![]() |
Source Extracted from Google |
Ingat makanan jer ada pot luck?
La la la la…blogging pun ada pot luck jugak tau! ^_^… Bila kita dah kenal
dengan corak penulisan maya seseorang blogger yang biasa kita jengah dan baca
blog mereka, kadang2…akan terlintas di kotak pemikiran kita sesuatu idea yang
mungkin sesuai dengan imej blog mereka dan gaya penulisan maya mereka… (Inilah
yang dikatakan kita betul2 membaca dan mengenali identiti penulisan maya seseorang
blogger itu)…
True though, sebab bila kita dah
terbiasa membaca blog seseorang blogger itu, kita boleh kenal label blog
seseorang blogger itu… (erks…uols faham kan apa yang ai cuba nak sampaikan?).
As example, Blogger A gemar menulis tentang isu semasa… therefore mungkin kita
ada idea if mereka terlepas pandang untuk tulis tentang sesuatu isu semasa itu…
Blogger B pula gemar menulis tentang filem, mungkin ada filem yang kita dah
tonton tapi mereka belum review, kita boleh bagi pendapat untuk mereka tulis
review filem tersebut, Blogger C gemar menulis tentang masakan, might be kita
boleh request mereka untuk share sesuatu resipi yang kita ingin tau…
Secara x langsung:
1. Kita membantu menambahkan idea penulisan
maya rakan blogger kita supaya mereka lebih maju dalam dunia blogging.
2. Kita berpeluang berkongsi apa
yang kita nak baca dan nak tau dengan rakan2 blogger yang lain.
3. Kita membantu menambahkan
kepelbagaian dalam corak penulisan maya kawan2 kita dan menjadikan blog
tersebut lagi seronok untuk dibaca. Bila orang seronok baca entri2 yang di-publish
oleh seseorang blogger itu, seseorang blogger itu juga akan lebih bermotivasi
untuk menghasilkan entri2 yang lebih berkualiti dari semasa ke semasa.
4. Idea yang diberikan oleh
pembaca/orang lain adalah dari sudut perspective yang lain yang kadang2 kita
sendiri x pernah terfikir… Well, it’s good… dan mungkin itu juga akan
menyedarkan kita sebenarnya da corak penulisan maya lain yang boleh kita
explore instead of being stagnant at the same old same old kind of virtual
writing style…
Bukanlah dengan cuba memberikan
pendapat, berkongsi idea yang kita ada, kita bertujuan nak mengajar seseorang
blogger itu cara berblog (kononnya kita nak tunjuk pandai atau “lan si”)…
Shoooooooooh….. Campak jauh2 niat dan pemikiran tu kalau ada… dan sebagai
seorang blogger yang diberi pendapat, atau dikongsikan idea oleh blogger lain,
haruslah menerima dengan keterbukaan bukannya dengan reaksi yang negatif…
Sekiranya, kita rasa idea
tersebut adalah bagus dan bersesuaian dengan jiwa kita, mungkin kita boleh
gunakan untuk next entri kita and if sekiranya kita rasa kurang sesuai dengan
jiwa kita dan kita x rasa nak up entry yang dicadangkan itu, ucapkan terima
kasih dan inform tukang pemberi idea, bukannya kita tak mau serta nyatakan
justifikasi kenapa kita tidak buy that idea… In Shaa Allah, if pemberi pendapat
or pemberi idea menyalurkan idea dengan cara yang betul dan penerima menerima
atau membalas dengan betul with the correct justification…tidak akan timbul
permasalahan di situ kan?
Again, tak salah memberikan
pendapat, dan x salah menerima pendapat serta berkongsi2 idea di alam penulisan
maya ini… Kita di alam maya ni, di alam blogging ni, sama2 berblog secara
sihat, sama2 ingin pembaca datang ke blog kita (tipulah orang buat blog x nak
orang datang baca ye tak? Ekekekee…unless kalau memang buat blog nak baca
sendiri jer dan untuk self-satisfaction jer…eh ada jugak tau blogger jenis
cenggini…trust me…)
Jangan sesekali fikir kalau kita
memberikan idea kepada blogger lain yang mungkin bom kebabom bila mereka
publish orang akan lebih tertumpu pada blog mereka dan x hiraukan blog kita… or
kurang ke blog kita… Erks…jangan jeles2… kita sama2 berblog, sama2 membaca…
Bila ada sifat macam tu, sebenarnya dalam hati tu dah mula timbul ada titik
hitam dah tu…dah mula terbit sifat iri hati dah tu… Tak payah nak iri hati
dengan orang… Setiap blogger ada imej, identity dan keistimewaan kita sendiri…
we are unique in our own ways kan? Buang jauh2 sifat tu…
Sepatutnya, kita tumpang seronok
bila ramai orang membaca blog, blogger lain dan seronok melihat sesuatu blog
itu lebih maju dari semasa ke semasa dalam self-development mereka untuk
menjadi blogger yang berkredibiliti…bukannya kita, tanamkan perasaan cemburu
pada blogger2 tersebut… All in all…berblogging secara sihat kan?
*So far, pernah juga
menyumbangkan idea pada seseorang blogger dalam discussion offline kitaorang…
^_^ sebabnya saya rasa memang kena dengan identiti blog beliau… kalau saya yang
buat topic tu cam x kena, sebab saya kurang arif dalam scope tersebut untuk
dijadikan entri, takut nanti tersalah fakta pulak… lagipun blog beliau yang
sering membicarakan scope tersebut…pengkhususan dan kesesuaian lebih kepada
beliau… beliau lebih mahir dengan cara penulisan maya beliau dan lebih
mengenali scope idea tersebut…^_^ … Alhamdulillah, diterima baik dan beliau
mengatakan it’s a brilliant idea…tapi beliau kena wat research lebih sikit on
that scope…In Shaa Allah, akan muncul juga entry yang dimaksudkan setelah
beliau selesai membuat research… ekekekeke… *_^
** Tak yah mention ler nama
siapakan, tuan punya badan dan tuan punya belog taulah siapa diri dia…wakakakaka….
Nice entry sis.=)
ReplyDeleteperkongsian berguna..
ReplyDeleteberblog secara sihat kan lebih baik..
cuba muhasabah diri dan buang iri hati..walau terkadang tersangka negatif.. ^_^
perghhh... hebat2... betul apa yang Farah tulis tu.. sokong 100%. Kita kena saling sokong menyokong antara satu sama lain.. yang penting dalam setiap n3 yg dibaca kita ambil yang positivenya.
ReplyDeleteTQ farah yang mengingatkan balik the purpose of kita berblog ni.. :)
betul tu ..bagus la farah ni :)
ReplyDeleteNice info.
ReplyDeleteyup..setuju... sharing is caring.. kan?kan? mcm deqla ni suka citer pasal movie kat panggung kot..haha.. kaki wayang la katakan... ;p
ReplyDeletetq for sharing sis... ^_^ inshaallah akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki lagi.. :)
ReplyDeleteyessss setuju dengan farah comel nii!..hehe..kak intan jenis blogger cemana eh? cer klasifikasi ket...ekekeke
ReplyDeletebetul betul . barulah lebih maju dunia blogger ni :D
ReplyDeleteInilah dikatakan berblog secara sihat kan.... =D
ReplyDeletebetul tu...
ReplyDeletenory sendiri pon kadang2 ketandusan idea nak tulis entry..
tapi blog nory kebanyakannya semua berkisar hal personal je..heheh
Betul tu kak Farah.. takda sebab kita nak jeles meles dgn kejayaan dan kemajuan blogger lain.. kadang2 tu iha teringin nak update sesuatu entri tp simpan balik sbb bg iha ada lg blogger yg lebih berpengalaman utk update entri tu..
ReplyDeletebetul betul betul setuju dgn entry kak farah ni :D
ReplyDeleteBerblog secara sihat dan always be positive kan akak..eh xnak bg idea dekat dik jgk ke?hikss.. ^________^
Betul tu farah...tak salah requestkan sesuatu kpd mereka yg lebih tahu....dan sharekan ...ok apa...
ReplyDeleteso true...tp tulah ai ni berblog ikut mood...hihi
ReplyDeletePot Luck yang menarik tentang sesuatu isu menarik kita untuk membacanya berulangkali....
ReplyDeleteNice one., hee sharing is caring. ^^
ReplyDeletegood explanation.......
ReplyDeleteremy suka.....
idea patut dikongsi bersama..boleh?hehe
ReplyDeletemmg best bila bertukar2 idea ni...sekurg2nya takde la sampai ke tahap ketandusan mcm yg biasa sy alami...:P
ReplyDeleteok juga cadangan ni..kalau kak MV punya blog mcm mn??
ReplyDeleteNice sharing akk!! :))
ReplyDeletePost a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.