Primer & Cara2 Pemakaian Primer... ^_^

Farah Waheda Wahid
20
Source Extracted from Google
Source Extracted from Google

Yesh! Akhirnya settle juga my P&L Analysis for the 10 entities today! Barulah dengan tenang boleh ambil ticket flight makan angin dan bercuti di blog2 uols…^_^… Gitewlah al-kisahnya dengan tugas hakiki di pejabat ni…

Petang Jumaat? Erks…apa yang x habis cerita lagi kat uols ek? Oooo… pasal event Fair & Lovely tu…takpe, takpe… nanti akan disambung juga…x sempat lagi nak draft entry pasal experiences saya tu… kita rehat kejap ek dari citer pasal Fair & Lovely, x banyak dah pun, tinggal 2 part jer lagi (jer lagi? Adeh… macam lah uols larat nak melayan entry berjela2 saya ye tak?...occay abaikan…). Kita terus kepada intipati entry ini… (fikiran tengah ting tong lepas wat P & L Analysis tadi… gitewler jadinya ayat tunggang langgang)…

Jom, saya bukak kelas make-up pepetang ni…

Uols kenal gambar kat atas tu tak? Apakah ini dalam dunia make-up?

Inilah yang dipanggil primer… Primer? Apakah itu primer? I believe mesti ada antara uols dah kenal kan? Yang dah biasa make-up… Yang baru2 nak belajar make-up or x pernah dengar lagi meh sini akak ajar dan influence uols ni…ekekekeekee… (yang baik jer ikut, yang tak baik jangan ikut)… 

Primer ni berbentuk gel or lebih kurang macam foundation jugaklah texture dia, free from fragrance and x berminyak. Primer ni dipakai sebelum uols pakai foundation dan bahan2 make-up yang lain. Kenapa nak kena pakai primer? Primer ni function dia adalah untuk memastikan make-up uols tu dapat melekat dengan baik di wajah dalam masa yang lama. Therefore secara x langsung mengurangkan keperluan asyik nak touch-up2 jer muka uols all day long. Plus2… penggunaan primer dapat mengelakkan capok2 di muka, setompok putih sana, setompok putih sini bila uols berpeluh or mengelakkan “cakey” look on your face. (kalau solat dah tentu lah kena touch up kan... maksudnya mengurangkan banyak kali kes touch-up2 ni...x derlah make-up uols tu cepat jer habis...ekekekeke)

Primer melindungi foundation yang terdapat di wajah dan memastikan kulit sedia di make-up akan tetap sihat. Permukaan kulit muka yang telah “dioleskan” (he he he…geli pulak akak guna perkataan ni) primer menjadi lebih lembut dan sempurna. Nak apply make-up pun senang…Sungguh…tak tipu punya sebab akak pakai uols… he he he… Bagi orang2 yang kulit mereka berminyak ada satu primer yang sesuai untuk mereka… primer ni dipanggil mattifiers.

Primer dalam solekan adalah salah satu rahsia kecantikan that can make a big difference in look and wear of your makeup. Cara2 nak pakai primer? Sila ikut step by step guide yang di bawah ni:

#1: Mula2, uols kena gunakan pelembap. Meletakkan or memakai apa2 solekan di atas kulit kering biasanya akan membawa masalah di kemudian hari. Pastikan lepas pakai pelembap, biarkan selama beberapa minit untuk membolehkan pelembab tersebut diserap ke dalam kulit uols.

#2: Pump atau letakkan amaun primer yang sikit sebesar kacang peas di tangan uols. Gunakan sponge pada primer dan dab gently kat muka uols. Bermula dari bawah mata dan area hidung uols. (Note: ada gak primer jenis yang pakai spray jer terus kat muka ek)

#3: Lepas tu, pakai primer pada dahi, dagu, dan pipi.

#4: Masih menggunakan sponge yang sama, blend dengan perlahan primer tu di muka uols… ratakanlah maksudnya. Ensure yang uols cover semua kawasan muka secara sekata, tapi boleh jugak pakai lebih sikit kat area mana kat muka uols yang make-up cepat sangat hilang. Contohnya… T-Zone or kawasan muka dengan large pores.

#5: Tunggu beberapa minit untuk primer tu kering sebelum uols pakai foundation dan concealer serta make-up2 lain on the next step... sampailah complete make-uols tu... he he he...tapi jangan tebal2 ek uols...nanti cam hantu cina lak...

Senang jer kan? Cubalah… Selamat mencuba kepada yang berminat… ^_^ Lepas tu share tau apa difference yang uols rasa… ^_^ (Erks…yang lelaki jangan memandai2 nak cuba pulak)

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bagus la...xpernah guna premier pun sblm ni bila pakai make up..tskk..patut la makeup tak thn lama..lg muka plak berminyak.belajar benda baru!!>,<

    ReplyDelete
  2. nice info hihi awak selalu pakai primer ape? saya blm sempat try lagi yang daalm MIVVA BEUTY box last march. tp memang mcam best texture dia..

    ReplyDelete
  3. Primer ni macam make up base la... =D
    AJ jarang pakai primer ni....

    ReplyDelete
  4. Tak pernah guna pun ;) Makeup pun jarang.. hehe

    ReplyDelete
  5. dah lama tak ber make-up...pakai lips jer...

    ReplyDelete
  6. nak kena buat tutorial kat youtube ni sis ;)

    ReplyDelete
  7. Bagus tips ni. Walaupun saya tak pakai mekap, tapi mana tau kot2 ada mak ke, kakak ke, boleh bg tau dorang. Nice entry kak!

    ReplyDelete
  8. nice info ni...nanti nak try...hehehe... :P

    ReplyDelete
  9. first time tahu pasal primer nih,, hehe

    ReplyDelete
  10. bagusnya farah... detail nya bagi penerangan.... kak mia baru tahu pasal primer ni..

    ReplyDelete
  11. remy pakai bedak sejuk jer....he3

    ReplyDelete
  12. Tq sharing akk. Hihihi.. xpernah kenal pon dgn primer ni. First time dgr ni kak.. ^_____^

    ReplyDelete
  13. baru tau primer ni..tq tips ni Farah..penerangannya detail betul..

    ReplyDelete
  14. Hehe ...sebelum ni bedal pakai foundation terus....

    ReplyDelete
  15. tak pernah pakai premier ni.. thanks sebab berkongsi info ni.. :D

    ReplyDelete
  16. nice tapi kak MV tak pernah pakai...hehehe..done milo

    ReplyDelete
  17. deqla kalo mekap pun guna avon jek... tp mekap pun simple2 jek..sesimple orgnya...huhu

    ReplyDelete
  18. x pernah pakai primer lg.. tisu premier je iha pernah guna :P jgn marah kak Farah.. saja nak buat lawak utk bagi kak Farah senyum panjang2
    ^___________^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !