![]() |
Source Extracted from Google |
An article to be shared buat ilmu kita semua...
Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun
iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan
mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan
perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan
orang terutamannya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan
ilmu aqidah secara mendalam.
Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan
penjelasan yang sejelas2nya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus
sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah.
Erti & Bahagian Qada & Qadar
Qada bermaksud perlaksanaan. Adapun qadar
bermaksud sukatan. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada
Muallaq.
Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah yang
pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati
pasti akan berlaku). Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci2 semua
yang ghaib -- (Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak
semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang
umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang
lain).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala
melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik
kepada ibubapa.--(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
Semua Perkara Di Dalam Pengetahuan Allah
Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di
dalam pengetahuan Allah Taala.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci
semua yang ghaib.-- (Surah al-Anaam: ayat 59).
Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh
Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui
oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa
berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku
kepada kita nanti.
Antara Bentuk Ketaatan
Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa
kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya
lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu
tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan
permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka
itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar
mereka selalu berada dalam kebenaran.-- (Surah al-Baqarah: ayat 186).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.-- (Riwayat
at-Tarmizi).
Sentiasa Berusaha & Berdoa
Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa
dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab
itulah perlunya seseorang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun
segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala.
Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi
Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada
dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
-- (Surah ar-Rad: ayat 11).
Konsep Qada & Qadar
Keperluan kepada konsep qada dan qadar di
dalam Islam adalah:
- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas
segala yang berlaku di dunia ini.
- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang
memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
- Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan
perlu kepada bantuan Allah Taala.
- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari
pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat
kepadaNya.
Peringatan
Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini
dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan
memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab
tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para ilmuwan cuba mengelakkan diri dari
berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada
masyarakat awam.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Apabila
disebut tentang qadar maka diamlah… --(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).
Source: http://www.islamgrid.gov.my
Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita
diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah
dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi
Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menentukan segala sesuatu itu…
*Panjang lebar sungguh artikel yang dikongsi
ni kan? Tapi, walau apa pun, ilmu yang baik perlu dikongsi dan dihebah2kan...
sama2 kita belajar, sama2 kita fahami dan sama2 kita muhasabah diri...
Nice sharing adik manis
ReplyDeletenice share kak farah
ReplyDeletehttp://mimbarhatiku.blogspot.com/2013/05/tips-tarik-minat-anak-bersolat.html
Tq share akk. ^^,
ReplyDeleteJemput join.
http://ezbil-official.blogspot.com/2013/05/segmen-pencarian-bloglist-bulan-mei.html
Rmai org blh ckp beriman..tpi bila diuji barulah tahu kita beriman atau tak dgn qada dan qadar Allah..
ReplyDeletePengetahuan ilmiah , nice sharing . Apa yang terjadi adalah Qada dn Qadar dari Allah (:
ReplyDeleteApa yg berlaku semuanya qadaq dan qadar darinya.
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeletesalam jumaat akak farah tuuu.,eHHHee
ReplyDeleteterima kasih share kak . moga kita semua dapat beramal dengannya ^^
ReplyDeletebertawakal jer...qada dan qadar...
ReplyDeletenice info...percaya pada qada dan qadar...
ReplyDeleteperkongsian yang baik... :)
ReplyDeletetawakal..
ReplyDelete*hye farah,ciksu sihat je.sibuk sikit.dgn nk ngundi, keja..huhu
*farah sihat?
Tq Farah..share ilmu ni...manusia ni mmg selalu lupa!
ReplyDeletepercaya pada qada' dan qadar.. itu wajib.. thanks farah sudi berkongsi...
ReplyDelete