Boleh Ke Diterima Tekak Ni?

Farah Waheda Wahid
36
Source Extracted from Google
Sebenarnya... sedari masa secondary skool dulu biasa dengar tentang Ikan Haruan ni... Selalunya dengar cerita pasal Ikan Haruan ni bila mana ada cousin sister yang bersalin la... dan the myth yang selalu didengari adalah... ikan ni x best! boleh loya tekak la... x boleh nak terima la... Dari situ input dalam kepala ni... occay, ikan ni x best... wakakakakaka...and honestly sendiri memang x pernah makan pun ikan haruan ni... Tengok, cousin2 sister masa confinement walaupun x makan ikan ni, even minum pati ikan haruan jer pun cam... scary-nya... kembang2 tekak diaorang nak minum pati tu... ada yang sampai simpan dalam peti ais...bagi sejuk betul2...pas tu minum sambil tutup hidung... Erks...really, that sucks? 

Tup tup tup...semalam masa singgah kat blog PCL / +PakcikLie PCL  terbaca tentang entry yang telah di-post oleh PCL semalam iaitu tentang SUP IKAN HARUAN . Tengok dari gambar yang PCL letak tu... nampak macam menyelerakan... dan nampak seperti Sup Ikan Jenahak pun ada... hurmmm... mungkinkah PCL berjaya brainwash Cik Puan Bubbly untuk mula menyukai Ikan Haruan? Wakakakaka.... Dan sememangnya gambar yang PCL post didalam entry tu... inviting! Just that x tau jer macam mana rasanya...

Daripada hasil pembacaan, tidak kira digoreng, dibakar atau dibuat sup, ikan haruan sememangnya telah lama menjadi lauk hidangan rakyat Malaysia selain menjadi penawar untuk menyembuhkan luka terutama kepada mereka yang baru menjalani pembedahan dan bersalin.

Ikan air tawar (air tawar, patutlah...ai x makan ikan air tawar, ikan sungai dan sewaktu dengannya) jenis karnivor (mak ai, jenis karnivor ke...scary la pulak) merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara2 rantau ini. Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa Melanostoma) dan yang kecil Ikan Haruan (Channa Striatus). Terdapat 30 spesies Ikan Haruan di dunia dengan 8 jenis terdapat di Sarawak, 2 di Sabah dan 4 di Semenanjung Malaysia. 

Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. 

Seperti yang kita tahu Ikan Haruan ni terkenal dengan khasiat perubatan. Kandungan asid amino dan lemak yang terdapat pada ikan itu mampu menyembuhkan luka serta amat baik menyembuhkan penyakit tertentu. Antara khasiat Ikan Haruan adalah: 
  1. Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik.
  2. Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
  3. Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
  4. Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting dalam kolagen kulit manusia akan membentuk molekul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.
  5. Dari kajian saintifik didapati pengambilan Ikan Haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedahan.
  6. Lendir Ikan Haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya.
  7. Ikan Haruan mengandungi kolagen yang tinggi yang membantu mencantikkan kulit.
  8. Kandungan antiseptik yang terdapat di dalamnya pula berupaya mencegah pembiakan bakteria dan menyembuhkan luka dalam tempoh lebih cepat.
Dalam kepala ni terbayang2 macam mana la rasa sebenarnya... (apa susah ye tak? nak sangat rasa try la sekali...baru tau cam mana...ekekekeke).... Kita tengok boleh terima ke tak boleh terima tekak ni... Dari description yang dibaca di merata2 tempat... 
" Bila sebut je Ikan Haruan, mesti ada yang rasa loya, x pun mesti geli bila tengok ikan tu. Pulak tu bila dah dimasak ia berlendir, tapi itulah ubat terbaik."
"Ramai yang x tahan dengan bau & rasa hanyir dia"
Erks...tu baru baca 2 jer tu...kalau baca lagi dan lagi...surely set mentality ni supaya x ley terima... tapi kena jugak kan nanti one day? In Shaa Allah... hu hu hu... Sista'2x atau siapa2 yang biasa makan or dah pernah makan, silalah tolong set-kan positive mind pada saya supaya boleh telan Ikan Haruan ni...ekekekeke...macam PCL buat semalam... entry yang menunjukkan betapa inviting-nya nak makan Sup Ikan Haruan tu...  

Post a Comment

36Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Anis biasa bedal je ikan ape2 pun.. Tak terfikir pulak hanyir ke ape ke.. Haha..

    ReplyDelete
  2. adoyaii...geli tengok...hehe...tapi kalau goreng ok kot..taklah hanyir sangat..

    ReplyDelete
  3. ohhh tidakkkk...akak tak makan ikan nie...oleh kerana scissor akak terpaksa telan jer..itu pun kat supnya jer,,,...lastly minum pati ikan haruan .....

    ReplyDelete
  4. hahha! kami tak suka. ni kawan ikan keli kan. kami geli sebab terbayang macam kepala ulaq. hahahah! lagi imaginasi tinggi.*_*

    ReplyDelete
  5. aduhai,..akak trauma laa makan ikan haruan masa pantang dulu...xmo dah makan

    ReplyDelete
  6. Ibu tak pernah cuba dan rasa-rasanya tak akan cuba..

    ReplyDelete
  7. last makan benda ni masa lepas bersunat dulu,huhu

    ReplyDelete
  8. ai makan jer ikan ni...hehe..masa awal2 bersalin hubby bg makan anak ikan haruan idup2...erk telan la jugak ;p

    ReplyDelete
  9. 3 kali ai beranak, memang TAK la ai makan ikan ni...mak ngan abah also mr. hubby ai pun tau, ai takkan sentuh ikan tu...tatau naper, kennot go la...uhukssssss... :'(




    tp ai pasti ikan ni mmg berkhasiat :)

    ReplyDelete
  10. ikan haruan memang byk khasiat...terutama utk penyembuhan luka dalaman.... tapi itulah...... tekak tu yg susah nak telan......he3

    ReplyDelete
  11. salam farah..thnks.

    bila minda menguasai diri. .terbayang bentuk ikan haruan yg menyerupai sesuatu yg mengelikan dan juga menakutkan. terus tolak tepi hidanga yg penuh khasiatnya.

    tuan/puan adik akak semua..kalau dah siap jadi menu hidangan. ..garenti tiada bau hanyir lagi.

    ReplyDelete
  12. nice sharing Farah....cntik farah pakai tudung. comel!

    ReplyDelete
  13. Dah 30 tahun cik akak hidup kat sarawak nie....ikan haruan memang cik akak tak pernah makan...baca entri adik farah nei pun tekak cik akak loya..nie kat nak makan...mak oii...huhu......

    kat sarawak banyak eh..tapi jarang orang makan dik...seram sejuk nak masukkan dalam mulut...dengan bau yang hanyir bagai...

    ReplyDelete
  14. nory pon tak pernah makan ikan haruan ni..dari sumber yg nory dengar semua cakap rasa dia yangg ermmm yucks...iyeke??? hehe

    ReplyDelete
  15. hehe.. sarah pown x pernah mkn ikan haruan ni.. yuck..apa la rasa dia ek.. huhu

    ReplyDelete
  16. hahahahaha dislike ikan ... katakan x nak :)

    ReplyDelete
  17. Sedaplah Farah ...OKje makan je.... ikan apa pun hehe...
    Masa beranak ceaser dulu mmg makanlah, kata orangkan utk menyembuhkan luka .....
    Rasa dia macam ikan je hehe... sedappp

    ReplyDelete
  18. huwaaaaaaaaaa
    last makan masa mengandung anak2 akk , makan yg anak2 macam berudu tuu .. telan utk ubat operate huhuhu

    sib baik lalu ..
    skrg kalau nampak muntah terus huhu

    ReplyDelete
  19. errkk.. x penah mkn... dan rasanya tekak ni ssh nak terima... huhuhu..seblm baca entri tgk gmbo kat dashboard tu ingtkan belut...kohkoh..

    ReplyDelete
  20. saya pun main bedal saja kalo ikan. kalo dah terasa hanyir baru la.. stop hihi. Yang penting cara masak atau tukang masak tu pandai hilangkan hanyir.. all about teknik.

    Tapi kalo saya all about taste.. hehe
    kalo sumbat then tekeluar balik tu ha! confirmla tu tak boleh makan

    ReplyDelete
  21. rsanya ayu pn xpnh mkn kot..hehe..tp byk eh khasiat dia..

    ReplyDelete
  22. tak pernah lagi cuba makan ikan ni setakat ni.. aiza memang tak suka ikan air tawar yang badan licin, etc:keli, belut, haruan. khasiat no.5 tu betul, mak saudara aiza makan ikan haruan selepas pembedahan, alhamdulillah cepat je kering&sembuh luka akibat pembedahan tu..

    ReplyDelete
  23. Nyum3... Sedap kak ikan ni buat sup... Mcm baca kt entry PCL smlm.. Mmg sedap... Dlm pntg mmg nilah yg pling sy suka.. Nyum3.. Haishh.. Ngidam plak.. Heh

    ReplyDelete
  24. Ok dah paham dah...hehehe..so Cik Puan kita ni tengah buat preparation lah ye... mati2 ingat Farah anak dara lagi... sorry arr darling... tahniah ye..

    ReplyDelete
  25. aida pun geli tengok ikan ni, huhu.
    ramai cakap bau die hanyir >,<

    ReplyDelete
  26. cuba la mkn dlu kak... hihihih... :p

    ReplyDelete
  27. setuju dgn komen Alpah mungkin nak kena suruh mereka yg pandai utk hilangkan hanyir nye tu....tapi rasanya kalau goreng tak hanyir sgt kot....tak pon telan pati ikan haruan je lagi sng....

    PS: tgk org pancing ikan ni pakai umpan katak...kehkehkeh (saje komen jahat)

    ReplyDelete
  28. sama la ciksu pon tak makan ikan haruan ni.. huhu

    *farah, ada rasa teringin ke nak makan kueh bunga pudak tu?
    *kalau nak ciksu cuba usahkan.. in shaa ALLAH
    *akak sue qistina pon nak rasa.. boleh la ciksu usahakaan utk uols berdua.. ;)

    ReplyDelete
  29. Sedap giler...buat sup or bakar..mmg best...kalau x nk hanyir masa buat sup letak halia lebih...

    ReplyDelete
  30. Alamak!!!
    Kalau ni, AJ tengok pun tak lalu...
    Hehehehe...

    ReplyDelete
  31. anis makan je.. TAPI dgn syarat anis tak tau y depan mata tu ikan haruan.. sebab nti mule la anis terbayang muke haruan y hensem tu.. hehehe

    ReplyDelete
  32. pstt kak, iha dah buat entri tau.. hihi
    http://ihazaliza.blogspot.com/2013/06/lifes-ikan-haruan-yang-yummylicious.html

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !