Bila...

Farah Waheda Wahid
32
Source Extracted from Google

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata "Mak memang x pernah nak faham"
Bila hati kita terhiris, kita kata "Ayah memang x ambil kisah"

TETAPI

Bila hati mak kita terguris, mak kata "Tak apa, dia masih muda"
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata "Tak apa, belum sampai akalnya"
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena 
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. 
Fikir-fikirkanlah.

Bagai pusingan roda... sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa...dan anak2 kita akan melakukan apa yang pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita...dan kita akan bersabar dengan kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita... dan begitulah seterusnya...janganlah mengabaikan mereka, jagalah mereka seperti mereka menjaga kita sewaktu kecil... Sayangilah ibubapa kita... In Shaa Allah, kita akan disayangi oleh anak2 kita pula...

** I Love Mama & Papa! ^_^

Post a Comment

32Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. salam...yes! jd pengomen pertama...perkara itu daddy telah alami dan sdg alami...dulu bila arwah mak pesan itu n ini daddy kata wait a minute... skrg ni bila daddy ingatkan kpd 3 dara tu suruh buat homework mrka pun kata..

    daddy kami nak main dulu..

    semoga kitaran ini berakhir di sini.

    P.S. Daddy stay di Kelompok Melati AU3 dari 95-97. sempat ajar tusyen kat budak2 kat area situ sementara tunggu posting..hehehehhe

    ReplyDelete
  2. Huhu.. Sedihnye... Huhu.. Nk balik kg... Huhu...

    ReplyDelete
  3. selalu orang lupa dgn perkara macam ni... selalu leka

    ReplyDelete
  4. yelah farah..... betul kata-kata tu semua tapi bagaimana nak mengatasinya?

    ReplyDelete
  5. Moga kita dijauhkan dari sifat mcm tu, Amin....

    ReplyDelete
  6. hukum karma...
    Bila kita buat kat mak ayah kita,
    anak2 kita pulak buat kat kita...

    ReplyDelete
  7. gitulah kaedahnya.... nnt merasa laaa juga...

    ReplyDelete
  8. Tersentuh pulak hati baca entri ni...
    Tapi AJ masih sebumbung dengan family... =D

    ReplyDelete
  9. alamak tempias gak lah kata2 tu hehehe..mak hjg bln sy balik taw..mengundi k hehe

    ReplyDelete
  10. aduhai sebabnyer KA baca !

    ReplyDelete
  11. hidup seperti pusingan roda...anak2 takkan faham hati parents sehingga mereka sendiri jadi parents satu hari nanti..

    so hargai dan hormatilah parents kamu selagi mereka masih hidup..

    ReplyDelete
  12. huu.. entri Farah kali ni dh buat teman sedih.. sebab teman rindu mak teman.. wlupun semalam baru lepas sembang tp x puas.. hu3.. (anak manja ke teman ni? huuuu3..

    ReplyDelete
  13. hu3.... rindu kat mak abah...... jauh dimata tapi dihati....ia selalu dekat........

    ReplyDelete
  14. Love my parents too!! kena fikir apa yg kita buat kat parents kena nt mgkin akan jdi kat kita jugak..so syangilah kedua org tua anda!hehe :))

    ReplyDelete
  15. XPE2..MGGU DEPAN IMAN blik jmpe mak ayah adik akk n nenek.xsabau rasanya. nak antar adik kesygn follow up pulak

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum farah...ingatlah emak dikg yer...;)

    ReplyDelete
  17. pendek kata jagalah ibubapa mereka selagi mereka masih bernyawa dan masih dapat berada di sisi kita.. bila dah tiada... mmg tak dapat ubah apa yg telah kita lakukan pd mereka .. i've been there.. and its hurt :(

    ReplyDelete
  18. cik akak pun sayang bonda cik akak..hihi

    ReplyDelete
  19. Allah maha adil, apa sahaja perlakuan kita kpd ibu bapa pasti akan mendapat balasannya...Pilih sahajalah, nak baik atau buruk.

    ReplyDelete
  20. nice entry...hehe tu la pasal...nanti dia pusing itu roda kita pulak yg akan rasa....

    ReplyDelete
  21. asalkan kite buat yang terbaek!!!pon dah cukup puas hati...heheheh...

    ReplyDelete
  22. hrgai ibu bpa sementra mereka masih ada..tiada tolok ganti mereka dunia akhirat

    ReplyDelete
  23. hargai mereka.. kenangi jasa mereka... tetibe rindu arwah ayah... ;(

    ReplyDelete
  24. so tacing..nak balik kampung..huhuhu

    ReplyDelete
  25. setiap apa yang kita buat akan dapat balik kat kita. kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !