Friday Thoughts: Anak Itu Kupu2 Syurga

Farah Waheda Wahid
19
Source Extracted from Google
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak2 uols boleh digelar kanak2 atau kupu2 syurga. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan 1 darjat syurga. Nisbah di antara 2 darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak2.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang2 dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak2nya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Muliakan anak2 dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak2nya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap2 dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. 

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku 10 orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW, "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah2 dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab bagind; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi: "Ibu bapaku sudah tiada lagi"
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu..."

Wallahualam bissawab...

Source: HERE

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ank itu amanah Allah.. bkn mudh nk didik dan bentuk anak ikut apa yg Allahnk.. klu kita ibu bapa x betul..cmne nk djdik ank2.. renungan yg bermakna...

    ReplyDelete
  2. masih menunggu kupu2 syurga....
    belum rezeki lagiii...huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. amanah allah yg kena jaga sebaiknya .. insyaallahhh

    ReplyDelete
  4. nice sharing sis farah...moga Allah beri rezeki itu untuk kita..amin

    ReplyDelete
  5. Nak pinjam kata2Dato' Dr Fadzilah Kamsah "Anak ialah cahaya mata penawar hati ibu dan ayah. inilah ikatan kasih sayang yang paling istimewa dalam hidup ini. Anak juga sebahagian daripada ujian Allah..."

    ReplyDelete
  6. huhuhu... teringin juga nak jaga amanah Allah ni... bila la agaknya.. ;)

    ReplyDelete
  7. stiap y Allah anugerhkan .. ada hikmah tersembunyi y kita x tau.. :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..terima kasih ats perkongsiaan ni..:)

    ReplyDelete
  9. BETUL TU
    KEGEMBIRAAN ANAK-ANAK ADALAH KEGEMBIRAAN KITA JUGAK

    ReplyDelete
  10. kak intan pon masih menunggu2 kupu2 syurga itu..dan belum ada rezeki..mudahan semua yg menunggu akan dapat dan dipermudahkan jalannnya

    ReplyDelete
  11. so dapat bayangkan x kupu2 yg diorang cipta lepas tu buang merata2? kesian kan.. T_T

    ReplyDelete
  12. So.... ayah ayah di luar sana.... jangan lupa bawak jajan tuk anak anak... untuk bini pun jangan lupa!hehe

    ReplyDelete
  13. betul tu anak2 harus disayangi, dihargai dan dididik kerana mereka adalah amanah dari allah....

    ReplyDelete
  14. tanggungjawab ayah bermula sejak anak di dalam tummy ibu sampai la keluar dan membesar sehingga betul2 dewasa...bukan membiarkan tanggungjkawab hanya pada isteri...tanggungjawab si ayah tamat setelah anak itu berumahtangga...

    ReplyDelete
  15. masih menanti. doakan untuk Ros ye.

    ReplyDelete
  16. anak itu amanah dan pembaca rezeki......

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !