Ideas Pot Luck Between Bloggers

Farah Waheda Wahid
22


Source Extracted from Google

Ingat makanan jer ada pot luck? La la la la…blogging pun ada pot luck jugak tau! ^_^… Bila kita dah kenal dengan corak penulisan maya seseorang blogger yang biasa kita jengah dan baca blog mereka, kadang2…akan terlintas di kotak pemikiran kita sesuatu idea yang mungkin sesuai dengan imej blog mereka dan gaya penulisan maya mereka… (Inilah yang dikatakan kita betul2 membaca dan mengenali identiti penulisan maya seseorang blogger itu)… 

True though, sebab bila kita dah terbiasa membaca blog seseorang blogger itu, kita boleh kenal label blog seseorang blogger itu… (erks…uols faham kan apa yang ai cuba nak sampaikan?). As example, Blogger A gemar menulis tentang isu semasa… therefore mungkin kita ada idea if mereka terlepas pandang untuk tulis tentang sesuatu isu semasa itu… Blogger B pula gemar menulis tentang filem, mungkin ada filem yang kita dah tonton tapi mereka belum review, kita boleh bagi pendapat untuk mereka tulis review filem tersebut, Blogger C gemar menulis tentang masakan, might be kita boleh request mereka untuk share sesuatu resipi yang kita ingin tau…

Secara x langsung:

1. Kita membantu menambahkan idea penulisan maya rakan blogger kita supaya mereka lebih maju dalam dunia blogging.

2. Kita berpeluang berkongsi apa yang kita nak baca dan nak tau dengan rakan2 blogger yang lain.

3. Kita membantu menambahkan kepelbagaian dalam corak penulisan maya kawan2 kita dan menjadikan blog tersebut lagi seronok untuk dibaca. Bila orang seronok baca entri2 yang di-publish oleh seseorang blogger itu, seseorang blogger itu juga akan lebih bermotivasi untuk menghasilkan entri2 yang lebih berkualiti dari semasa ke semasa.

4. Idea yang diberikan oleh pembaca/orang lain adalah dari sudut perspective yang lain yang kadang2 kita sendiri x pernah terfikir… Well, it’s good… dan mungkin itu juga akan menyedarkan kita sebenarnya da corak penulisan maya lain yang boleh kita explore instead of being stagnant at the same old same old kind of virtual writing style…

Bukanlah dengan cuba memberikan pendapat, berkongsi idea yang kita ada, kita bertujuan nak mengajar seseorang blogger itu cara berblog (kononnya kita nak tunjuk pandai atau “lan si”)… Shoooooooooh….. Campak jauh2 niat dan pemikiran tu kalau ada… dan sebagai seorang blogger yang diberi pendapat, atau dikongsikan idea oleh blogger lain, haruslah menerima dengan keterbukaan bukannya dengan reaksi yang negatif… 

Sekiranya, kita rasa idea tersebut adalah bagus dan bersesuaian dengan jiwa kita, mungkin kita boleh gunakan untuk next entri kita and if sekiranya kita rasa kurang sesuai dengan jiwa kita dan kita x rasa nak up entry yang dicadangkan itu, ucapkan terima kasih dan inform tukang pemberi idea, bukannya kita tak mau serta nyatakan justifikasi kenapa kita tidak buy that idea… In Shaa Allah, if pemberi pendapat or pemberi idea menyalurkan idea dengan cara yang betul dan penerima menerima atau membalas dengan betul with the correct justification…tidak akan timbul permasalahan di situ kan? 

Again, tak salah memberikan pendapat, dan x salah menerima pendapat serta berkongsi2 idea di alam penulisan maya ini… Kita di alam maya ni, di alam blogging ni, sama2 berblog secara sihat, sama2 ingin pembaca datang ke blog kita (tipulah orang buat blog x nak orang datang baca ye tak? Ekekekee…unless kalau memang buat blog nak baca sendiri jer dan untuk self-satisfaction jer…eh ada jugak tau blogger jenis cenggini…trust me…)

Jangan sesekali fikir kalau kita memberikan idea kepada blogger lain yang mungkin bom kebabom bila mereka publish orang akan lebih tertumpu pada blog mereka dan x hiraukan blog kita… or kurang ke blog kita… Erks…jangan jeles2… kita sama2 berblog, sama2 membaca… Bila ada sifat macam tu, sebenarnya dalam hati tu dah mula timbul ada titik hitam dah tu…dah mula terbit sifat iri hati dah tu… Tak payah nak iri hati dengan orang… Setiap blogger ada imej, identity dan keistimewaan kita sendiri… we are unique in our own ways kan? Buang jauh2 sifat tu… 

Sepatutnya, kita tumpang seronok bila ramai orang membaca blog, blogger lain dan seronok melihat sesuatu blog itu lebih maju dari semasa ke semasa dalam self-development mereka untuk menjadi blogger yang berkredibiliti…bukannya kita, tanamkan perasaan cemburu pada blogger2 tersebut… All in all…berblogging secara sihat kan?

*So far, pernah juga menyumbangkan idea pada seseorang blogger dalam discussion offline kitaorang… ^_^ sebabnya saya rasa memang kena dengan identiti blog beliau… kalau saya yang buat topic tu cam x kena, sebab saya kurang arif dalam scope tersebut untuk dijadikan entri, takut nanti tersalah fakta pulak… lagipun blog beliau yang sering membicarakan scope tersebut…pengkhususan dan kesesuaian lebih kepada beliau… beliau lebih mahir dengan cara penulisan maya beliau dan lebih mengenali scope idea tersebut…^_^ … Alhamdulillah, diterima baik dan beliau mengatakan it’s a brilliant idea…tapi beliau kena wat research lebih sikit on that scope…In Shaa Allah, akan muncul juga entry yang dimaksudkan setelah beliau selesai membuat research… ekekekeke… *_^

** Tak yah mention ler nama siapakan, tuan punya badan dan tuan punya belog taulah siapa diri dia…wakakakaka….

Post a Comment

22Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. perkongsian berguna..
    berblog secara sihat kan lebih baik..
    cuba muhasabah diri dan buang iri hati..walau terkadang tersangka negatif.. ^_^

    ReplyDelete
  2. perghhh... hebat2... betul apa yang Farah tulis tu.. sokong 100%. Kita kena saling sokong menyokong antara satu sama lain.. yang penting dalam setiap n3 yg dibaca kita ambil yang positivenya.

    TQ farah yang mengingatkan balik the purpose of kita berblog ni.. :)

    ReplyDelete
  3. yup..setuju... sharing is caring.. kan?kan? mcm deqla ni suka citer pasal movie kat panggung kot..haha.. kaki wayang la katakan... ;p

    ReplyDelete
  4. tq for sharing sis... ^_^ inshaallah akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki lagi.. :)

    ReplyDelete
  5. yessss setuju dengan farah comel nii!..hehe..kak intan jenis blogger cemana eh? cer klasifikasi ket...ekekeke

    ReplyDelete
  6. betul betul . barulah lebih maju dunia blogger ni :D

    ReplyDelete
  7. Inilah dikatakan berblog secara sihat kan.... =D

    ReplyDelete
  8. betul tu...
    nory sendiri pon kadang2 ketandusan idea nak tulis entry..
    tapi blog nory kebanyakannya semua berkisar hal personal je..heheh

    ReplyDelete
  9. Betul tu kak Farah.. takda sebab kita nak jeles meles dgn kejayaan dan kemajuan blogger lain.. kadang2 tu iha teringin nak update sesuatu entri tp simpan balik sbb bg iha ada lg blogger yg lebih berpengalaman utk update entri tu..

    ReplyDelete
  10. betul betul betul setuju dgn entry kak farah ni :D
    Berblog secara sihat dan always be positive kan akak..eh xnak bg idea dekat dik jgk ke?hikss.. ^________^

    ReplyDelete
  11. Betul tu farah...tak salah requestkan sesuatu kpd mereka yg lebih tahu....dan sharekan ...ok apa...

    ReplyDelete
  12. so true...tp tulah ai ni berblog ikut mood...hihi

    ReplyDelete
  13. Pot Luck yang menarik tentang sesuatu isu menarik kita untuk membacanya berulangkali....

    ReplyDelete
  14. Nice one., hee sharing is caring. ^^

    ReplyDelete
  15. good explanation.......
    remy suka.....

    ReplyDelete
  16. idea patut dikongsi bersama..boleh?hehe

    ReplyDelete
  17. mmg best bila bertukar2 idea ni...sekurg2nya takde la sampai ke tahap ketandusan mcm yg biasa sy alami...:P

    ReplyDelete
  18. ok juga cadangan ni..kalau kak MV punya blog mcm mn??

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !