Blogging 101: Jangan Paksa Diri!

Farah Waheda Wahid
21
Source Extracted from Google
Pusing kanan, pusing kiri... bangun, duduk, baring...jalan sana, jalan sini.... browse sana, browse sini... makan dulu, minum dulu.... on/off lappy/desktop.... idea x jugak mari2... Aduyaiii.... Arggggghhh.... Tekanan, tekanan...stressnya! Oh my oh my.... mati kutu! Apa yang nak di-blog-kan ni? Apa? Apa? haihhh... stress... oh idea ke marilah dikau! 
Thee hee hee.... have you ever encountered such situation? Lepas tu dah tak der idea, nak jugak paksa2 diri supaya mencurahkan idea. Tak kisahlah apa pun, at least something could be post over at your own blog... Akhirnya... diri sendiri yang rasa bebanan tekanan dan perasaan... ha...dah x pasal2... Chillex la peeps! X yah nak stress2 sangat dan x yah nak paksa2 diri sangat... 

Seorang penulis, x kira sama ada penulis alam realiti di atas kertas atau pun penulis maya... patut elakkan diri dari menulis dan jangan paksa diri untuk menulis sekiranya uols tidak mempunyai idea... if uols menulis juga mungkin banyak kesannya... sama ada yang kita sedar atau x sedar...even novelist pun bila idea stuck stop dulu, lepas tu ilham dah mari baru menulis kembali...ekekekeke.... 

Yuppie, menulis blog adalah satu tanggungjawab or dalam erti kata lain responsibility... sebab apa yang kita tulis dan apa yang kita kongsikan kalau orang lain menjadikan ia sebagai panduan maka tanggungjawab uols sebagai penyampai adalah besar. Jika salah ilmu yang diberi maka kesalahan itu akan berterusan sehingga pembetulan dibuat.... Terbaca artikel menarik di SINI and would love to share something with uols from what I've read as followings: 

Masa2 kita kekeringan idea dan buntu ada baiknya if kita berdiam diri dan melakukan sesuatu yang boleh buat kita happy daripada terus tertekan untuk menulis secara maya di blog. Memaksa diri untuk melakukan sesuatu pasti hasilnya juga bukanlah yang terbaik sebab setiap apa yang kita lakukan kalau dibuat dengan ikhlas pasti hasilnya boleh menyentuh perasaan dan juga memberikan kesan yang mendalam.

Irregardless blog uols berkisar pada personal, teknologi ataupun sebagainya kalau apa yang uols lakukan adalah kerana ikut-ikutan ianya tidak jauh bezanya daripada mereka yang hanya berblog kerana "orang lain ada blog, aku pun nak ada blog" tetapi hakikatnya buat blog sekadar menjadi ikutan,maka apa yang terkandung dalam blog pun akan menjurus kepada apa yang orang lain buat. 

Oleh itu, dalam nak menghasilkan satu entry dalam blog dan sebelum klik butang publish fikirkan dulu kesannya entry tersebut di-publish. Dengan cara itu ianya akan memberi impak yang besar kepada kita. Bukan senang untuk mencipta brand name dengan cara yang betul tapi senang untuk dapat trafik kalau gunakan cara yang kurang beretika dan perlukan masa serta kesabaran kalau nak dapatkan trafik tinggi dengan cara yang betul.

Tertarik dengan entry blog ariffshah mengenai Entri Klise Dalam Komuniti Blog Malaysia yang mana teguran yang dibuat boleh kita ambil sebagai renungan dan fikirkan bersama. Bukan semua orang sukakan teguran begini tetapi yang benar itu pasti pahit untuk ditelan bukan? Teringin untuk melihat komuniti blog Malaysia sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan. Biar satu hari nanti bila sebut sahaja blogger orang akan hormati dan pandangan baik dari kaca mata masyarakat Malaysia. 

Janganlah blogger di Malaysia digelar sebagai orang yang tidak bertamadun dan hina di mata masyarakat. Biarlah satu hari nanti blogger itu memberikan sesuatu kepada masyarakat. Kesimpulannya ialah setiap apa yang kita lakukan akan ada balasannya dan menjadi seorang blogger yang bertanggungjawab adalah satu etika yang harus kita pegang. Menulis sememangnya senang, menghentam pastinya teramat mudah, membuat tuduhan juga mudah tetapi bertanggungjawab pada apa yang kita tulis tu satu amanah yang perlu kita pikul.

Momentum seseorang blogger tu berbeza antara satu sama lain... ada blogger yang momentum mereka berada di skala kecil iaitu antara 1-3 entry sehari dan ada blogger yang momentum mereka di skala yang agak besar... 5-6 entry sehari... Saya? Ekekekeeke...momentum ikut angin... kalau terlebih rajin... banyaklah flood entry2 kat Bubblynotes...kalau letih, kekangan masa... jawabnya... slowww jer lah momentum-nya...ikut suka saya...wakakakaka... x suka nak stress2kan diri dan paksa diri ber-blog kalau idea x kunjung tiba... 

Blogging ni is one of interest and hobby. Something yang kita buat dengan rasa rela dan tiada rasa keterpaksaan. No idea? Beku? Kejong? Keras? Jangan paksa diri untuk up entry juga! Honestly, saya kalau x de idea...lmaoooo.... saya akan ambil masa sekejap untuk berehat dan there'll be no post on Bubbly until idea baru datang... If siapa yang memang selalu datang ke sini or stalk2 kat sini...ekekekeke... akan realize, there are times sama ada entry saya jadi slow... jadi pendek, ringkas or saya senyap buat beberapa moment selalunya on weekends... tu semua sebab saya x nak paksa diri... 

Bagi saya sendiri, x guna paksa2 diri untuk post sesuatu di blog kalau memang dah tak der idea dalam kotak pemikiran saya ni... Nak buat apa saya stress2 dan tambah tekanan pada diri saya sendiri ni yang dah sedia tertekan ni...muahahahahaha.... X bagus untuk kesihatan tu... *_^... Memaksa diri untuk post entry akan memberi satu beban dan jangan paksa diri kalau tiada apa2 yang berguna untuk dikatakan... 

"IF YOU DON'T HAVE ANYTHING NICE TO SAY, DON'T SAY ANYTHING AT ALL"

Post a Comment

21Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nice entry :D tu la..selalu sgt berdepan ngn situasi cmni skang..tu yang dah jarang update blog..takde idea..hehe :D

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang bosan..xtau apa nak di tulis...bila da selalu sgt update blog..

    ReplyDelete
  3. klu yg jenis x kisah ttg niche blog...mcm sy. sy join segmen jer dlm masa mood merudum tu.. n sendirinya akan ok balik...selalunya x lama, tapi jangan paksa menulis etri..blog secara santai.

    ReplyDelete
  4. like this entry..betul..even klu xda idea sy memang xkn update sbb xnk entry merapu

    ReplyDelete
  5. berdiam diri itu lebih baik.. yeaahhhhh, tayah stress2 kan :D

    ReplyDelete
  6. klo punya masa free yg byk mmg syok duk depan blog...di tambah lg dgn line tenet yg super laju..mmg syok ar

    tapi bila masa singkat n line tenet slow lg..huhuhu..tergoleng2 ar depan blog..hehe

    ReplyDelete
  7. kadang-kadang idea mencanak naik tapi malas nak upload kat blog dan kadang-kadang kalau dah malas baca jer blog orang lain,,,,yeahhhh...

    ReplyDelete
  8. jangan paksa dalam menulis entri..
    kalau tak ada idea yaya hanya blogwalking sampai lah suatu saat ada idea datang menerjah..

    ReplyDelete
  9. sama la ..update bila ada mood dan idea..huhu..kalau tak ada jadi silent reader o komen2 marathon

    ReplyDelete
  10. kdg2 elok jugak cuti dari update entri ni...cuma sanggup atau tidak menanggung kekurangan pengunjung...tu je la...hehehe

    ReplyDelete
  11. Betul2... Cara nk cari idea dgn mmbaca.. Jika x mmbca mmg kering idea la... Nice entry...

    ReplyDelete
  12. ciksu kalau kering idea mmg join segmen tak pon masak pastu upload pic type resepi..

    ReplyDelete
  13. btl tu farah..klu tak der idea jgn paksa..:)

    ReplyDelete
  14. betul tu kak farah, tp saya suka la paksa2 diri update entry sampai mandi tak basah, tidur x lena. ha ha :D

    ReplyDelete
  15. wahhhh... so dasat lah Farah.... tahniah Farah... jelous arrr untuk mereka yang sokmo2 dapat curik masa untuk berblog ni..

    ReplyDelete
  16. Kalau waktu cuti mcm nie Teena slalu update blog, esok kalau dah kerja x taw la cmne blog ni nnt..

    ReplyDelete
  17. betul tu.. deqla pun mcm tu gak.. slalu ketandusan idea..haha.. mcm farah ni tentu idea mencurah2 kan.. rajin update blog...hihi...

    ReplyDelete
  18. Pernah jugak mengalami situasi yg macam tu.... nak jugak keluarkan entri tapi tak de idea...

    ReplyDelete
  19. so far Alhamdulillah tak pernah lagi kena mcm ni.. idea sentiasa dtg tp x cukup masa nak on9.. sudahnya pagewiews makin menurun TT_TT

    ReplyDelete
  20. Apa yang penting entri tu berkualiti. Blog bukan macam laman web berita yang ramai kakitangan yang boleh update. Kalau dapat keluar satu artikel sebulan pun dah okey asal entri tu berkualiti.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !