Clomid? Untuk Dapat Kembar?

Farah Waheda Wahid
29
Source Extracted from Google
Entry ini adalah bagi menjawab pertanyaan Sis +Hanida Moss  semalam di dalam one of my entry dan juga soalan ni timbul dari Sis +Hanida Moss  sebab saya comment kat entry beliau semalam pasal kalau nak dapat twins kenalah makan Clomid... Erm...tapi jangan salah sangka plaks... Sis +Hanida Moss  belum lagi mendirikan masjid giteww... x taulah kalau dalam masa terdekat... Haippp...dengan muka x malunya akak nak cakap ni...jangan lupa jemput akak if dah sampai masa esok2...ekekekeke...

Occaylah, sebenarnya, saya x derlah tau sangat pun pasal Clomid ni, just that pernah terdengar dari one of my colleague bercakap masa tengah borak2 pasal Asid Folic dan juga Clomid masa kat office few months ago... Ekekekeke.... salah satu topik perbincangan orang2 office yang bercerita tentang pregnancy and marriage... Yelah, nak cakap lelebih...akak ni belum ada seorang pun anak yang terkeluar dari perut ni lagi... ^_^ ... Masih belum ada rezeki katakan... In Shaa Allah, kalau ada rezeki x ke mana kan? Allah knows dan dia tau setiap perancanganNya...bila nak beri rezeki tu dan bila tidak... 

Clomid and Clomiphene Citrate ialah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin juga kerana ia adalah  yang paling kerap digunakan. Dianggarkan 30% dari kes infertiliti yang melibatkan masalah dengan ovulasi, menggunakan Clomid sebagai rawatan kesuburan.

Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi. Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait rapat dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes di mana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination). Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan foliker dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.

Dos yang paling minima adalah 50mg sehari diambil selama 5 hari berturut2 iaitu pada hari ke 2 atau 3 sehingga hari ke 6 atau 7 kitaran haid seseorang wanita. Walaubagaimanapun doktor mungkin mempunyai protokol yang berbeza bagi seseorang wanita kerana reaksi pesakit terhadap Clomid berbeza di antara seorang dengan yang lain. 

Jika 50mg tidak efektif, doktor mungkin akan meningkatkan dos Clomid pada kitaran haid yang seterusnya sehingga dos maksima iaitu 200 mg sehari sekiranya seseorang wanita itu masih tidak responsif. Kesan2 sampingan dengan pengambilan Clomid kebanyakannya agak ringan iaitu kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya. Ia akan hilang dengan segera sebaik sahaja dihentikan pengambilannya. Begitu juga dengan risiko untuk mendapatkan anak kembar tidaklah tinggi iaitu kurang dari 10%.

Terdapat kesan sampingan yang kurang baik iaitu Clomid boleh mengurangkan kualiti mukus serviks. Keadaan ini menjadikan ia lebih pekat dan boleh menyukarkan laluan kepada sperma untuk memasuki rahim. Terdapat juga kes di mana ia juga boleh menyebabkan lapisan rahim nipis dan kurang sesuai untuk implantasi. Walaubagaimanapun ia cuma terjadi kepada sesetengah wanita sahaja. 

Hasil kajian menunjukkan Clomid telah merangsang ovulasi sebanyak 80% daripada pesakit dan dianggarkan 40% daripada wanita yang menggunakan Clomid akan hamil dalam tempoh enam kitaran haid. 

Penggunaan Clomid untuk lebih daripada 6 kitaran adalah tidak digalakkan. Ini kerana kadar kehamilan yang menurun secara mendadak selepas 4 kitaran.

Credit: SINI ... 

So, Sis +Hanida Moss  tu la yang akak boleh kongsi pasal Clomid nih... Tapi ada jugak yang cakap kalau nak anak kembar.... Banyakkan makan ubi kentang dan susu! 3 jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur sehingga meningkatkan risiko kita untuk mendapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. So, cepat2 rajin minum susu secara consistent ek? ^_^... Tak salah mencuba rasanya... 

He he he...hopefully akak dah menjawab serba sedikit...nak citer lebih... angkat tangan...x pernah pun ambil Clomid ni.... belum pernah mencuba... tapi might be uols yang pernah makan Clomid boleh berkongsi? 

Post a Comment

29Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wahhh besnye ade tips nk dpt anak kembar !! best kan kalo beranak skali 2 hihik :P *1st time dgr clomid, hehi mklom la blm berumahtngga ngeh3

    ReplyDelete
  2. hehehe teruja baca! tapi kan, mcm takut la nak amik ubat-ubatan ni, takut jadi benda lain pulak.. kalau setakat minum susu and mkn kentang tu anytime boleh buat :p Kalau dpt twins alhamdulillah, tak dpt twin, dpt sorang pun Alhamdulillah jugak :D hehe belum kawen tapi mengada betul berangan..

    nice sharing kak! thankss :)

    ReplyDelete
  3. nice info sis...kte pun belom mendirikan masjid, hehehe, info ni boleh dijadikan bekalan nnt, mana tau kan..hehehh.. :D nice sharing sis!

    ReplyDelete
  4. follower baru di sini..thanks selalu singgah blog saya..salam perkenalan..:)

    ReplyDelete
  5. ada rezeki x kemana...yang penting kita mencuba.kan?

    ReplyDelete
  6. tak bersedia nak dpat ank kembar..hahaha...tp kalo diber rezeki akan cuba bersedia..huhu

    ReplyDelete
  7. mental kena kuat nk menjaga anak kembar ni...mklum lah kalau demam, dua2 demam kebiasaan nya lah...tq farah share info ni.

    ReplyDelete
  8. wah ada juga ubatnya ye...info yg menarik ni...

    ReplyDelete
  9. Kawan Okje pun pernah ambik pil kesuburan tak sure clomid ke bukan.... tapi dia dapat twin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Share la kwn awk mkn ubat ape..

      Delete
    2. Kawan saya ambik clomid jugak slpas sathin lbih xde bby..pas ambik clomid trus dpt kembar..☺️

      Delete
  10. glup2...untung laaa kalau dapat kembar ! memang luky ! tapi kalau dapat sorang jer pun dah cukup2 bersyukur...one day ! hope so...ahaks

    ReplyDelete
  11. ciksu berminat dgn n3 ni.nnti komen lagi ye.. bye

    ReplyDelete
  12. mmm nk dpt anak kmbar kene kawin dulu ni..ehehe :p

    ReplyDelete
  13. salam dear...usu pernah ambik clomid ni msa usia pkhwinan masuk 2 thn..tp try utk 3 bln je...msih juga tk prgnt..so, usu stop..sbb prnh jugak tdengar ksn smpingan sia..usu pn prnh amik asid folic...pun lum ada rezeki lg..kita hanya usaha, yg tentukan Allah..ms ni tgh try shaklee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis guna Shaklee tu berhasil ke?skng sy tngh on GLA complex

      Delete
  14. Myu ada baca satu artikel pasal anak kembar kat majalah. Kalau nak dpt anak kembar, buat hubungan seks pada waktu subur. adalah waku tertentu dia. tapi myu lupa plak. hihi

    ReplyDelete
  15. Err...hehe..nak komen juga. Wow..baru saya tahu..Saya pun suka kalau ada anak kembar. Selalunya genetik kan. Bagus pengetahuan ni. Kak hanida, suka..macam tak lama je, kak hanida tu nak suruh kita makan nasi minyak dia. hee.

    ReplyDelete
  16. ramai sekarang suka nak anak kembar..nanti nak jaga pon double kan..selalu pegang ubat clomiphene citrate nie masa dlm farmasi..hehe..:-)

    ReplyDelete
  17. Nice info. Dlm brangan nk kembar tak la smp nk mkn ubat bagai. Takut gk kesan dia tu

    ReplyDelete
  18. Kalau dah ada anak 4 blh lagi ke nk mkn clomid ni...

    ReplyDelete
  19. Salam...sy seorg pengguna clomid sbb ada pcos....mengikut nasihat dr,clomid x blh diambil sesuka hati tnp nasihat dr n dr pakar perubtn...pengambilan clomid juga perlu kasalan drpd doktor...

    ReplyDelete
  20. saya under pakar.. bulan 6 baru ni saya baru start makan clomiphene pada hari kedua period.. kiraan subur pada awal ramadhan bulan 7.. dalam tempoh 5 hari tu, usaha keras seperti saranan doc... keberkatan ramadhan , pada hujung ramadhan baru ni check POSITIF... ALHAMDULILLAH.... lagi 4 minggu kena g scan utk scan samaada kembar atau tidak.. sbb selalu y berjaya dapat kembar.. mudah2an.. doa2kan... sorang pun dh happy.. alhamdulillah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul Akmal, mcmane check up? dapat kembar tak? teruja nak tahu ni... (:

      Delete
  21. Slm...mcm sy skrng ni pon tngh ambik ubat clomid tu...sy xde masalah pape cme lmbt hamil untk ank ke 2 nie...doc sarankan sy ambik clomid...n hrini hr terakhir mkn clomid...hri yg ke 5...stakat sy mkn ubat tu cme sy rasa pening,pnas,,lps tu over confident...huhu. so sy kne tnggu smpai hari yg ke 12 untuk scan telur sy...hihi doakan sy berjaya ye...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !