Education Insurance Anyone?

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Anyone? Yang dah ambik education insurance for your kids? Boleh kongsi x? He he he...starting ayat  macam nak jual insurance jer masa memula kan? Tapi bukan nak jual insurance sebenarnya... cuma, lately... (ke main lagi kan? belum lagi pun keluar dari perut sendiri...dah fikir terlalu advance ke depan...wakakakaka... biasalah kalau nak kenal saya ni, jenis yang futuristic sikit... kadang2 benda tu jauh lagi tapi dah fikir awal2....)

From what I've understand... polisi pendidikan anak ialah produk insurans hayat yang direka khusus sebagai satu cara menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak kita mencapai umur untuk memasuki kolej (18 tahun dan ke atas). Dana ini boleh digunakan bagi membiayai sebahagian  daripada perbelanjaan pendidikan tinggi anak2 kita. Other than that, if kita memilih rider manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggal dunia, anak kita akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya. Di bawah polisi pendidikan anak, anak ialah hayat yang diinsuranskan sementara ibu bapa/penjaga yang sah ialah empunya polisi. 

Kenapa tetiba terfikir pasal hal ni? Sebabnya, from what I've observed, education expenses sekarang ni memang tinggi... Itu sekarang? Akan datang? Ya, memang betul, rezeki tu Allah yang bagi, dan pasti ada jalannya kan? Tapi, rasanya x salah kalau kita beringat dari sekarang... (uhukss... beringat dulu sebelum sok2 terkapai2...)... And biasalah, and I believe, setiap parents mahukan pendidikan dunia akhirat yang terbaik untuk anak memasing... Siapa yang tak nak tengok anak berjaya dunia dan akhirat kan? Kalau boleh biarlah mereka berjaya dengan seimbang... Dan saya nak, kalau saya belajar setakat Diploma & Degree... Anak saya akan datang boleh capai lebih daripada apa yang saya capai... Itu harapan... Tapi x salah berharap... cuma bergantung pada development anak2 dan juga bagaimana kita sebagai parents monitor development mereka... Itu yang penting... Jangan jadi parents yang obsess sudah... Paksa sampai anak dapat tekanan mental... Apa yang saya perhatikan dan apa yang saya cuba adapt adalah... if saya ada anak... tiada paksaan sampai anak terseksa... tapi monitor interest and development mereka... beri kebebasan kepada mereka untuk memilih bidang yang mereka minat bukan bidang yang kita nak mereka belajar.... Yang nak mengharungi adalah mereka... yang nak berhadapan dengan papers adalah mereka...bukan kita... Kita dah rasakan semua tu... Jadi kenalah understand....

From my own perspective, perancangan untuk memulakan tabungan khas untuk pendidikan perlu dibuat sebaik saja kita menamakan anak kita. Tabungan yang dilakukan hendaklah untuk satu tujuan sahaja iaitu bagi membiayai perbelanjaan semasa anak tersebut semasa berada di institut pengajian tinggi kelak. Sekiranya perancangan ini tidak dilaksanakan, therefore might be masalah yang dihadapi oleh pelajar Melayu sekarang pasti akan dihadapi oleh anak2 kita juga.
"Kajian Institut Pertumbuhan Ekonomi Melayu Malaysia mendapati hampir 120,000 pelajar Melayu lepasan SPM dan STPM gagal mendapat tempat di IPTA pada tahun 2005. Hasil kajian berdasarkan penelitian terhadap statistik Unit Pengambilan Universiti (UPU) itu menunjukkan kumpulan tersebut mempunyai kelayakan yang mencukupi tetapi gagal melanjutkan pengajian ekoran tempat yang sangat terhad. - Utusan Malaysia, 13 Julai 2005"
"Lebih 30,000 pelajar lepasan SPM dan SPMV yang layak meneruskan pengajian ke IPTS tempatan dikhuatiri enggan berbuat demikian ekoran pembiayaan pendidikan yang masih kabur. - Utusan Malaysia, 2 Februari 2006"
"Some 135,000 students have applied for the 70,000 odd places available at the 20 public universities. Higher Education Minister Datuk Mustapa Mohamed said those who failed to gain admission could enrol at community colleges, polytechnics and private universities. - The Star, 19 March 2007"
Dan biasalah, bagi memastikan tabungan tersebut menyediakan jumlah yang bersesuaian, pertambahan perlu dibuat secara tetap pada setiap bulan. Walaupun, sebenarnya kita mungkin berhadapan dengan pelbagai keperluan kewangan yang lain, namun tabungan ini perlu diutamakan. 

Yang paling penting... hu hu hu... tabungan tersebut tidak boleh dikeluarkan sebelum anak tersebut diterima melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Syarat ni sebenarnya lebih penting daripada syarat pertama kerana sekiranya berlaku "kebocoran" maka semestinya jumlah yang terkumpul tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan pendidikan mereka kelak.

Memanglah mungkin akan terasa agak perit kan bila part of the money to be allocated for this... plus plus dengan cost of living yang amat tinggi sekarang ni... But then, what to do? Ibu dan bapa memang sentiasa sanggup berkorban untuk anak2 kan? That's where imply the sayings yang parents kita selalu cakap especially mother la... "You x jadi parents lagi you x tau macam mana rasanya, once you've become a parents then only you'll know"... Ye lah, if mereka boleh sacrifice macam2 untuk besarkan kita dan beri pendidikan yang secukupkan kepada kita... That's where it hit the circle kita pulak melalui fasa yang sama bila kita bergelar parents...

*I knew it's still too early for me to think about it...tapi dah start survey2 dah ni... hurmm...siapa2 yang dah ada experience on education insurance policy... boleh beri pandangan? At least I could gain some opinion here... *_^... besides SSPN la... (yang tu pun penting jugak tu...)

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. masa menengah dulu ada kot insuran ni... lupa dah...hehe

    blog 3 dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. thanks dear ---> http://fiqansz.blogspot.com/2013/05/fenomena-anonymous.html

    ReplyDelete
  3. Ada lagi ke? Setau akak SSPN je tgh hit skrg..

    ReplyDelete
  4. sy tag awak. :)
    http://nuraqilahmuhamadnazori.blogspot.com/2013/05/segmen-tambah-kenalan.html

    ReplyDelete
  5. Betul tu farah education cost mmg menyeramkan sekarang ni!
    Farah ...OKje ada ambik education insurance tuk anak yg sulung @ RM135 per month...dan matured amount @ RM40k plus bonus...kalau tak silap!Ambik start dia kecik...sedar tak sedar dah nak 18 tahun...Now Arjunalah sambung bayau sebab mak dah jadi pengangur terhormat hehe
    Elok ambik dari baby...



    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum Puan,

    Untuk orang islam ambil takaful iaitu insurans islamik.

    Insurans konvensional macam perbankan konvensional ada unsur riba dan judi.

    Orang bukan islam pun dah ramai ambil takaful. Orang kita saja yang kurang mengambil inisiatif dengan risiko.

    Salah satu sumber yang bagus untuk dibaca

    MEDICAL CARD

    EDUCATION PLAN

    Moga bermanfaat

    ReplyDelete
  7. CiM tkde masukkn edu insuran utk ank2. just buat tabungan sndiri dlm akaun bank personal mereka. tp insuran diri mmg ada, dn ini sgt pnting bg keluarga kami. saving utk education insya-Allah akn mencukupi sehingga mereka dewasa kelak, tp malang tak berbau, klau trjadi apa2 skrang, kami psti belum cukup kewangan utk biaya kos rawatan, so medical insurance sgt penting.

    ReplyDelete
  8. Mmg penting sebenarnya insurans pendidikan ni sebenarnya....selain sspn, ada lg sebenarnya tp lebih baik ambik ambik yg takaful...

    ReplyDelete
  9. baguslea Farah.. ada perancangan awal.. x salah pun fikir ke depan. kan.. =)

    ReplyDelete
  10. hehe consult je mana2 ajen mesti lengkap + laju je diorg kasik penerangan...

    ReplyDelete
  11. iha xde experience sgt.. dulu cuma pakai takaful je.. tp sejak kecik kitorang dah dididik utk menabung siap2 n buat akaun bank sendiri..

    ReplyDelete
  12. nice sharing.. rezeki Allah bagi..tp kita kena usaha..kalo tak camne Allah nak bagi ye x.. huhu...

    ReplyDelete
  13. Klu nk amik.. Cari lh yg bebs riba... Itu yg terbaik... Amik takaful...sbb insurans x hlal. Blh google lagi psl ni kt zaharuddin.net... My pun de gak citer psl ni dulu.. Tpi smp skrg smpn kt tbung haji je...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !