Friday Thoughts: Mari Belajar Ilmu Ikhlas!

Farah Waheda Wahid
26
Source Extracted from Google
"Mari kuajarkanmu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa saja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu2.

"Kutip batu2 yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu2 besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa2 pun. Gurunya hanya berlegar2, melihat2 dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa2kah?"
"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu2.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang2 yang banyak itu," kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu2 tadi. 
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu2 ni Tok?"
"Tak buat apa2."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.

"Dengan memikul batu2 ini?"
"Ya. Batu2 itu umpama amalan yang riak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang2 di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu2..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu2 ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIAK dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang2 itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka2. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Kredit: Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Farah..... ni nak perli Okje ke apa ni hehe

    ReplyDelete
  2. Kisah yang penuh pengajaran :)

    ReplyDelete
  3. betoii tu...
    best entry ni, penuh dgn pengajaran...
    ade cerita disebalik cerita =)

    ReplyDelete
  4. Cerita ni menarik dan mudah untuk buatkan org faham mengenai akibat tidak ikhlas.. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  5. dalam hidup ni, memang susah untuk dapatkan keikhlasan tu.

    ReplyDelete
  6. Salam, cerita yg simple tapi jelas dan dalam maksudnya... :)

    p/s: Bila nak tukar gambar Farah di blog ni...lebih manis jika guna gambar yg sama spt dlm google profile :)

    ReplyDelete
  7. Sokong dear :)..semua betol..hihi...berkata ikhlas tu senang,,,nak mengamalkan memang payah :)

    ReplyDelete
  8. as-salam..

    a`aa betul tu.
    semoga kita ikhlas dalam semua hal :)

    ReplyDelete
  9. nice sharing..sgt2 mendalam maksudnya..memang harus ikhlas kalau nk hidup dalam ketenangan..kan?

    ReplyDelete
  10. boleh citer nie kat bdak2 tyme praktikal nanti

    ReplyDelete
  11. alamak kalau sy jadi murid tu mesti dah pilih batu2 yg kecik...hehehe...

    ReplyDelete
  12. semoga kita sama2 ikhlas sentiasa...

    ikhlas datang sini...=)

    ReplyDelete
  13. Dari Ustaz Pahrol rupanya, patutla jalan cerita menarik.. apapun nice sharing kak Farah.. :)

    ReplyDelete
  14. assalam,

    entri yg penuh pengajaran, tq

    ReplyDelete
  15. bila riak & mengharapkan balasan sia² la apa yg kita lakukan di mata Allah..iye dak..

    ReplyDelete
  16. cerita yang penuh pengajaran..:)

    ReplyDelete
  17. setiap yang berlaku tu ada sebabnya,,, pengajaran ni

    - Admins blog 3 dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    - Facebook fan page
    https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

    - Ping blog artikel @ Facebook
    https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

    ReplyDelete
  18. best plak baca kisah ni.. terfikir sejenak.. ada betulnya.. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  19. inshaa allah..cuba menguatkan diri utk lebih bnyak ikhlas dlm hati..=)

    ReplyDelete
  20. ada pengajaran kat situ....... kena ikhlaskan hari.....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !