Budaya Sindir Menyindir

Farah Waheda Wahid
34
Source Extracted from Google
Tau kan apa yang dimaksudkan dengan budaya sindir menyindir? Budaya sindir menyindir ni bermaksud tidak menggunakan kata2 kesat kepada orang lain, hanya menyindir sahaja perangai kawan2 uols atau sesiapa sahaja yang membuatkan mereka tidak selesa. Menyindir ni x ada lah sampai tinggikan suara sampai boleh mengecilkan hati orang lain. Tapi dalam lembut terasa juga pedas dan bahangnya. ^_^... Orang kata bisa menggetarkan jiwalah... Boleh buat nafas turun naik gaks lah...Kesian kalau nak2 tambah lagi orang tu ada asma...Adehhh... 

Sebenarnya budaya sindir menyindir ni dah lama bertapak dalam hati nurani setiap insan, budaya ini dijadikan salah satu cara untuk menegur atau menyatakan ketidakpuasan hati, bukan semua orang boleh menyampaikan teguran dengan berterus terang dan bukan semua orang boleh menerima teguran yang agak kasar, jadi dengan sindiran atau kiasan, harap mereka akan faham.

Tetapi ada juga keadaan, orang yang x sedar yang dia atau mereka disindir...Ni kira thick skin-lah ni. Lepas tu, pihak2 yang x berkenaan siap ready nak masuk campur untuk menyindir lagi tu...Adehhh...ni mesti kes blur kan ni? Inilah yang orang cakap, kita ni manusia tiada yang sempurna dan x lari dari khilaf, sesempurna mana pun ada masanya kita blur dan x boleh fikir juga dengan waras or straight. 

Kadang2 sindiran ni boleh membuatkan sesuatu hubungan tu makin jauh dan makin renggang. Kebiasaannya orang akan tersentap atau terasa bila kena sindir. Dan orang yang menyindir tu rasa, itu adalah satu kepuasan. Vah bestnya, bestnya...gitewwler lebih kurang gamaknya..ekekeke...Erks betul ke? Ingatlah walaupun uols rasa uols berkebolehan tinggi or talented membuatkan orang rasa tersentap, jangan ingat orang lain x boleh buatkan uols rasa tersentap semula. 

Budaya sindir menyindir ni, ada baik dan ada juga buruknya. Terpulang kepada kita macam mana kita nak corakkan diri kita dan tampilkan diri kita di khalayak ramai. Kalau kita rasa dengan sindir menyindir tu boleh menampilkan ketrampilan budaya diri yang tinggi dan patut dicontohi, teruskan. Tapi kalau kita rasa sindir menyindir tu mengurangkan budaya dan bahasa diri kita, jangan sekali2 buat.
"Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzalimi dan menghinanya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan2 hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat." -- HR. Ibnu Umar RA Kitab Sahih Muslim 4677
Post je la apa2 perkara yang baik kat media social... akan ada orang yang baca juga walaupun tiada maklum balas... Jangan letih nak post sesuatu yang baik... Usaha kita tu MALAIKAT catat, ALLAH nilai... Jadikan medan social sebagai buku amalan catatan pahala kita, bukan catatan dosa... ^_^ 
*Saya x suka sindir menyindir ni. Saya lebih suka duduk diam. Pada saya, kalau kita sindir orang dengan tujuan untuk memuaskan hati kita atau menyakitkan hati orang lain, saya yang akan kurang pahala dan tambah dosa. Sudahlah diri saya dah siap2 ada dosa yang sedia ada. Takkan saya nak tambah dosa lagi kan? Dan pada saya sifat suka sindir menyindir kerana nak sakitkan hati orang lain atau nak puaskan hati ni, seolah2 merendahkan keperibadian seorang perempuan yang berpendidikan dan berakhlak. Kalau nak menegur biarlah kena pada caranya dan tak perlu dengan sindiran. Kalau nak gunakan sindiran jugak, orang kata biarlah telus dan menggunakan perkataan yang betul. - Peace! Setiap manusia x lari dari khilaf... betul tak? Kalau nak puaskan hati, manusia ni hati takkan pernah puas... ^_^ 

Post a Comment

34Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kak intan pon xsuka budaya sindir sindir ni sebab kak intan x suka gaduh..hehe

    ReplyDelete
  2. Xde sapa yg sukakan sindiran... Cuma kdg2 teguran berbentukan kiasan dpt sedarkn org... Think positif...kdg2 sindiran berbtuk positif dpaat motivasikan diri... Sebb setiap manusia ada egonya... Tapi sy juga sukakan sikap terus terang... X puas hati... Cakp je trus x yah sindir2...
    Nice entry...

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. Teruskan sebarkn kebaikan...hnya Allah yg akan menilai...

    ReplyDelete
  4. Budaya ni, kat mana2 je ada......
    Kadang sindiran tu menyakitkan hati je dengar..

    ReplyDelete
  5. betul tu.. kalau ada yang tak puas hati cakap elok2 ,..bukan menyindir..

    ReplyDelete
  6. yg mna xelok tu ptt di elk la kn..tkt jgk bnda tu mnguris at org ke kn..tp org kita klu xmcm ni xphm lk..hiihi

    ReplyDelete
  7. tak elok menyindir2 ni.. kalau tak puas hati elok tegur elok2..

    ReplyDelete
  8. budaya ni sangat berleluasa dimana2 x kira masa dan tempat..kat opis lagi ramai u olls...

    ReplyDelete
  9. Patut pun ada peribahasa marah anak sindir menantukan Farah huhu....
    Dah nama pun manusia biasa....ada masa tersindir tanpa niat....harap maaf...hehe

    ReplyDelete
  10. menyindir ni mcm perli ar.. rasanya kat mana2 pun ada budaya mcm ni...

    ReplyDelete
  11. suka entry ni..sy pun sama tak suka sgt budaya ni..

    ReplyDelete
  12. menyindir dalam bentuk kiasan..mmg penah guna sebab terpaksa..

    ReplyDelete
  13. nory dah terbiasa dah asyik kena sindir je...
    tapi buat2 pekakkan telinga jela..
    buat2 tak faham..
    hehe

    ReplyDelete
  14. lagi2 kalau ada geng...lagi kuat nada menyindir huhuhu

    ReplyDelete
  15. Baru tadi saya kena sindir.. Nangis2 saya balik bilik.. (T_T)

    ReplyDelete
  16. betul tuh..tp bg husna, teguran berupa sindiran nih kdg2 perlu bg sesetgh keadaan..=)

    ReplyDelete
  17. tp sometimes sindiran itu menyeronokkan bgi orang2 yang x paham bahasa.. xD

    ReplyDelete
  18. dr nk menyindir sakitakan hati org baik kita pergi je berterus terang...hehe tp tgk keadaan la nk menyindir..kdg2 bkn semua org boleh terima teguran...:)

    ReplyDelete
  19. Sy x suka kena sindir dan tak suka menyindir. Tak baik tau camtu.

    ReplyDelete
  20. tak suka menyidir apa lg disindir...

    ReplyDelete
  21. tengah belajar untuk jadi thick skin.

    ReplyDelete
  22. suka dgar org yg menyindir2 ne.. baik utnuk telinga

    ReplyDelete
  23. tak salah kalau nak sindir...tapi anda juga harus bersedia disindir org lain...amcam, barulah fair and square betul tak?

    ReplyDelete
  24. hmmm.. takde faedah pun... lagi tambah dosa ada la..

    ReplyDelete
  25. tak berani nak sindir2 orang, yang selalu sindir, encek suami je, hahaha...suka sindir dia sebab suka tengok dia buat muka...

    ReplyDelete
  26. selalu sindir bos yang kayu kat opis nie..hadoiii

    ReplyDelete
  27. walaupun budaya sindir menyindir ni xkan habis smpai bila-bila, tapi saya dah lali kut..

    kalau nk sindir, buat la.. mngkin sebab malas nak ambik kisah kan.. jadi apa yng blh sya balas, 'whatever'.. hehehe

    ReplyDelete
  28. ckp elok2 kan lebih baik dari menyindir...telinga pun tak panas dengar

    ReplyDelete
  29. pernah sindir dgn adik beradik je.. dgn kawan2 gurau kasar.. lebih baik tegur leklok dari menyindir org kan :)

    ReplyDelete
  30. Budaya sindir menyindir adalah bukan budaya islam

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !