![]() |
Source Extracted from Google |
12 plus2 malam tadi, bila abang +Ben Ashaari update tentang Qhaliff dan Arwah Qhalif, saya terus terpanggil untuk melawat ke blog Bingkisan Rindu dari link yang disediakan oleh abang Ben. :'(... Rasa sedih bila saya baca coretan seorang ibu yang kehilangan anak di usia 27 hari... saya yang merupakan orang luar yang belum lagi dikurniakan rezeki oleh Allah SWT dan masih memohon daripadaNya pun sudah merasa kesedihan itu apatah lagi ibu yang melahirkan cahaya mata tersebut kan? Sungguh air mata saya jatuh juga pagi tadi... terus terbayangkan bagaimana perasaan kakak tu dan juga terus snap2...teringat akan pemergian salah seorang anak buah kesayangan saya yang masih kecil semasa saya di Tingkatan 2 dulu... Sedikit picisan coretan dari blog tersebut untuk entry bertarikh 21 Mac 2013 bertajuk Rindu Bertandang Lagi...
Hmm...mami sebenarnya baru nak biasakan diri berblogging ni (alamak, cikgu BM tp bahasa...ya ampunnn...)...dah lama nk buat blog (tiba2 teringat cool blog plak dah...) tp sbb sibuk dengan hal sekolah dan tahap 'M' yang sangat tinggi, maka paham2 je la...
Akhirnya, mami menulis a.k.a. blogging kerana dirimu sayang, Qhalif Putra...mami menulis kerana mami mahu memori dan kenangan bersama Qhalif diabadikan dan dicoretkan (nak tulis diari mami malas)...sehingga suatu hr nanti bila mami tak mampu nak bercerita tentang dirimu nak, maka biarlah blog ini berbicara untuk menyuarakan kembali segalanya...
Setiap detik, saat, jam yang berlalu, mami sentiasa meRINDUimu nak...malah, ketika tidur pun mami mahu mengingatimu nak... Setiap kali usai solat, mami menyampaikan sepenuh pengharapan kepada Allah tempat kita berserah dan sebaik2 tempat memohon pertolongan agar rohmu sentiasa tenang di sana... ameen
Uols... kalau nak baca kisah selanjutnya dari entri pertama sehingga terkini silalah ke SINI . Sekali lagi, sungguh air mata saya jatuh berjurai2... comel wajahnya...terbayang saya sekujur tubuh yang comel di dalam dakapan... adakah saya akan sekuat ini sekiranya berlaku kepada saya? Terbit rasa keinsafan di situ dan dalam diam x diam saya cuba muhasabah diri sendiri di atas beberapa perkara... kita adakalanya rasakan ujian buat diri kita dari Allah SWT Maha Hebat, Maha Berat tapi sebenarnya jika kita lihat di luar sana, ada yang lebih berat...oleh itu, cubalah pandang sekeliling, cubalah berfikir secara rasional... jika kita meratapi kedukaan atau kecelakaan yang berlaku kepada kita, ada orang di luar sana lebih hebat dugaan dari kita yang masih tetap boleh tabah, cekal dan sabar... bayangkan sekiranya kita berada di tempat mereka... adakah kita mampu...adakah kita sudah cukup bersedia, adakah kita sudah cukup kuat... jika masalah yang kita ada sekarang pun kita x mampu nak hadapi apakan lagi masalah orang lain yang lebih berat... lebih dahsyat... Allahuakbar... Istighfar dan istighfar... Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku itu... Dan sesuatu yang berlaku itu bukan berlaku dengan tiba2 tanpa keizin dariNya...
Untuk kakak yang saya x tau namanya dan lebih dikenali sebagai Qhaliff's Mommy...bertabahlah hati... Qhaliff menanti kakak dan suami kakak di pintu syurga...In Shaa Allah... semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sana...Al-Fatihah... dan semoga Allah berikan pengganti Qhaliff kepada kakak dan suami... walaupun tidak sama tetapi tetap serupa...anugerah dan rezeki dari Allah... In Shaa Allah...Sekurang2nya mungkin itu yang boleh mengubat rasa kerinduan itu sedikit... mana mungkin kita lupa pada yang terdahulu setelah ada yang lain kan kak?... Dari jauh, walaupun akak x baca blog saya, saya doakan akak dan suami diberikan kesihatan tubuh badan, kestabilan emosi dan juga berada dalam keadaan yang baik2... Semoga akak dan suami akak tabah menghadapi...
Astaga.... sedih nya kak... nagis dah ni..
ReplyDeletesy dah baca blog tu smlm..mmg sedih..waktu kelahiran baby tu happy sgt mak dia tulis dlm blog..
ReplyDeletesedihnya...
ReplyDeletemmg sedih tapi,...bidadari syurga menunggunya disana
ReplyDeleteharus kena terjah jugak ni farah .... Orang yg menanggung lagilah deritanyakan Farah...
ReplyDeleteBaru je sat jengah...tp tak leh komen... tapi okje masih boleh ok lagi kena tunggu kisah seterusnya...
ReplyDeletekehilangan orang yang kita sayang, memang tak boleh lari dari perasaaan sedih..
ReplyDeletesemoga mommy qhaliff tabah menghadapi dugaan ni..
al-fatihah utk arwah..
itu la kita yg teringin nk anak ni pun bole rasa mcm mana sedihnya... nanti nak terjah la blog dia..
ReplyDeletesedihnya dek...
ReplyDeletetumpang sedih dgn bingkisan2 momy qhaliff..
ReplyDeleteNurul ade baca.. sedih kan.. :(
ReplyDeletesebak bacaa ttg ni :'( huks
ReplyDeletesedihnya...
ReplyDeletesedihnya bacaa.. :'/
ReplyDelete27 hari....mmg hati mak mne tak sedih kak.9bulan bwak sna sini.sempat bersama 27 hari.mmg sedih..semoga mommy Qhalief tabah dgn dugaan yg diberikan.Insha Allah,Qhalief tunggu akak di pintu syurga.amin.
ReplyDeletesimpati dengan nasib akak yang kehilangan qhaliff. tak dapat bayangkan macam mana kalau sy ditempat akak tu :(
ReplyDeletesy mami arwah qhalif..terima kasih atas do'a kalian semua..in shaa Allah akan Allah balas kebaikan kalian atas do'a tersebut...sesungguhnya Allah mengambil sedikt daripada kita untuk diberikanNya yang lebih banyak..
ReplyDeletemmg xleh baca kisah2 mcm ni.. mmg meraung sy sendiri... mmg menyentap emosi keibuan... Ya Allah kuatkan ibu dan bapa Qhaliff diuji sedemikian rupa...
ReplyDelete