Ghibah

Farah Waheda Wahid
12
Source Extracted from Google
Ghibah secara istilah adalah menyebutkan sesuatu perkara yang terdapat pada diri seseorang, sedangkan ia tidak suka (jika hal itu disebutkan). Baik dalam soal jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, akhlaknya, bentuk lahiriyahnya dan sebagainya. Cara melakukan ghibah juga bermacam2. Di antaranya dengan mengetengahkan keaibannya dan meniru tingkah-laku atau gerak-geri tertentu dengan bertujuan untuk memperolokkannya.

Secara bahasa, ghibah bererti mengumpat. Namun, ia tidak hanya menjurus kepada perbuatan mengumpat semata-mata. Ramai orang meremehkan permasalahan ghibah, padahal dalam pandangan Allah ia adalah sesuatu yang keji dan kotor. Hal itu dijelaskan dalam sabda hadis Rasulullah SAW. Ertinya: Ghibah itu ada 72 pintu, yang paling ringan daripadanya sama dengan seseorang lelaki yang menyetubuhi ibunya (sendiri), dan ghibah yang paling berat adalah mengumpat seorang lelaki atas kehormatan saudaranya. (As-Silsilah As-Shahihah)

Credit: HERE

Sweet..? Like a marshmallow? Cute...? Like a teddy bear? Funny...? Like a Mr. Bean? Sweet, cute, funny? WOW! It just like my best friend who is reading this SMS now! I miss you my friend (^_^) - Damea Eliya menghela nafasnya. Telefon bimbitnya digenggam erat. Seolah2 takut dicuri sesiapa. Dia membaca lagi mesej yang dikirim Damea berulang-kali. "Ah, dusta!". Kemuraman terpancar melalui matanya yang semakin kuyu. Entah apa yang bermain di kotak mindanya. Entah. Sejak dua menjak ini, Eliya cuba menjauhkan diri daripada Damea. Daripada semua teman2nya. Tanpa sedar, air mata Eliya menitik perlahan. Hatinya pilu. "Kenapa aku menangis kerana mereka? Gila!" Lekas2 Eliya mengesat air matanya. Telefon bimbit hadiah daripada ibu saudaranya dimatikan. Dia tidak mahu Khidmat Pesanan Ringkas daripada Damea mengganggu ketenteraman hati dan dirinya untuk tidur pada malam itu. ----- (IMBAS SEMULA) "Dia tu anak bekas pelacur! Ibunya buat kerja kotor!" "Patutlah suka berlagak baik, rupa2nya...!" "Aku x nak berkawan dengan dia ....euwwww!" "Laa, kau orang ni...." "Apa?! Tu anak bekas pelacurlah!" "Dia tu mesti anak luar nikah!" "Kau nak kawan dengan dia, pergilah! Kita tak nak!". Baru hendak memulas tombol pintu bilik komputer. Perasaan Eliya hancur luluh terdengar suara rakan2 yang mengumpatnya di dalam bilik tersebut. Entah bagaiman mahu menggambarkan perasaannya pada waktu itu. "Bagaimana mereka tahu masa silam mama? Itu salah mama, bukan salah aku! Mereka memang teruk!". Teresak2 Eliya menangis sepanjang hari hingga dia tidak berdaya melakukan apa-apa. -------- Pagi keesokkannya, dengan hati yang terpaksa Eliya ke sekolah. Sebolehnya, Eliya tidak mahu bertemu mereka semua yang mengumpatnya. Eliya malu. Malu yang teramat malu. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan nanti jikalau mereka semua mengejeknya pula di hadapan pelajar lain. Eliya berjalan ke kelas dengan wajah yang menunduk. Tiba2, dia merasa ada seseorang menyentuh bahunya. "Eliya1" Eliya menoleh. Damea berdiri tegak di belakangnya sambil tersengih. "Keapa dengan kau, Eliya? Kelmarin, kau senyap sahaja selepas habis subjek komputer. Bercakap pun tidak. Aku SMS kat tak balas. Kenapa ni??". Eliya menarik muka. Dia berlalu pergi meninggalkan Damea yang terpinga2. Matanya berair. Menangis dalam diam. ----- Eliya, kenapa neyh? - Damea. Khidmat pesanan ringkas Damea tidak berbalasa. Marahkan aku dan rakan2 len ea? Damea mencuba lagi dengan harapan ia dibalas Eliya. "Kenapalah dengan Eliya tu? Merajuk apa dia ni? Tiba2 ja!" Monolog hati Damea, bersungut. "Menyampah aku!"

----------WAKTU REHAT DI TAMAN SEKOLAH "Semalam aku nampak kau bersembang dengan budak luar nikah tu. Kau sembang apa?" Ujar Qaleesya, mencebik. "Aku tak sembanglah! Tolong sikit!" Kata Iffah, menidakkannya. "Aku minta dia buku latihan Matematik dia, nak salin jawapan...". "Selambanya kau! Bebal binti bengap betul laa dia tu. Kenapalah senang sangat dia pinjamkan kau buku latihan dia. Kalau aku, mampus tak bagi! Buatlah homework sendiri!" Kata Atul, mencelah perbualan meraka. "Piraaah! Tak bagi konon! Kau pun tak siap homework, nak bagi macam mana??". Perli Damea. Mereka bertiga ketawa bagai mahu pecah perut. Atul terasa dikenakan. "Memang budak tu bebal binti bengap, ibunya pun sama! Bekas... bekas apa eh??". Mengumpat, satu perkara yang mungkin menjadi rutin harian seseorang dan mungkin sangat menyeronokkan. Tetapi, yang tidak seronoknya adalah hukuman yang akan diterima nanti. "Woi! Kau orang mengumpat ek?!" Jerit seorang pengawas sekolah bernama Aiyeza, kebetulan dia lalu di taman sekolah itu "Suka hatilah! Sibuk!" Kasar kata-kata yang terbit daripada mulut Damea. "Aku memang sibuk. Sibuk cari orang yang sedang berghibah!'' Damea mengangkat kening. "Kenapa kau orang tak ajak aku mengumpat sekali? Mentang-mentang aku pengawas. Apalah kau orang..." Ujar Aiyeza, sambil berjalan ke arah Damea dan rakan-rakannya. Pengawas pun nak mengumpat ya? "Eh, itu Eliya, kan? Eliya, marilah sini!". Jerit Damea sambil melambai-lambai ke arah Eliya. "Alah, Eliya malu-malu pula. Marilah sini adik manja...". Ejek Iffah yang terkenal dengan mulut lasernya. Kecil hati Eliya diejek begitu. Eliya tidak sedar bahawa Aiyeza berada di situ. "Aku ingat kamu semua kawan baik aku! Damea, sampai hati kau buat aku begini! Depan aku kau buat baik! Tapi kau mengumpat di belakang aku! Aku tahu aku anak luar nikah! Tapi aku juga manusia! Aku ingin hidup seperti orang lain! Ini bukan salah aku! Tapi, aku juga tak mahu menyalahkan ibuku! Sekurang-kurangnya dia sudah bertaubat dan dia tidak membuang aku!!" Eliya terduduk. Puas dapat meluahkan semua yang terpendam. Kakinya bagaikan lemah mahu menongkat tubuh. Air matanya turun laju membasahi pipi. "Apa kau cakap, ni?" Damea mengerutkan dahi. "Kau anak luar...!" Iffah tidak dapat menahan rasa terkejutnya. "Eliya?! Kau...! Okey okey! Bila kami semua mengumpat kau pula ni?! Kau?? Biar betul?!" Hati Atul berdebar. 'Apa semua ni?!' Eliya mengesat air matanya. "Kau orang tak perlu berlakon depan aku! Aku dengar kau orang mengumpat aku dalam bilik LK hari tu! Aku tak tahu mana kau orang tahu pasal status aku, tapi...tapi!Annoying!''. Damea, Iffah, Atul dan Aiyeza berpandangan sesama sendiri. "Kami... kami tak ngumpat kau, kami ngumpat orang lain. Nama dia Syafawana, kau tak kenal dia. Dan.... erm, aku tak faham! Kau...?" Ujar Damea menjelaskan situasi sebenar. Dia tidak berbohong. Eliya terpaku. 'Jadi, aku salah faham?'. Monolog hatinya. Eliya serba-salah. Sekarang, semua sudah tahu mengenai apa yang dia tidak mahu mereka tahu. Eliya berdiri. Mengesat air matanya sekali lagi. "Eliya...". Damea mula berlembut. Atul menundukkan wajahnya. Malu kerana terpaksa mengaku telah mengumpat orang lain. Iffah merasa kurang senang dengan situasi itu. Selama ini, begitu seronok dia mengaibkan diri orang lain tanpa dia sedar, perkara yang sama menimpa rakan baiknya, Eliya, anak yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan. Eliya merasa malu. Lebih malu daripada sebelumnya. Eliya membuka langkah, mahu pergi dari situ. Manik jernih yang tumpah dibiarkan tidak dikesat. 'Eliya.. aku minta maaf,' Damea kesal. Kesal dengan perbuatannya yang suka berghibah. Disebabkan itu, ukhuwwah yang dibinanya terputus akibat salah faham. Hanya kerana itu... TAMAT-

''Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani'' -al-Hujurat, 12
Pengajaran: 1.  Mengumpat membawa musibah'Eliya.. aku minta maaf,' Damea kesal. Kesal dengan perbuatannya yang suka berghibah. Disebabkan itu, ukhuwwah yang dibinanya terputus akibat salah faham. Hanya kerana itu... 
Pengajaran: 2. Jangan merendah2kan diri orang lain, siapa tahu dia sebenarnya lebih bagus daripada kita"Selambanya kau! Bebal binti bengap betul laa dia tu.
Pengajaran: 3. Pegang amanah dengan baik"Kenapa kau orang tak ajak aku mengumpat sekali? Mentang-mentang aku pengawas. Apalah kau orang..." Ujar Aiyeza, sambil berjalan ke arah Damea dan rakan-rakannya.

“BAHAYA GHIBAH” 

GHIBAH dilarang kerana merosak kehormatan, harga diri, harkat dan martabat seseorang di mata orang lain.

GHIBAH dilarang kerana itu adalah DOSA BESAR seperti yang tercantum pada hadith di bawah ini:

Dari sahabat Sa’id bin Zaid radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya termasuk riba yang paling besar (dalam riwayat lain: termasuk dari sebesar besarnya dosa besar) adalah memperpanjang dalam membeberkan aib saudaranya muslim tanpa alasan yang benar.” (H.R. Abu Dawud no. 4866-4967)

Orang yg suka GHIBAH akan diberikan azab seperti yg tercantum pada hadith di bawah ini:

Dari sahabat Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

“Ketika aku mi’raj (naik di langit), aku melewati suatu kaum yang kuku-kukunya dari tembaga dalam keadaan mencakar wajah-wajah dan dada-dadanya. Lalu aku bertanya: “Siapakah mereka itu wahai malaikat Jibril?” Malaikat Jibril menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia dan merosak kehormatannya.” (H.R. Abu Dawud no. 4878 dan lainnya)

Yang dimaksud dengan ‘memakan daging-daging manusia’ dalam hadith ini adalah berbuat ghibah (menggunjing), sebagaimana permisalan pada surat Al Hujurat : 12 di atas.

Semoga kita terhindar dari GHIBAH.

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memang ghibah nie dosa besar..semoga kita dijauhkan dr berkawan dgn orang yg suka membuat ghibah nie..klu kita menjaga aib orang,insyallah allh akn jaga aib kita..jgn kita buka aib orang..:-)

    ReplyDelete
  2. hurm... hukum karma kan...deqla sendiri mmg dah terkena.. sabo je la..

    ReplyDelete
  3. semoga diri sendiri tak menjadi bhn umpatan dan mengumpat yang lain...

    ReplyDelete
  4. Juahkanlah orang2 yang akak syg dari Ghibah ini...adik manis ok kan?

    ReplyDelete
  5. pernah saya berjumpa dengan seorang sahabat yang suka mengaibkan kawan sendiri. saya sendiri sering berhati-hati bila berkawan sebab takut jadi macam ni

    ReplyDelete
  6. org yg macam ni dengar boleh percaya jangan...

    ReplyDelete
  7. baru tau perkataan ni..Ghibah..tq Farah

    jauhkan diri dari berghibah..

    ReplyDelete
  8. 2 kali baca entri ni pasal ada cerpen lak kat tgh2 tu...hehe apa2 pun nice sharing....:)

    ReplyDelete
  9. Jauhkan lah kita dari sifat sifat mcm ni

    ReplyDelete
  10. Tq Farah sharing benda ni.....moga jadi panduan....tak banyak sikit, sekurang2nya ada kesedaran ....
    Manusiakan mudah lupa!

    ReplyDelete
  11. in shaa ALLAH farah sama2 kita jaga keaiban masing2.

    ciksu pernah dengar, kalau kita suka kata kat org, pasti satu hari nanti orang akan kata kat kita balikkan.

    itulah hukum karma org kata.

    dan semoga kita dijauhkan dari sifat2 ini

    ReplyDelete
  12. minta dijauhkan lah dikalangan kita kan dik .. aminnnnnnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !