![]() |
Source Extracted from Google |
Peperangan? … One of the things yang semua orang pun tak nak.
Perang bermaksud perbalahan menggunakan senjata sehingga membunuh antara sesama
manusia. Peperangan merupakan pertikaian yang seharusnya dapat dielakkan.
Satu tanggapan biasa peperangan is that ianya merupakan suatu
siri kempen tentera antara sekurang2nya 2 belah pihak yang melibatkan 1
pertikaian mengenai kedaulatan, kawasan, sumber, agama atau banyak lagi isu2
lain. Suatu peperangan untuk mendapatkan kemerdekaan dari penjajahan sometimes
dipanggil sebagai satu “peperangan pembebasan”, sementara suatu peperangan
dalaman bagi negeri yang sama dipanggil “perang saudara”.
Tapi, dalam zaman2 sekarang, macam2 perang yang boleh timbul
uols… Semakin maju manusia, semakin macam2 jenis perang yang timbul… Antaranya…
PERANG DUNIA
Merupakan satu perang besar, antara negara yang melibatkan
negara lain, di satu benua ataupun benua lain.
PERANG EKONOMI
Perang yang menggunakan cara2 ekonomi untuk menghancurkan
negara musuh melalui kehancuran sistem ekonomi yang dilakukan melalui pelbagai
cara, seperti pencegahan pembelian atau perolehan bahan2 strategi, senjata atau
mesin serta sekatan dari kegiatan ekonomi. Another thing… currency value kot?
PERANG POLITIK
Perang di antara parti2 politik. (Sikit cukup x yah lelebih,
ni issue sensitif dah la nak menuju PRU ni kan… erks…ai x mo kena charge for
nothing…ekekeke…)
PERANG NUKLEAR
Perang nuclear atau atom, adalah pertempuran di mana senjata nuclear
digunakan. Ini hanya berlaku sekali – pengeboman atomic ke atas Hiroshima dan
Nagasaki oleh Amerika Syarikat terhadap Empayar Jepun yang mengakhiri Perang Dunia
ke-2 di Asia. Pada masa kini istilah ini biasanya merujuk kepada konfrontasi di
mana kedua belah pihak berlawan dilengkapi dengan senjata nuclear. Berbanding
peperangan conventional, peperangan nuclear adalah lebih memusnahkan dalam jumlah
kerosakan dan kawasan yang terjejas, dan mempunyai kesan masa panjang, kesan
yang merosakkan yang berlangsung beberapa tahun, abad, malah dekad selepas
serangan pertama.
PERANG SARAF
Perang yang hanya menggunakan gertakan dan ancaman (tanpa
senjata) dengan maksud untuk menjatuhkan mental… So mental kenalah kuat bila
berhadapan dengan situasi perang saraf ni… Hati kena kuat, hati kena cekal…kalau
weak jer… plup plup plup…habis jatuh… Sebab tu bukan senang nak jadi pemimpin
ni… kalau tak kuat, kena jer badi perang saraf cenggini…bergoyang…habis semua
terima kesan…
PERANG SAUDARA
Perang saudara merujuk kepada jenis perang di mana bukan 2
atau lebih negara yang menjadi kubu berlawanan namun beberapa suku, saudara
atau faksi di dalam sesebuah entity. In English, it known as civil war atau
bererti perang madani.
PERANG GERILA
Gerila (juga dikenali sebagai partisan) adalah istilah yang diserap dari bahasa Sepanyol (dari
perkataan guerra bererti perang) yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan
pejuang kecil. Peperangan gerila beroperasi dengan kumpulan pejuang kecil,
mudah bergerak dan mudah berubah2 yang dikenali sebagai sel, tanpa barisan
hadapan rasmi. Peperangan gerila merupakan bentuk paling tua peperangan tidak
bersimetri. Penyumbang utama kepada teknik perang gerila termasuk Mao Zedong
dan Che Guevara. Walaupun “peperang tidak bersimetri” merupakan istilah
ketenteraan kepada taktik gerila, ia sering dirujuk secara hina sebagai “pengganas”.
PERANG DINGIN
Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang
bermula selepas Perang Dunia Kedua antara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan
Kesatuan Soviet dan sekutunya. Pergeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin
kerana ia tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa
besar (perang “panas”) secara besar2an. Perang Dingin dijalankan melalui
tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatic, propaganda bukan
propaganza ek uols…ekekeke… ^_^, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang
proksi sepenuhnya antara 1947 sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991.
Istilah ini dipopularkan oleh pembiaya dan penasihat politik AS Bernard Baruch
pada April 1947 semasa perdebatan mengenai Doktrin Truman.
*X bercakap sesama sendiri…tak kira la boyfie and gegurl-nya
ker, tunang dengan tunang ker, suami isteri ker, kawan dengan kawan ker, sampai
ada yang kadang2 tu x mo pandang muka sebab kununnya menyampah dan benci yang
amat ataupun tunjuk mogok pun boleh kira perang dingin jugak…ekekekeke….
PERANG SIBER /
CYBERWAR
Perkataan Cyberwar berasal dari Cyber dan War.
Cyber membawa
maksud “of, relating to, or involving computers or computer networks (as the
Internet) <the cyber marketplace>”.
Manakala “War” pula membawa maksud:
“(1): a state of usually open and declared armed hostile
conflict between states or nations (2): a period of such armed conflict (3):
State of War”.
Kedua2 maksud di atas, diperolehi melalui Merriam-Webster.com.
Terjemahan saya berpandukan 2 maksud di atas:
Satu keadaan di mana peperangan antara dua negara yang
diumumkan dan yang melibatkan komputer dan rangkaian komputer.
*Perang siber a.k.a. Cyberwar ni dah terlalu general dan umum
dah zaman sekarang ni, bukan jer melibatkan negara, orang2 persendirian pun
ramai… as example, dah berlambak2 dah kat FB, Twitter dan sebagainya…betul x?
perang mulut adakah itu termasuk? HAHAHA.
ReplyDeleteberperang ..dan lazimnya berparang sesama saudara, itu yg paling sadis..
ReplyDeleteperang cyber ni pun baya jugak.. terlajak jari boleh ke penjara.. Huhu :p
ReplyDeletejom join :D http://farsyawidodo.blogspot.co.uk/2013/04/segmen-whos-lucky-and-whos-not.html
ReplyDeleteperang exam kak farah ehehe.
ReplyDeletewahhh mcm2 perang ada...hehe
ReplyDeletejgn perang..berdamailah..hehehe..
ReplyDeletexde gunenye nak perang2..
Sekarang macam2 jenis perang ada.....
ReplyDeleteTapi sekarang paling gila..
PERANG BENDERA....
Al-maklum nak pilihanraya kan...
perang tu merosakkan bumi.. :D ** la kak dah kawin rupanya hihi mana tahu..maaf3..
ReplyDeletetakut perang2 nie farah..huhu
ReplyDeletebetul tu perang bendera, sampaikan TNB ada keluarkan kenyataan jgn pasang bendera parti di tiang-tiang lampu....
ReplyDeletemintak djauhkan dari segala jenis perang...=)
ReplyDeleteperang bendera tu paling hangat....dengaq kata esok bubar parlimen
ReplyDeletedgr perang pun udah takut
ReplyDeletePerang blogger ade tak??ehhh soklan ape tah cik tanye ne...huahuahuaaaa
ReplyDeleteassalamualaikum farah...wah mcm2 perang ada kan...:)
ReplyDeletemcm2 perang kan... mcm deno pula.. deno selalu berperang dgn SLE... hihi^^
ReplyDeleteperang politik paling bahaya sekarang xD
ReplyDeletex yah la perang2 ni...hidup aman damai kan bagus kan...
ReplyDeletesatu jer...peperangan menyebabkan kemusnahan...dan kehilangan......
ReplyDeleteno war please!!!!
moga2 kita tak terlibat dalam mana2 jeni perang hehe :)
ReplyDeletehaa skrg perang bendera sdg berlaku .. rimas dan sakit mataaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteheheh perang politik kat malaysia ni tak pernah stop...sepanjang masa ada je isu nye....
ReplyDeleteperang cyber paling stylo skang ni di laman sosial...boleh jadi perang dingin cyber, perang politik cyber, perang saraf cyber....hehehe anggota tenteranya pula digelar cybertrooper dan keyboard warrior...:P
Ni apa kes pulak Farah OKje ni perang diri sendiri haha...tak sabar nak makan tomyam petang ni hehe
ReplyDeletehuh perang?! peace!!! (smbil up dua jari) ;)
ReplyDeleteperang poket pun bahaya taw ^_^
ReplyDeleteteringat belajar sej kt skola dlu...mcm2 perang..kih3
ReplyDeleteBnyaknyer perang.. Akk nk berperang kee?? =D
ReplyDelete