What's Baking? Tutti Frutti...

Farah Waheda Wahid
16
Source Extracted from Google
Dah pukul 3.09pm since last entry on Bubblynotes at 1.18am pagi tadi, baru sekarang ni berkesempatan untuk taip dan up entry... Siapa2 yang dah biasa dengan Bubblynotes tu, memang dah tau la tu, kalau diam mesti ada project lain...^_^... Hee...memang betul pun...memang ada project... Sunday kan? Normally Sunday project di dapur la... Ada jer kerahan2 idea mencipta misi yang perlu dituntut untuk dilancarkan... And this week bukan masak lauk pauk yer uols... This week akak cuti masak lauk pauk sebab mama yang masak! Tapi akak bukak bakery...wakakakaka.... X der lah marvellous sangat pun project-nya... project biasa2 jer, yang mak2 kita dan akak2 kita dah expert pun buat... Cuma bebudak yang baru nak up ni jer baru terhegeh2 nak mencuba skill baking yang entahkan ada entahkan tidak... lol...

Tutti Frutti Cake ataupun nama Malaysianya.... Kek Buah2an Kukus Lembap... ^_^ (sendiri yang bagi nama Tutti Frutti Cake tu)... Ala...sebenarnya malu la nak tunjuk... tapi tengok jer la kat bawah ni...ekekeke (geds la sangat kannn?)

Nasib bek x 'pelepup' jatuh kat tengah... elok cantik naiknya...Ekekeke... risau jugak kalau2 best2 jer tengok dia naik tetiba 'pelepup'...Adeh...kalau 'pelepup' tu alamatnya adunan x betul la tu.... :P

Yang ni dah potong sikit...ekekeke...saja jer bagi close up sikit... 
Perkongsian resipi yang saya follow...(yer lah follow lah... bukannya expert baker lagi kan? so kenalah follow step by step resipi)

Bahan2 (2 loyang 7x7 inci persegi)

600 g tepung gandum
300 g gula halus
5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
2 1/2 buku (625 g) mentega Golden Churn / SCS
1 kotak (500 g) buah2an campuran
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
Kertas kuih
Aluminium foil

Cara2 atau Kekdahnya

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 g, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah2an, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah2an. Ini akan dapat mengelakkan buah2an dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.

2. Tepung gandum dan bicarbonate of soda diayak. Ketepikan.

3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. (tapi saya pakai mixer jer senang...ekekekek...pakai whisk tangan lenguh ler... :P)

4. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau sehingga ia sebati.

5. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga agak2 sudah sebati, sudah mencukupi. Berhentikanlah mixer tu ek? 

6. Bila tengah masukkan telur perlahankan kelajuan mixer, sebab tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.

7. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati. 

8. Menggunakan non-stick pan yang ada handle, masak 2 cawan gula dengan api yang kecil. Masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati2 ek...gula hangus ni panas.

9. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan jadi keras jadi sewaktu ia panas tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair uols) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika uols rasa kekok membuat sendiri... (dalam hal ni mama saya ler jadi mangsa...ekekekeke)

10. Akhir sekali, masukkan campuran buah2an dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah2an bergaul rata. Ini untuk mengelakkan buah2an mendap ke dasar bila ia dikukus.

11. Alaskan kertas kuih di dalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung ke dalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

12. Lepas 4 jam...Siap... ^_^ Bley sejukkan dan potong dan makan! 

Menurut puan yang kongsi resipi ni, masa dia buat kek ni dia kukus menggunakan api besar selama 2 jam kemudian api perlahankan kepada sederhana untuk 1 1/2 jam lagi. Bila buat kek buah, makcik dia cakap biarlah cukup sekadar whisk dengan tangan dan jangan gunakan mixer (tapi ai degil...guna mixer jugak...wakakakak...mim alif lam alif sin lettew), sebab kalau terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Dan menurut puan yang kongsi resipi ni lagi, kek buah ni boleh tahan selama 6 bulan, caranya bungkus dengan aluminium foil dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak hidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.

Erm...bolehlah...kiranya cubaan pertama baking kek buah nih... mama komen...menjadi! Yippie yeay! Alhamdulillah... Lepas ni, nak try buat cheese cake yang sis +Hanida Moss  kongsi resipi hari tu kat blog dia pulak... ^_^... Dah boring asyik2 wat marble cake jer kan...sekali sekali ubahlah selera... he he he... 

Uols kalau cuba janganlah lupa bagi ai rasa sikit...ekekekeke... ^_^ 

* Gambar step by step, x teringat la pulak nak hamik kan? Sebab cam baru first time buat Tutti Frutti Cake ni... cam nebes sikit pun ada...wakakakaka...tapi next time ai buat ai snap gambar step by step ek? senang sikit nak faham instruction kan?  Uhuks... dah resipi pun bukan ai yang punya...belajar dari orang... cenggitulah gayanya... 

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. aish...i la kan, bab baking2 ni mmg surrender awal2 la...haha..tahniah sbb buat kek jadi...hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh... terliur deno tengok.. smlm kuar dgn akak, cadang juga nak beli kek lepas ke big apple, tp balik terus... huhu...:)

    ReplyDelete
  3. wahhhh nampak menyelerakan lak, adeh terasa nak mencekik lagi padahal baru lepas makan.. hahahaha

    ReplyDelete
  4. pnh gk trasa nk buat kek. .tp takut kek meletop. .hahaha :D btw kek yg 2 nmpk yummy je. .pndai akak buat. . hehe :)

    ReplyDelete
  5. bookmark! sebab xyah bakar. nanti boleh cuba resipi ni :)

    ReplyDelete
  6. nak sikit! npk so so yummylicious tuh.. ujan2 ni sedap pekena kek tu :) hehe

    ReplyDelete
  7. aiseyman...macam sedap je ni....

    ReplyDelete
  8. yummy..sedapnya..nanti buatkan kek coklat untuk saya ye..hehehe

    ReplyDelete
  9. Farah...my mil sangat suka buat kek kukus ni tau....masa dulu dulu, okhe anak sorang gitulah...kalau nak raya punyalah byk buat kek ni....sampai naik malaslah jugak menantu dia ni

    ReplyDelete
  10. wah mmg layan ni kek buah campuran...tapi ai mmg tak dapat la kalau nak buat sendiri.....haha

    ReplyDelete
  11. Sedapnya..nak sikit kak..hehe..nak buat lah nanti..nanti tu tak tahu lah bila..hehe.

    ReplyDelete
  12. nenek saya suka fruit cake! boleh tryyyyy ;)

    ReplyDelete
  13. wahhhhh sedapppnye akak! selalu beli je, hmm pasni boleh laa try resepi akak neh :D thank Q for sharing dis recipe akak.heee

    ReplyDelete
  14. makan mesti sedap nie..tp nak buat tak reti la..:-)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !