Friday Thoughts: Kisah Cinta Seorang Suami

Farah Waheda Wahid
18
Source Extracted from Google
Perkahwinan itu telah berjalan selama 4 tahun, namun pasangan suami isteri itu belum dikurniakan seorang pun anak. Orang di kanan kiri mula berbisik2: "Takkan masih belum punya anak ya? Masalahnya pada siapa ya? Suaminya atau isterinya ya?"... Dari berbisik2 akhirnya menjadi riuh serta bising.

Tanpa pengetahuan sesiapa pun, suami isteri tersebut telah pergi berjumpa dengan doktor untuk consultation dan melakukan pemeriksaan. Hasil keputusan ujian makmal menyatakan bahawa si isteri adalah seorang wanita yang mandul, sementara si suami tidak ada masalah apa pun dan tidak ada harapan bagi si isteri untuk sembuh. Dengan erti kata lain, tidak berpeluang untuk hamil dan mempunyai anak.

Mengetahui serta mendengar keputusan ujian tersebut, si suami mengucapkan: Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Lalu menyambungnya dengan ucapan: Alhamdulillah.

Si suami seorang diri memasuki bilik doktor dengan membawa hasil keputusan ujian makmal dan tidak sesekali memberitahu isterinya dan membiarkan isterinya menunggu di ruang menunggu. Si suami berkata kepada doktor: "Saya akan panggil isteri saya untuk masuk ke bilik doktor, akan tetapi tolonglah, nanti tuan doktor jelaskan kepada isteri saya yang bahawasanya masalahnya adalah saya, sementara dia tidak ada masalah apa2."

Doktor merasa hairan dengan permintaan si suami tersebut. Akan tetapi si suami terus memaksa serta merayu kepada doktor tersebut dan akhirnya doktor tersebut bersetuju untuk mengatakan kepada si isteri bahawa masalah bukannya berpunca dari keturunan si suami dan buka juga pada si isteri.

Si suami memanggil si isteri yang telah lama menunggunya dan jelas dari riak wajahnya kesedihan serta kemuraman. Lalu bersama2 mereka memasuki bilik doktor. Maka, doktor tersebut membuka sampul surat hasil keputusan ujian makmal, lalu membaca serta mentelaahnya dan kemudian berkata: "Oooo, kamu si suami yang mandul, sementara isterimu tidak ada masalah, dan tidak ada harapan bagi si suami untuk sembuh."

Mendengar apa yang disampaikan oleh doktor tersebut, si suami berkata: Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un dan terlihat pada raut wajahnya wajah seseorang yang menyerah kepada qada dan qadar Allah SWT.

Lalu pasangan suami isteri itu pulang ke rumah mereka dan secara perlahan2 namun pasti, tersebarlah berita tentang rahsia tersebut kepada jiran tetangga, serta saudara mara.

5 tahun berlalu dari peristiwa tersebut dan sepasang suami isteri bersabar, sampai akhirnya datanglah detik2 yang sangat menegangkan, di mana si isteri berkata kepada suaminya: "Wahai suami, saya telah bersabar selama 9 tahun, saya tahan2 untuk bersabar dan tidak meminta cerai dari kamu, dan selama ini orang berkata betapa baik dan solehahnya si isteri itu yang terus setia mendampingi suaminya selama 9 tahun, padahal dia tahu kalau dari suaminya dia tidak akan memperolehi keturunan. Namun, sekarang, rasanya saya sudah tidak boleh bersabar lagi, saya ingin agar engkau segera menceraikan saya, agar saya boleh berkahwin dengan lelaki lain dan mempunyai keturunan darinya, sehingga saya boleh melihat anak2 saya, menimang dan mengasuhnya."

Mendengar emosi si isteri yang memuncak, si suami berkata: "Isteriku, ini cubaan dari Allah SWT, kita mesti bersabar... kita mesti, mesti dan mesti...". Dan kemudian suaminya mulalah berceramah di hadapannya.

Akhirnya si isteri berkata: "OK, saya akan cuba bertahan setahun sahaja lagi, ingat, hanya setahun dan tidak lebih.". Si suami bersetuju, dan dalam dirinya, dipenuhi dengan satu harapan yang sangat besar, semoga Allah SWT memberikan jalan keluar yang terbaik bagi mereka berdua.

Beberapa hari kemudian, tiba2 si isteri jatuh sakit, dan hasil ujian makmal mengatakan bahawa si isteri mengalami kegagalan buah pinggang. Mendengar penjelasan tersebut, emosi dan semangat si isteri mula menurun serta tidak terkawal. Si isteri berkata kepada suaminya: "Semua ini gara2 kamu, selama aku menahan kesabaranku, dan jadilah aku seperti ini sekarang, kenapa selama ini kamu tidak segera menceraikan saya, saya kan ingin mempunyai anak, saya ingin mengasuh dan menimang bayi, saya kan... saya kan..."

Di saat yang genting itu, tiba2 si suami berkata: "Maaf, saya ada tugas di luar negeri, dan saya berharap semoga engkau baik2 saja". "Huh, pergi?", kata isteri. "Ya, saya akan pergi kerana tugas dan juga kerana mencari penderma buah pinggang buat kamu, semoga saya berjaya." kata si suami.

Sehari sebelum pembedahan, datanglah si penderma ke wad si isteri. Maka, dipersetujui bahawa esok akan dilakukan pembedahan pemindahan buah pinggang dari si penderma kepada si isteri. Saat itu si isteri teringat si suami yang pergi, dan berkata2 si isteri di dalam hatinya: "Suami apa dia itu? isteri nak melakukan pembedahan, tapi dia tinggalkan aku sorang2 di sini."

Pembedahan berjalan dengan lancar dan berjaya. Selepas sebulan, suaminya balik dan kelihatan wajahnya tanda2 orang yang keletihan. Sebenarnya, si penderma bukanlah orang lain tetapi si suami itu sendiri. Ya, suaminya telah menghibahkan satu ginjalnya untuk isterinya tanpa pengetahuan si isteri, jiran tetangga mahupun saudara mara selain doktor yang mana si suami telah meminta bersungguh2 dari doktor untuk menutup rahsia tersebut.

Dan dengan kuasa Allah, Subhanallah... setelah 9 bulan dari pembedahan tersebut, si isteri mengandung dan melahirkan anak. Maka bergembiralah suami isteri tersebut, jiran tetangga dan juga saudara mara.

Suasana rumahtangga mereka kembali normal, dan si suami telah menyelesaikan pengajiannya di sebuah fakulti syariah dan telah bekerja di sebuah mahkamah.

Pada satu hari, si suami bertugas di luar negeri dan dia lupa menyimpan diarinya dari atas meja, diari yang selama ini dia sembunyikan. Dan tanpa sengaja, si isteri membaca diari tersebut. Hampir saja si isteri jatuh pengsan setelah mengetahui rahsia tentang diri dan rumahtangganya. Dia menangis meraung2. Setelah agak reda, dia menelefon suaminya dan menangis semahu2nya, dia berkali2 memohon permohonan maaf dari suaminya. Si suami hanya dapat membalas panggilan telefon isterinya dengan menangis juga.

Dan selepas peristiwa tersebut, selama 3 bulan, si isteri tidak berani menatap wajah suaminya. Jika ada keperluan, dia berbicara dengan menundukkan mukanya, tidak ada kekuatan untuk memandangnya sama sekali.

Subhanallah!

Sedih kan citer ni... walaupun plotnya biasa2 sahaja dan mengikut plot2 kebanyakan cerita yang dikarang oleh mereka2 di luar sana, tapi banyak maknanya dan sangat mendalam. Kadang2, kita rasa pasangan kita tidak cintakan kita, sayangkan kita sebab tidak dizahirkan oleh mereka secara terang2an. Kita merasakan seperti tidak patut itu tidak patut ini. Tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan, suami ataupun isteri. 

Tapi sebenarnya apa yang tak terzahir itu mengandungi seribu satu rahsia di sebaliknya. Siapa kita manusia nak mengukur sejauh mana kasih sayang seseorang itu kepada kita? Sedangkan kita tidak tahu apa yang terselindung di sebaliknya. Apabila seseorang suami itu mengambil seseorang isteri itu sebagai isteri, seseorang isteri itu menerima seseorang suami itu sebagai seorang suami, kasih sayang mereka adalah tidak terungkap dengan zahiriah sahaja... banyak aspect yang perlu diambil kira...

Jangan sesekali kita mengatakan pasangan kita tidak sayang kepada kita, mereka sayang kita dan kita juga sayang mereka, cuma mungkin caranya berbeza2 kan? Jadi bersyukurlah dengan pasangan halal yang kita ada dan sentiasa hargailah pasangan halal  yang kita ada yang telah ditentukan oleh Allah SWT... Biarpun buruk, biarpun pahit, biarpun perit, itu tidak bererti itu yang sebenarnya... Rahsianya, hanya Allah dan diri masing2 yang mengetahui.... ^_^

*Bersyukur dengan perjalanan yang Allah SWT dah tetapkan kerana Allah Maha Mengetahui segala-gala yang telah direncanakanNya... Tidak pernah sekali cuba melawan ketentuan dan ketetapan Allah SWT ataupun sesekali menyesali...Apatah lagi mempersoalkan kenapa?... Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya... Siapa kita untuk say NO, kalau Allah say YES...^_^ Syukran Ya Allah... Ujian, serta dugaan yang diberikan diterima dengan senyuman yang ikhlas kerana saya tahu Allah x berikan kita dugaan serta ujian di luar kemampuan kita,  dan setiap ujian itu menjadikan kita lebih baik dari semalam dan lebih matang dalam menghadapi kehidupan ini... Allah takkan biarkan hambaNya... Dia sentiasa ada dan lebih mengetahui segala2nya walaupun yang tak terlihat secara kasar dan terang2an... Sedikit cebisan dan detik hati pun Allah tau kan? Hitam ke putih ke ada titik hitam mula bertapak ker, hanyut ker leka ker... Allah jer yang tahu, kita manusia x boleh nak nilai siapa kita atau orang lain... kalau sendiri dah mula nilai diri sendiri tu, meaning there is something wrong somewhere ady... Moh ler kita sama2 muhasabah diri kita... Allah Maha Mengetahui dan Kun Fa Ya Kun...

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sedih cerita ni...
    Bersyukur dan terimalah seadanya pasangan masing2 kan...

    ReplyDelete
  2. what a beautiful story,kak farah :')
    And an eye opening too :)

    ReplyDelete
  3. baik sungguh suami nya itu.... dengan kuasa Allah....

    ReplyDelete
  4. bersyukur dengan pasangan yang telah ditentukan Allah.. tq Farah sharing ni..

    ReplyDelete
  5. Ya Alah sedihnyer.. Kasih suami terhadap isteri, pandai dia menjaga aib sang isteri.. SubhanaAllah..

    ReplyDelete
  6. KESIAN SUAMI TU :d

    - Admins blog 3 dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    - Facebook fan page
    https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

    - Ping blog artikel @ Facebook
    https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

    ReplyDelete
  7. sedih baca cerita ni..
    baiknya..hati si suami tu

    ReplyDelete
  8. Kasih seorang suami......
    Tersentuh..,

    ReplyDelete
  9. tskk...sedih cite ni...hargailah pengorbanan & kasih syg dri org yang menghargai kita..:)

    ReplyDelete
  10. Kun Fa Ya..Kun...
    Touching citer nie.......

    ReplyDelete
  11. hehe tu la pasal...kdg2 kasih sayang ni tak nampak secara terang2an....tapi hakikatnya mcm dalam cerita ni la, si suami yg byk berkorban....si isteri pulak terlalu cepat menyalahkan org lain....

    ReplyDelete
  12. nice story.... mulia sungguh suami wanita tu.......
    tapi benar...kasih sayang setiap individu berbeza... ada yg berlebihan dan ada dgn cara tersendiri....

    ReplyDelete
  13. Syukur dgn apa yg kita ada. Allah bagi apa yg kita perlu, bkn apa yg kita mahu. ^_______^

    ReplyDelete
  14. Betul tu Farah..segala galanya yg berlaku Allah bekalkan hikmah disebaliknya... Allahuakbar!

    ReplyDelete
  15. sdih..huhu...pengorbanan seorang suami

    ReplyDelete
  16. sebak baca... besarnya pengorbanan seorg suami... alhamdulillah akhirnya dikurniakan anak.. berkat kesabaran..moga2 deqla dan suami mcm tu juga... ;)

    ReplyDelete
  17. teringat kat abah, abang n adik lelaki iha.. diorang ni diam je kalau kita ckp, sakit hati pun ada bila x bg respon.. tapi sebenarnya blkg kita diorang dah cuba yg terbaik buat kita.. :')

    ReplyDelete
  18. Sgt menyentuh hati..hsbnd sy juga sggup bkorban mjaga anak usia 2 thn & izinkan sy bjauhan drnya krana masa dpn kerjaya sy.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !