Home » , , , » Earth Hour 2013: Uniting People to Protect the Planet

Earth Hour 2013: Uniting People to Protect the Planet

Source Extracted from Google
Kesinambungan dari sambutan Earth Hour 2012 yang pernah saya update pada tahun 2012 dulu... Tahun ni sekali lagi, jom kita sama2 meraikan atau menyambut atau support atau apa2 jer lah perkataan yang bersesuaian...Earth Hour 2013

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama 1 jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007 dan mendapat sokongan dunia pada 2008. 

Acara Earth Hour ini ditafsirkan sebagai tokenisme dan difokuskan kepada pengurangan pembebasan karbon, seterusnya mengurangkan kos elektrik secara keseluruhan. Earth Hour adalah sama dengan Earth Day Energy Fast yang telah dijalankan sejak 1991 sehingga 2007 yang mana pada hari yang terbabit, tenaga buatan tidak digunakan. Earth Day Energy Fast dihentikan pada tahun 2008 sejak pengasas kempennya menyatakan bahawa semuanya "sudah terlambat" agar kempen ini memberikan kesan kepada semua manusia. 

Persidangan PBB untuk perubahan iklim di Bali menjadi jelas apabila Protokol Kyoto ditandatangani yang mana protokol tersebut bersetuju bahawa pengurangan kesan rumah hijau dari 25% sehingga 40% boleh dilakukan pada 2020 untuk mengurangkan kesan pemansan global yang menyebabkan peningkatan air laut dan beberapa masalah yang lain. Dalam konteks tersebut Earth Hour berada pada tokenisme terburuk atau pada masa terbaiknya untuk menyedarkan manusia seperti menggunakan tenaga hijau dari sumber daripada tenaga angin, tenaga suria atau tenaga nuklear. (erkss...nuklear...x mo lah) dan tidak menggunakan elektrik yang sumbernya dari pembakaran bahan bakar fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum.

Menurut jumlah yang dinyatakan EnergyAustralia, sebuah lembaga di Australia, penggunaan elektrik utama untuk acara 2007 di Sydney adalah 2% lebih rendah selama Earth Hour. Herald Sun pula menyamakannya dengan "pembuangan 48,613 kereta di jalan raya selama 1 jam". 

So, jangan lupa uols, hari Sabtu ni, iaitu esok... 23 March 2013, dari 8.30 p.m. sehingga 9.30 p.m. kita matikan semua lampu, perkakasan elektrik... x mo tv-tv, x mo bloghopping-bloghopping, x mo update-update...heee... kita semua tunggu 1 jam kay? Lepas 9.30 p.m. a.k.a. 9.31 p.m...dah boleh  on balik semua electricity...ekekekeke...nak set auto-published entry pukul 9.31 p.m. pun boleh... :P... Comment2 pun sebelum 8.30 p.m dan selepas 9.30 p.m kay? *_^

HAPPY ENJOYING THE EARTH HOUR 2013!
Terimakasih telah membaca artikel Earth Hour 2013: Uniting People to Protect the Planet. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

14 komentar:

  1. kak mia memang sambut setiap tahun.... siap update dalam blog lagi....

    ReplyDelete
  2. Agak2nya boleh percaya tak?...hehe kang nanti lampu je padam... lappy dengan TV terbukak..hahah

    ReplyDelete
  3. earth hour...cik anis hampir telupa akannya

    ReplyDelete
  4. salam...
    jom support earth our 2013..yeayyyy

    ReplyDelete
  5. tau psl ni..tp bila tiba masa mesti lupa... hahhaa...

    ReplyDelete
  6. Selalu earth hour sbb lampu jarang buka...hehe tp tv susah sikit nak tutup ..camna tu..hehe

    ReplyDelete
  7. sokong earth hour, kalau boleh buat tiap2 bulan pun takpa.

    ReplyDelete
  8. sokong jugakk...malam esok tutup lampu, pastu boleh bercandle light dinner kat rumahh...
    pasang lilin gituu..hehehe

    ReplyDelete
  9. ok..set..sabtu 8.30 tido..9.31 bgun blik bkak tv...kih3x... :) kdg2x bnda ni wlupun simple fikir blik bsar jgk sumbangannya..klu 1 dunia ni bjuta org guna elektrik..ckuplah suku juta bt ni selama sejam...byk tu pengurangan penggunaan elektrik..kan?? :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.