Akta 588, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Farah Waheda Wahid
17
Source Extracted from Google
1 perkara yang sering Cik Puan Bubbly tekankan pada diri sendiri dan selalu sebut2 dalam Bubblynotes adalah berblog secara sihat... Betul x? To those yang dah biasa follow entry kat sini dan ada juga saya catatkan di ruangan komen2 uols, mesti perasan wordings saya "berblog secara sihat"... Sebenarnya, x derlah nak wat disclaimer kat sini... "saya baik", "saya bagus", "saya perfect"... tapi sekadar berkongsi dengan uols something that I always make it as a guideline in blogging... Memang sikap saya begitu, sebelum nak buat sesuatu, mesti nak buat research dulu...at least adalah sedikit knowledge kan? 

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan dan Penalti Tambahan

Seksyen 233: Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang --

(a) dengan menggunakan mana2 kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar--

(i) membuat, mewujudkan atau meminta2; dan

(ii) memulakan  penghantaran,
apa2 komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana2 perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana2 orang di mana2 nombor atau alamat elektronik, 

adalah melakukan satu kesalahan--

(2) Seseorang yang secara sedar--

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa2 komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana2 orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan satu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua2nya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas persabitan.

Sumber Rujukan:

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua, mana yang dah tau tu...ai respectler... he he he... salute uols... 

Post a Comment

17Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Thanks for Sharing about this...
    sbagai seorang blogger atau pengomen, perkara yang utama ialah jaga bahasa dan tidak pula ada unsur lucah @ maki-makian.. yang penting post kita memberi manfaat kepada blogger yang lain...hehe

    ReplyDelete
  2. nice sharing kak
    bgs jgk de peraturan gini..mengajar kita jd org yg berhemah..haha

    ReplyDelete
  3. setiap yang kita nak buat tu, mstlah berpada-pada.. jgan nnti tersalah tmpt lak nk kutuk2 orang bagai ;)

    ReplyDelete
  4. true laling..jaga bahasa kita

    ReplyDelete
  5. hehe complicated la bhsa law ne ^^

    ReplyDelete
  6. emmm kn berblog secara berhemah..heee terlajak perahu boleh diunder..terlajak kata?buruk jadinya..huhu

    ReplyDelete
  7. Hehe..nice sharing kak. Akta ini ada tapi ramai yang tak tahu atau buat2 tak tahu.

    ReplyDelete
  8. itu lah walaupun ada yg kata blog kita suka hati kita la nak tulis apa...tapi ternyata itu tak benar....hehehe kalau dah boleh menyinggung perasaan, penulisan tu dah boleh dianggap melanggar akta komunikasi rupanya...terima kasih sebab berkongsi....tapi sy ni bahasa2 law ni lembab la sikit nak memahamnya....

    ReplyDelete
  9. betul tu kak.. kadang2 iha buat entri bukan ikut citarasa iha.. dah taip padam balik, takut orang terasa dgn gaya penulisan kita.. di kesempatan ni kalau iha ada TERbuat entri yg menyinggung perasaan sesiapa hrp maafkanlah ya.. ayat mcm harini raya la pulak kan hehe..

    ReplyDelete
  10. salam, perkongsian yang baik ni farah..

    ReplyDelete
  11. mmg kena berhati2..so kena ingat pasai akta ni..kak MV selalu ingat akta perpustakaan negara jer

    ReplyDelete
  12. nice sharing..sebelum buat apa2 kena rujuk dulu..bukan main belasah jer kan...bahaya woo..tuduh menuduh, ungkit mengungkit pun sgt bahaya..kita blogging secara sihat..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !