Source Extracted from Google |
Siapa yang pernah makan ikan ni? Ceciter sikit, best ker rasa dan tekstur ikan ni? Bila tengok dalam Masterchef Selebriti semalam cam smooth jer tengok ikan ni bila dah jadi fillet... cam terfikir pulak cam manakah rasanya sebenarnya? Adakah rasanya seperti burger Fillet O Fish MekDi tu? Ekekekeke....
Ikan Sisa Nabi atau nama lainnya Ikan Sebelah Laut mempunyai keunikan sendiri yang mana badannya hanya ada sebelah sahaja. Ikan yang dikenali dengan nama saintifik Pseudorhombus Spp / Achiroides Spp ini mampu hidup di kawasan air masin dan tawar di sekitar negara ASEAN termasuk Malaysia.
Menurut sejarah, ikan ini telah dimakan sebelah bahagian oleh Nabi Sulaiman A.S. dan dilepaskan semula ke laut. Atas kehendak Allah SWT, ikan sisa nabi ini telah hidup dan membiak sehingga ke hari ini.
Biarpun hanya mempunyai 1 mata dan sebelah badan sahaja, ia tidak memberi sebarang masalah kehidupan ekosistem ikan tersebut. Kejadian ini membuktikan 1 lagi kebesaran Allah SWT. Wallahualam.
Dikatakan, Ikan Sebelah Laut ini amat penting secara commercial. Ikan ini dikatakan mengandungi kandungan nutrisi yang cukup tinggi di samping memiliki rasa yang lazat. Bagaimanapun, stok ikan ini adalah terbatas. Ikan dalam spesies benthic ini banyak boleh ditemui di perairan tropika dan hangat, biasanya bertelur di kawasan lepas pantai dan muara sungai. Pada waktu kesuburan tinggi, ikan betina biasanya melepaskan sehingga beberapa ratus ribu telur. Untuk betina yang berukuran besar mampu bertelur sehingga mencapai lebih dari 2 juta. Telur2 ikan dengan segera menjadi larvae berukuran 1.5-3mm.
Ikan berbadan pipih ini suka sekali menyamar, menyesuaikan dengan kondisi lingkungannya dengan cara memendamkan badannya ke dalam lumpur atau pasir di dasar laut, sementara hanya matanya yang muncul ke permukaan. Matanya dapat diangkat atau diturunkan dan digerakkan dengan bebas. Ikan ini memakan terutama binatang berkulit keras, haiwa x bertulang punggung. Tanpa gerak dengan sangat sabar ia menunggu mangsanya sampai mangsa benar2 dekat dan lengah dengan gerakan yang sangat cepat dan mendadak menyergap, jarang sekali mangsa dapat lolos dari sergapannya.
*Description macam lazat benar pulak bunyinya... lazat sangat ke? Tapi masak apa yang sedap ek? *_^ wink...
ikan ni memang sedap kak..
ReplyDeleteselalu goreng je, makan rangup2 sedap rasanya ^_^ cube lah
oleh sebab bapa lissa selalu tangkap ikan., selalu jugak dia dapat ikan ni., hee sedap masak apa-apa jaa., sebab mama lissa daa try macam2.. eheh
ReplyDeleteRasanya pernah makan ikan ni...memang sedap walaupun goreng jak...
ReplyDeletebaru tahu ehhh...tak pernah try lagi...
ReplyDeleteakak pun tak beli dan masak ikan nie....ikan nie memang unik...
ReplyDeletetak pernah cuba lagi ikan ni...susah gak nak jumpa ni..
ReplyDeleteIkan sebelah..sma ke..fail tul bab2 nk knal ikan ni...
ReplyDeleteikan ni sedap la adik manis...akak suka..sebab masa kecik2 dulu abah akak suka pergi menjala kat laut..selalu dapat ikan ni...goreng dan ratah mcm tu je pun sedap..
ReplyDeleterasanyer goreng dan dimakan panas2 mmg sedap & ranguplah !
ReplyDeletenory pon tak pernah rasa...
ReplyDeletesebelum ni penah satu hari tu ajak husband pegi Hero, sbb nak tengok ikan tu secara live...hhahaha
salam kakak..i'm back..nice info..lepas ni 2 minggu kite x online,,ade urusan,,jumpa lagi..miss uuu :)
ReplyDeletekadang ada tengok kat pasaraya...tp tak pulak pikir nak beli...
ReplyDeletepernah jumpe ikan ni tp x pernah rse....
ReplyDeleteayah ena mmg suka mkn ikan nie
ReplyDeleteklu goreng isi dia lembut jea
xpernah mkn..huhu
ReplyDeleteTadi baru tgk kat MasterChef Selebriti tu.
ReplyDeleteish..nama pun baru 1st time deqla dgr..thanks... harini dpt info baru!! ;)
ReplyDeleteGua pernah dengar tapi tak pernah lihat, ada jual ka kat pasar ek?
ReplyDeleterasa dia mcm ikan biasa juga...cuma bentuk jer berlainan.....
ReplyDeletetak pernah makan ikan ni...tapi selalu la tengok
ReplyDeletebelum pernah makan lg ikan ni...huhu...
ReplyDeletetak pernah tau pasal ikan ni. huhuhu
ReplyDeletekami panggil ikan selipar..sedap ni
ReplyDeletebaru semalam tengok tapi kat pasaraya tu tulis ikan lidah pasir..so puas bertekak ngan en.tunang bahawa ikan sebelah dan ikan lidah pasir adalah sama tapi jawapan dia adalah...ikan sebelah kan lain sikit...heheheh ok fine!! lelaki memang fail dalam mengenali ikan..hehehe
ReplyDeleteSelalu nampak tapi jarang beli....sedap ke Farah? ....masak apa sedap ek ikan tu?
ReplyDeletehahaha, hana x pernah lgi try.. tak pernah jumpa jugak
ReplyDeletex sure pernah makan ke x ikan ni.. dulu asal mak masak iha ngap je, kuikuikui :D
ReplyDelete