Tersedak Susu

Farah Waheda Wahid
26
Source Extracted from Google
Semalam terbaca di Harian Metro tentang kes baby tersedak susu di Alor Gajah... Seingat2 saya dah banyak jugak kes2 baby meninggal dunia disebabkan oleh tersedak susu. Walaupun masih belum bergelar seorang ibu, tetapi kes2 sebegini seems to caught my attention dan juga membuatkan saya concern. Tiba2, dalam fikiran ni terfikir...apakah punca/faktor yang boleh mengakibatkan tersedak susu ni dan juga macam mana kita nak berhadapan dengan situasi ni sekiranya berlaku... (ceh... kekononnya tengah menambah ilmu parenthood la nih...dan tengah kumpul knowledge la ni kan? yup... learning never stop...x kira apalah juga bidang ilmu kan?)

Source Extracted from Google - Gambar sebenar untuk berita ni...
ALOR GAJAH: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mati dalam keadaan mulut dan hidung berdarah dipercayai akibat tersedak susu, di rumahnya di Taman Seri Sutera, Pengkalan, di sini, pagi semalam. Kejadian menimpa T Wesnevy disedari ibunya, T Thandiswari, 19, selepas melihat mulut dan hidung anak tunggalnya berdarah sebaik terjaga daripada tidur, jam 7 pagi. Menurut Thandiswari, sebelum itu, anaknya terjaga dan menangis menandakan bayi sulungnya itu ingin minum susu kira2 jam 3 pagi. "Selepas memberinya susu, saya seperti biasa akan menepuk belakang badannya. Tidak lama selepas itu, anak saya tidur semula. Bagaimanapun, ketika bangun tidur pagi tadi (semalam) saya terkejut melihat kesan darah pada mulut dan hidung Wesnevy lalu cuba mengejutnya, namun tiada tindak balas," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, dia kemudian memaklumkan kejadian kepada suaminya M Tamilselvam, 22, yang tidur di sebelahnya. Katanya, bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia terus menghubungi bapanya, V Tamilchelvam, 44, serta ibunya Nalini untuk memaklumkan kejadian. Bayi malang itu kemudian dikejarkan ke Hospital Alor Gajah menggunakan motosikal untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bagaimanapun, sebaik tiba di HAG, bayi malang terbabit disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang melakukan pemeriksaan. Suasana pilu di sekitar hospital apabila bapa mangsa dikatakan enggan menatang mayat anak tunggalnya masuk ke dalam van mayat, manakala ibu mangsa pula masih terkejut dilihat enggan melepaskan mayat anaknya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Umar Ali Saifuddin mengesahkan  kejadian itu. Beliau berkata, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh paramedik HAG jam 7.30 pagi semalam. Mayat bayi itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. -  Arifin Salleh / Harian Metro
Gejala tersedak susu ini sering terjadi kepada baby. Tetapi ianya boleh diatasi dan dikawal dengan menggunakan langkah mahupun teknik tertentu. Kes ini perlu diambil serius berikutan meningkatnya laporan kes baby yang mati berpunca daripada tersedak susu.

Menurut Dr Anthony James Mansul, Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, faktor yang boleh mengganggu penyusuan baby dan menyebabkan tersedak ialah gejala seperti:
  • selesema
  • baby tidak cukup bulan atau tidak sihat
  • proses menyusukan baby dalam keadaan yang tidak betul
Antara Nasihat Doktor kepada Ibu yang Anaknya Kerap Tersedak ialah:
  • Memerah sedikit susu dari payudara bagi mengurangkan tekanannya ketika baby menyusu atau periksa puting botol susu untuk memastikan lubangnya tidak terlalu besar.
  • Jika baby masih lagi tersedak, jumpa doktor untuk pastikan keseluruhan saluran udara, pernafasan, lidah dan mulut baby tiada masalah dan tidak sakit.
  • Jika semuanya baik, mungkin teknik penyusuan yang diamalkan tidak betul dan kebanyakan hospital dan bidan2 boleh membantu menasihati ibu mengenai teknik penyusuan yang betul.
Apa yang Perlu Dilakukan Sekiranya Baby Tersedak?
Source Extracted from Google
1 - Pertama sekali jangan panik sebab ibu bapa sering bimbang susu akan masuk ke saluran udara. Berikutan rekaan saluran udara manusia yang baik, jika ada sesuatu yang tidak betul, ia akan tertutup serta merta (dipanggil spasm). Bagaimanapun, baby akan kelihatan sedikit biru atau mungkin pucat pada permulaan.

2 - Dukung baby dan tepuk belakang badan di mana lazimnya teknik itu sudah mencukupi.

3 - Dalam kes yang agak kurang bernasib baik, kemungkinan susu itu masuk ke dalam paru2 sehingga pernafasan terganggu. Jika ini berlaku, bantuan pernafasan mulut ke mulut atau CPR diperlukan untuk baby. Sehubungan itu, ibu bapa digalakkan mempelajari teknik CPR kerana ia bukan saja baik untuk baby, malah orang dewasa.

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hehe nice sharing kak,, best la cuti kan labuan ni dtg la hehe :D

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya kes ni yg paling saya takut masa anak2 masih baby......sampai skg ni pun umur anak dah setahun lebih masih pantau dia masa menyusu.....tq share

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk perkongsian ini. banyak kes baby tersedak susu ni. takut pula

    ReplyDelete
  4. ya Allah x sanggup la nk baca berita tu..kesiannya....

    ReplyDelete
  5. biasa la kes ni.. tapi boleh dielakkn.. minum susu ibu pun blh tersedak apatah lagi susu FM kan.. tapi lau susu ibu de gak teknik, lau FM, kna pntau time bagi susu..

    ReplyDelete
  6. thnk's for sharing sis.. ermm..sangat takut bila dgr kes camni.. lagi2 kalau hntar pada pengasuh..

    ReplyDelete
  7. adik muja pernah tersedak susu,, alhamdulillah tak de pape yang buruk berlaku,, kalau tak,, uwaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. huhu, kesiannya kt baby tu...nice sharing akak, berguna sgt utk kita bila dah ada anak nnt kan..

    ReplyDelete
  9. bahaya ni..so ibu2 kena berhati2..kena sendawa kan anak....done kotex

    ReplyDelete
  10. setiap parent perlu tahu teknik nak menyelamatkan bayi tersedak susu nie kan..info yg bagus kak farah..:-)

    ReplyDelete
  11. kadang2 ibu tu sendiri careless..kadang2 dah memang baby tu lepas menyusu tak di sendawakan...nasib2 la...x leh nak terus2 salahkan ibu kan...

    ReplyDelete
  12. Baby kecik bawah setahun memang kena concern pasal ni..kadang akak tido sambil duduk dukung baby lepas menyusu sebab risau macam ni la..biasa mengiringkan baby tu after kasi susu dan tepuk belakang....kalau menyusu badan..jangan sesekali kasi anak tidur dengan keadaan puting masih dalam mulut baby.. lagi kena berhati-hati kalau menyusu dengan susu formula

    ReplyDelete
  13. sungguh bab ni ciksu betul2 sseriau. masa ciksu amik keputusan na jd bbsitter.. byk ciksu rujuk.. sbb takut kes tersedak susu ni la..

    pa&ma byk membantu.. pastu call mak kt kg..berjaga2 je takut la..
    tp alhamdulillah berjaya lepasi.. walaupon tak da pengalaman jaga anak sendiri

    ReplyDelete
  14. Malang tidak berbau kan..... Tq for share.. Ianya amat berguna...

    ReplyDelete
  15. sekarang selalu pulak terjadi kes tersedak susu ni...mmg nak kena pg kursus la first aid tu....

    ReplyDelete
  16. Betul ...ngeri okje dengar pasal bayi tersedak susu ni ....seram jugak kalau jadi pengasuh bila dengar berita cam ni....jangankan pengasuh, emak emak pun harus seriau!...

    ReplyDelete
  17. minta jauh la benda2 mcm ni ni berlaku...

    ReplyDelete
  18. boleh pula tersedak :D

    - admins blog 3 dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. thanks berkongsi ilmu dan fakta nie.....

    ReplyDelete
  20. takut jugak baca berita tersedak susu ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !