...

Takrifan Halal
Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai:

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf
Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan. 

Hukum Syarak
Hukum Syarak bermakna undang2 Islam dalam Mazhab Syafi'e atau undang2 dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana2 negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.

Logo Halal
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN/MAIN dan mengandungi:

Source Extracted from HERE
- Bintang berbucu 8 di tengah2 bulatan
- Perkataan Arab Ø­Ù„آل” di tengah2 bintang
- Diikuti tulisan Rumi HALAL
- Bulatan logo tertulis perkataan "Malaysia" dalam tulisan Rumi dan Ù…اليزيا dalam perkataan Arab
- 2 bintang kecil berbucu 5 diletakkan bagi memisahkan tulisan Rumi dan perkataan Arab tersebut

Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. 

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan "Halal") 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa2 bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • Tidaklah mengandungi apa2 benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa2 alat yang tidak bebas dari benda2 najis mengikut Hukum Syarak; dan 
  • Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan makanan yang tidak memenuhi kehendak2 perenggan di atas atau apa2 benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
Reference and Source:

Dalam topik di Tanyalah Ustaz @ TV9 pun telah ditunjukkan logo yang sama, jadi sama2lah kita ambil perhatian ek uols... Pastikan makanan yang dimakan kita itu halal... Perhatikan dulu betul2 logo tu sebelum memenuhi hawa nafsu selera... ^_^ ...

*Pesanan khidmat masyarakat ini, adalah untuk semua dan juga untuk diri sendiri juga... sama2 kita saling ingat-mengingati ke arah kebaikan serta panduan bersama... 

Post a Comment

25Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. salam farah. skrg daddy dah tahu nak bezakan logo halal yg pelbagai di pasaran skrg..thanks

    ReplyDelete
  2. tu lah risau nie ...
    sbb bila pergi mana2 memang tgk tanda halal nie .. cuma skrg nie tanda halal ada yg dari negara2 luar , cth cina , indonesia dan pelbagai negara layie ..

    x tahu adakah boleh diterima atau tidak , kenapa kerajaan x tegas dlm hal2 macam nie .. kan ada KDN , x pantau ke .. main luluskan aje prdk2 nie masuk negara kita huhuh

    ReplyDelete
  3. smbg layie

    kita nie rakyat , mana yg celik it boleh lah tahu . tapi x kesian ke pd yg miskin dan sederhana tuu ,x tahu menahu .. tgk halal je terus amik ..
    haa siapa yg bertanggungjawab kalau rakyat ditipu mcm tuu
    bukan ke semua tuu ditanggung kerajaan yg dilantik .. huhuhu
    sedih dik , sbb kes nie dah lama diutarakan , tapi ... hurmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  4. Mcm mcm
    Loga halal yg ada kan. Kena make sure yg mana satu yg valid. Farah, nanti email akak.

    ReplyDelete
  5. nice sharing kak farah.. logo halal skrg dah boleh copy paste je... :)

    ReplyDelete
  6. kena lebih berhati-hati la kan..sgt berguna info nih..:)

    ReplyDelete
  7. Kena peka dan celik mata ni. Memang orang bukan islam terliur tengok market kita.

    Tapi jangan lupa, kita pun kena usaha sama keluar produk orang islam yang berkualiti

    ReplyDelete
  8. info yang berguna. fyna nak share ye info nih ^_^

    ReplyDelete
  9. phewww, banyak versi logo halal ni kan? kadang2 anis sendiri pun terlepas pandang.. Nampak macam dah sama.. rupenye memang tak sama.. anyway thx sis farah for info :)

    ReplyDelete
  10. betul tu ramai yang confius tau !

    ReplyDelete
  11. kadang2 confius tentang logo halal nie..

    ReplyDelete
  12. thanx for5 sharing Farah.. selama ni mmg konpius yg mana satu logo halal yg betul..

    ReplyDelete
  13. Biar cerewet dalam memilih makanan, kesahihan status halal juga mesti diambil berat. Terima kasih...info ini byk membantu

    ReplyDelete
  14. Info yang amat berguna....thanks.

    ReplyDelete
  15. Logo Jakim dan logo halal swasta hampir sama. Didalam negara tidak ada masalah. Kalau di luar negara tawakal sahajalah.

    ReplyDelete
  16. betul...hanya satu jer yg sah......
    yg lain2 tu tak......
    kena byk hati2.....

    ReplyDelete
  17. bagus entry ni..
    dapat tambah pengetahuan...
    thanks dear =)

    ReplyDelete
  18. mmg byk yg lain2..x sgka 1 tu je yg sah.. hurm blk ni kena check blk smua brg dapor ni..huhuhu...

    ReplyDelete
  19. terima kasih atas pencerahannya kak farah..

    lepas nih kena berhati-hati semasa membeli..=)

    ReplyDelete
  20. Betul tu kak Farah, logo halal dari Jakim je yg sah.. kalau pergi kedai jajan, mcm2 logo halal kita boleh jumpa.. walaupun nampak sedap tp terus x jd nak beli.. nice sharing :)

    ReplyDelete
  21. hehe masalah yg takkan selesai apabila halal digunakan utk marketing...pernah dulu colgate buat lawak dgn mengatakan "ubat gigi colgate diiktiraf halal oleh badan2 yang diiktiraf JAKIM..." nampak berbelit betul halalnya tu...hehe tak patut jadi camni di negara yg "agama rasminya islam"

    ReplyDelete
  22. Kalau beli barang memang tengok benda ni dulu....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !