Jenis-Jenis Perang

Farah Waheda Wahid
28
Source Extracted from Google
Peperangan? … One of the things yang semua orang pun tak nak. Perang bermaksud perbalahan menggunakan senjata sehingga membunuh antara sesama manusia. Peperangan merupakan pertikaian yang seharusnya dapat dielakkan. 


Satu tanggapan biasa peperangan is that ianya merupakan suatu siri kempen tentera antara sekurang2nya 2 belah pihak yang melibatkan 1 pertikaian mengenai kedaulatan, kawasan, sumber, agama atau banyak lagi isu2 lain. Suatu peperangan untuk mendapatkan kemerdekaan dari penjajahan sometimes dipanggil sebagai satu “peperangan pembebasan”, sementara suatu peperangan dalaman bagi negeri yang sama dipanggil “perang saudara”.


Tapi, dalam zaman2 sekarang, macam2 perang yang boleh timbul uols… Semakin maju manusia, semakin macam2 jenis perang yang timbul… Antaranya…


PERANG DUNIA

Merupakan satu perang besar, antara negara yang melibatkan negara lain, di satu benua ataupun benua lain.


PERANG EKONOMI

Perang yang menggunakan cara2 ekonomi untuk menghancurkan negara musuh melalui kehancuran sistem ekonomi yang dilakukan melalui pelbagai cara, seperti pencegahan pembelian atau perolehan bahan2 strategi, senjata atau mesin serta sekatan dari kegiatan ekonomi. Another thing… currency value kot? 


PERANG POLITIK

Perang di antara parti2 politik. (Sikit cukup x yah lelebih, ni issue sensitif dah la nak menuju PRU ni kan… erks…ai x mo kena charge for nothing…ekekeke…)


PERANG NUKLEAR

Perang nuclear atau atom, adalah pertempuran di mana senjata nuclear digunakan. Ini hanya berlaku sekali – pengeboman atomic ke atas Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat terhadap Empayar Jepun yang mengakhiri Perang Dunia ke-2 di Asia. Pada masa kini istilah ini biasanya merujuk kepada konfrontasi di mana kedua belah pihak berlawan dilengkapi dengan senjata nuclear. Berbanding peperangan conventional, peperangan nuclear adalah lebih memusnahkan dalam jumlah kerosakan dan kawasan yang terjejas, dan mempunyai kesan masa panjang, kesan yang merosakkan yang berlangsung beberapa tahun, abad, malah dekad selepas serangan pertama.


PERANG SARAF

Perang yang hanya menggunakan gertakan dan ancaman (tanpa senjata) dengan maksud untuk menjatuhkan mental… So mental kenalah kuat bila berhadapan dengan situasi perang saraf ni… Hati kena kuat, hati kena cekal…kalau weak jer… plup plup plup…habis jatuh… Sebab tu bukan senang nak jadi pemimpin ni… kalau tak kuat, kena jer badi perang saraf cenggini…bergoyang…habis semua terima kesan…


PERANG SAUDARA

Perang saudara merujuk kepada jenis perang di mana bukan 2 atau lebih negara yang menjadi kubu berlawanan namun beberapa suku, saudara atau faksi di dalam sesebuah entity. In English, it known as civil war atau bererti perang madani.


PERANG GERILA

Gerila (juga dikenali sebagai partisan) adalah istilah yang diserap dari bahasa Sepanyol (dari perkataan guerra bererti perang) yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan pejuang kecil. Peperangan gerila beroperasi dengan kumpulan pejuang kecil, mudah bergerak dan mudah berubah2 yang dikenali sebagai sel, tanpa barisan hadapan rasmi. Peperangan gerila merupakan bentuk paling tua peperangan tidak bersimetri. Penyumbang utama kepada teknik perang gerila termasuk Mao Zedong dan Che Guevara. Walaupun “peperang tidak bersimetri” merupakan istilah ketenteraan kepada taktik gerila, ia sering dirujuk secara hina sebagai “pengganas”.


PERANG DINGIN

Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas Perang Dunia Kedua antara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Kesatuan Soviet dan sekutunya. Pergeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana ia tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa besar (perang “panas”) secara besar2an. Perang Dingin dijalankan melalui tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatic, propaganda bukan propaganza ek uols…ekekeke… ^_^, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang proksi sepenuhnya antara 1947 sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991. Istilah ini dipopularkan oleh pembiaya dan penasihat politik AS Bernard Baruch pada April 1947 semasa perdebatan mengenai Doktrin Truman.


*X bercakap sesama sendiri…tak kira la boyfie and gegurl-nya ker, tunang dengan tunang ker, suami isteri ker, kawan dengan kawan ker, sampai ada yang kadang2 tu x mo pandang muka sebab kununnya menyampah dan benci yang amat ataupun tunjuk mogok pun boleh kira perang dingin jugak…ekekekeke….


PERANG SIBER / CYBERWAR

Perkataan Cyberwar berasal dari Cyber dan War. 

Cyber membawa maksud “of, relating to, or involving computers or computer networks (as the Internet) <the cyber marketplace>”.


Manakala “War” pula membawa maksud:

“(1): a state of usually open and declared armed hostile conflict between states or nations (2): a period of such armed conflict (3): State of War”.


Kedua2 maksud di atas, diperolehi melalui Merriam-Webster.com. Terjemahan saya berpandukan 2 maksud di atas:


Satu keadaan di mana peperangan antara dua negara yang diumumkan dan yang melibatkan komputer dan rangkaian komputer.


*Perang siber a.k.a. Cyberwar ni dah terlalu general dan umum dah zaman sekarang ni, bukan jer melibatkan negara, orang2 persendirian pun ramai… as example, dah berlambak2 dah kat FB, Twitter dan sebagainya…betul x?

Post a Comment

28Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. perang mulut adakah itu termasuk? HAHAHA.

    ReplyDelete
  2. berperang ..dan lazimnya berparang sesama saudara, itu yg paling sadis..

    ReplyDelete
  3. perang cyber ni pun baya jugak.. terlajak jari boleh ke penjara.. Huhu :p

    ReplyDelete
  4. jom join :D http://farsyawidodo.blogspot.co.uk/2013/04/segmen-whos-lucky-and-whos-not.html

    ReplyDelete
  5. jgn perang..berdamailah..hehehe..
    xde gunenye nak perang2..

    ReplyDelete
  6. Sekarang macam2 jenis perang ada.....
    Tapi sekarang paling gila..
    PERANG BENDERA....
    Al-maklum nak pilihanraya kan...

    ReplyDelete
  7. perang tu merosakkan bumi.. :D ** la kak dah kawin rupanya hihi mana tahu..maaf3..

    ReplyDelete
  8. betul tu perang bendera, sampaikan TNB ada keluarkan kenyataan jgn pasang bendera parti di tiang-tiang lampu....

    ReplyDelete
  9. mintak djauhkan dari segala jenis perang...=)

    ReplyDelete
  10. perang bendera tu paling hangat....dengaq kata esok bubar parlimen

    ReplyDelete
  11. Perang blogger ade tak??ehhh soklan ape tah cik tanye ne...huahuahuaaaa

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum farah...wah mcm2 perang ada kan...:)

    ReplyDelete
  13. mcm2 perang kan... mcm deno pula.. deno selalu berperang dgn SLE... hihi^^

    ReplyDelete
  14. perang politik paling bahaya sekarang xD

    ReplyDelete
  15. x yah la perang2 ni...hidup aman damai kan bagus kan...

    ReplyDelete
  16. satu jer...peperangan menyebabkan kemusnahan...dan kehilangan......
    no war please!!!!

    ReplyDelete
  17. moga2 kita tak terlibat dalam mana2 jeni perang hehe :)

    ReplyDelete
  18. haa skrg perang bendera sdg berlaku .. rimas dan sakit mataaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  19. heheh perang politik kat malaysia ni tak pernah stop...sepanjang masa ada je isu nye....

    perang cyber paling stylo skang ni di laman sosial...boleh jadi perang dingin cyber, perang politik cyber, perang saraf cyber....hehehe anggota tenteranya pula digelar cybertrooper dan keyboard warrior...:P

    ReplyDelete
  20. Ni apa kes pulak Farah OKje ni perang diri sendiri haha...tak sabar nak makan tomyam petang ni hehe

    ReplyDelete
  21. huh perang?! peace!!! (smbil up dua jari) ;)

    ReplyDelete
  22. teringat belajar sej kt skola dlu...mcm2 perang..kih3

    ReplyDelete
  23. Bnyaknyer perang.. Akk nk berperang kee?? =D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !