 |
Source Extracted from HERE |
Happy Monday morning peeps! Assalamualaikum... Entry pagi ni dimulakan dengan cerita pasal pregnancy pulak...Ahaks...tetibakan? Akak jadi gynae x bertauliah kejap...Occay abaikan...ekekekeke.... Just sharing info yang saya baca...pada yang dah tau baguslah... pada yang belum tau dan bakal menjadi mum to be or bakal berkahwin...baiklah amik ilmu sikit2 untuk ambil tahu...he he he...
Adakah uols bersedia? Ramai wanita, ketika mahu hamil, bertindak untuk tidak mengambil minuman keras (bukan budaya kita), tidak merokok (jangan ikut yang ni) atau mengambil sebarang ubat - termasuk ubat yang dijual tanpa preskripsi -- agar badan mereka berada dalam keadaan yang paling sihat untuk menghasilkan bayi.
Walaupun agak aneh, doktor uols akan mengira tarikh jangka lahir (dan umur gestasi bayi uols) dengan menghitung balik ke hari pertama haid terakhir uols. Oleh sebab sukar untuk mengetahui dengan tepat bilakah masa ovulasi dan juga bila sperma mensenyawakan telur uols, pakar perubatan sering menggunakan tarikh haid terakhir sebagai titik permulaan bagi 9 bulan berikutannya. Ini bermakna secara 'rasmi' minggu pertama kehamilan uols ialah minggu haid terakhir uols bermula. Sebab itu, umur sebenar bayi ialah 2 minggu terawal dari umur gestasinya.
Semasa minggu kedua - dan setiap bulan sepanjang tempoh penantian ketibaan nyawa baru - hormon estrogen merangsang uterus uols untuk menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat darah. Peningkatan tahap hormon progesteron menyediakan uterus untuk menyara telur yang disenyawakan. Pada masa yang sama, ovari mematangkan telur2 dalam sak2 penuh cecair yang bergelar folikel. Dalam tempoh masa singkat badan uols membuat persediaan ini, konsepsi boleh berlaku, asalkan sperma berjaya bertemu telur.
Menjelang minggu ketiga, beberapa perkara akan berlaku. Di pertengahan kitaran (hari ke-14 dalam kitaran biasa 28 hari), uols akan mengovum - satu daripada telur uols ditarik dan dimasukkan ke dalam tiub falopio. Dalam 12 hingga 24 jam berikutan, telur ini akan disenyawakan jika satu daripada 350 juta sperma (jumlah dalam pancutan mani biasa) berjaya berenang dari vagina, melintasi uterus, terus menuju ke tiub falopio, lalu menembusi telur.
Setelah disenyawakan telur itu, sekarang bergelar zigot, dengan serta-merta menutup membran luarnya untuk menyekat 250 sperma lagi yang juga berjaya membuat perjalanan itu. Kemudian ia mula membahagi sel2 yang serupa sambil membuat perjalanan turun dari tiub falopio ke uterus, di mana ia akan terus berkembang. Uols mungkin tidak sedar yang uols hamil untuk beberapa minggu lagi, walaupun setengah wanita percaya yang mereka tahu saat2nya konsepsi berlaku.
*Pakar2 menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan.
Reference & Source:
http://www.babycenter.com.my/a1044294/perkembangan-fetus---persenyawaan#ixzz2R1pESnBi
entry yang berinfomative..thanks for sharing akak..
ReplyDeletegreat info..
ReplyDeletewah2 pagi2 share benda ni..
ada berita gembira kah?
Dah 3 anak pun masih kurang faham pengiraan due bersalin tu....huhu
ReplyDeletenice sharing....
good info..:)
ReplyDeleteNice=)
ReplyDeletePersediaan nk jadi mummy ker kak Farah?? ^_____^
ReplyDeleteperkembangan lain, tapi tetap ikut rules yg sama... sebab dah mmg sunnatullah... ketentuan allah pembesaran bby dlm jnin...
ReplyDeleteinfo menarikss
ReplyDeletedalam usaha nak tambah lagi anak..hehehe
ReplyDeleteperkongsian info yang sangat menarik.. :D
ReplyDeleteehem..ehem...hehehe...announce la cepat..ternanti2 ni..hahahaha....
ReplyDeleteambil ilmu ini
ReplyDeleteTeringin nak ada baby ker farah? hehehehe
ReplyDeleteRuangan iklan murah serendah RM5 Sebulan Cepat slot terhad! ---> http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/03/blog-space-for-rent-ruangan-iklan-untuk.html
teringin menemani isteri dalam labor room, boleh ke sy nk sambut kelahiran anak sendiri ? ..dulu ada peluang tp tak sempat...sy keluar time tu huhu.
ReplyDeletedah tutup kedai...hehe..
ReplyDeleteamboi, very gd sharing ni farah !
ReplyDeletetak sabar nak tunggu remy junior keluar.........he3
ReplyDeletehehe bermanfaat utk mereka yg bakal jadi ibu....
ReplyDeleteehm3x.tiba2 kan..hehehe rindu saat itu
ReplyDeletehehe....tengok orang pregnant je le...diri sendiri macam dah tak sesuai aje huhu...
ReplyDeletehurm.. bila agaknya turn deqla? huhuhu...
ReplyDeletebagus entri ni.. utk yg nak jadi doktor pun boleh baca jgk.. iha nak jadi doctor tapi xde rezeki.. huhu..
ReplyDelete