![]() |
Source Extracted from Google |
Suddenly, teringat pulak experience masa kerja as Sales & Marketing Exec di one of gigantic Property Developer di Malaysia dulu....yang mana soalan lazim or FAQ dari 1st time buyer masa diaorang survey2 rumah adalah mereka agak confuse atau nakkan penerangan lanjut mengenai property yang dilabelkan sebagai Freehold dan juga Leasehold. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Freehold...terms and impact dan juga sama dengan Leasehold.
I believe, uols semua mesti dah pandai2 dan dah tau pun beza di antara Freehold dan juga Leasehold kan? Tapi macam mana pun, saya share juga di sini bagi mereka2 yang mungkin memerlukan penerangan lanjut mengenai Freehold dan juga Leasehold.
FREEHOLD
FREEHOLD atau pegangan bebas merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama2nya (kekal). Dalam ertikata mudah, pemilik tanah atau property FREEHOLD memiliki tanah/property tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan pada sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pengambilan balik tanah oleh kerajaan). Di dalam dokumen hak milik muktamad (final title), FREEHOLD dikenali sebagai Geran (sama ada Geran atau Geran Mukim). Geran merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri manakala Geran Mukim merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan dan ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Daerah.
Sebagai contoh, jika dokumen hakmilik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya menggunakan No. Hakmilik GERAN XYZ manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No. Hakmilik adalah seperti GERAN MUKIM XYZ.
LEASEHOLD
LEASEHOLD atau pegangan berstatus pajakan adalah merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. Normally untuk property 99 years. Question dekat sini yang selalu bermain2 adalah, apa akan jadi kalau tempoh 99 years tu tamat? Saya selalu jugak cakap dekat potential prospect/buyer saya dulu... after 99 years kalau government decided untuk ambil balik tanah tu... mereka akan ambillah balik tanah tu...dan kemungkinan mereka akan bayar pampasan berdasarkan valuation tanah tu pada masa tu... kalau government x ambik balik tanah tu.... so tempoh leasehold tu mungkin akan di-renewkan semula... Hu hu hu... that's what I've learnt from my seniors at that point of time...
Ada orang kisah tentang FREEHOLD dan juga LEASEHOLD... dan if kita perhatikan dan observed...harga rumah FREEHOLD adalah lebih tinggi berbanding LEASEHOLD dan majoriti orang sebenarnya kalau boleh memang prefer nak beli property bertitle-kan FREEHOLD sebab pegangan bebas kan? dan dah tentu2 hakmilik kekal...
Walaupun pernah ada experience menjual property sebelum ni, dan tahu apa perbezaan antara rumah FREEHOLD dan LEASEHOLD, honestly, saya sendiri beli rumah bertitle-kan LEASEHOLD. Nak beli yang FREEHOLD memang saya rasa x mampu la kot...pada yang mampu kalau rasakan itu yang terbaik dan x menjadi beban... amat dialu-alukan dan digalakkan... Tapi nak cari property FREEHOLD ni, rasanya pada saya, kawasan agak limited dan juga x banyak kot? Kalau ada pun, mungkin banyak yang dah sold out... seriously...normally rumah/property FREEHOLD ni macam goreng pisang panas. Baru launch, sekejap jer habis...sekejap jer sold out.... so kena cepat... he he he... ^_^
*Sebab x mampu nak beli rumah FREEHOLD dan saya beli rumah LEASEHOLD walaupun pada hakikatnya teringin nak ada property FREEHOLD... saya kekonon me-motivate-kan diri... "Ala... FREEHOLD ker... LEASEHOLD ker, actually memanglah terdapat bezanya...tapi dalam tempoh 99 tahun tu, entahkan hayat sampai ke tidak...jangan2 dah pergi ke alam lain... yang tinggal anak cucu jer la... anak cucu mestilah kena cari property sendiri... tak pun, kalau kena ambik balik pun by government at that point of time, bukannya x dibayar... they have to pay what for the loss as compensation? if saya x ada sekalipun... anak cucu cicit ler untung dapat compensation tu? Tak ada apa yang kekal kat dunia ni...semua bersifat sementara jer..."... Ahaks...occay x ayat saya sedapkan hati?
Looking out for Westside 3!
**Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada! ^_^ Itu lebih baik...
Info yang bagus ni sbb tak pernah tahu pun pasal ni...hehe
ReplyDeletebella setuju dgn akak . rasanya kita ni tak sempat kut 99 tahun tu . hehe
ReplyDeleteilmu baru..terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeletebagus perkongsian ni.. dari tak tahu, sekarang dah tahu :)
ReplyDeleteehee saye dulu part time brand embassador sime darby :D tahu jugak sikit-sikit pasal property sebenarnya.. mmg ikutkan org nak freehold dr leasehold.. asal customer dtg je konpem 1st question dia "freehold or leasehold".
ReplyDeleteTgh memasang impian beli rumah sendiri jugak :D
huhu rajin kak update :D
ReplyDeletethanks.... info menarik...kekadang kita tak ambil tahu pasal nie......
ReplyDeletemmm betul tu.sy keje kt firma pun slalu dtanyer soalan mcm ni :)
ReplyDeletenice info dear.. jom la join GA deqla..smpt lagi laa... 19 hb ni tamat...
ReplyDeleteTeringat balik masa keje lawyer firm dulu.. semuanya pasal Jual beli rumah.. hehehe :)
ReplyDeletealhamdulillah..umah akak beli Freehold..mati nak bayar selama 30 tahun...akak dapat rumah tu tahun 2010 bulan 12....dah 2 tahun lebih dah...rumah pun x hias betul2 lagi..
ReplyDeletenice info sis..baru tau pasal ni..heee
ReplyDeletethanks sharing info pasal rumah ni.
ReplyDeletemasa mula2 beli rumah haritu pun konfius pasal ni
ReplyDeleteInfo yg menarik ni sebab saya x pernah tahu hee. thanks akak!
ReplyDeletebaguslah farah.. byk pengalaman, dn kongsi kt sini. hehe pasni tau lah ape beza. emm btul2 tah hidup lg ke x ye, 99 tahun lama jugak tu..
ReplyDeletesama lh kita... leasehold or freehold bukan keutamaan.. yg penting kawasan & rumah yg dibeli strategik, memuaskan & mengikut kemampuan.. :)
ReplyDeletepernah dengar tp xtau sgt.. hehe.. ermm .. agak2 brapa la harga freehold ek? hehe
ReplyDeletezam pernah dgr juga, tp dr info ini Zam dapat maklumat tambahan.. thankss :)
ReplyDeleteooo.. baru tahu
ReplyDeleteTq sharing, tak kisah lah kan mana2 pun asal kan rumah sendiri. Kalau beli rumah umur smasa 25tahun plus 99 tahun.. panjang nya umur. hehehehe. Anak cucu nnti pandailah diorng cari harta sendiri pulak.
ReplyDeletea ah mmg konfius freehold dgn leasehold ni...nice info...
ReplyDeletebaru tahu pasal ni.. thanks for sharing ^_^
ReplyDeletesaya pon baru beli rumah & still under construction. leasehold..memang murah la.mana nak dapat semi D setingkat harga 250K.ye tak?
ReplyDeleteokje ada sebuah rumah yg leasehold flat low cost kat Kuchai lama tu... masa mula2 kawen dulu okje duk situ sebab dekat dgn tempat keje kan...tiba2 rumah tu kena lelong so dah terlanjur duduk beli ajelah...
ReplyDelete99 tahun agak lama kan..setuju dgn farah..
ReplyDeletebiar lah anak cucu berusaha sendiri pula yg selebihnya kan ;)
means kebayakan org yg bli umah skrg ni leasehold la yer...?sbb freehold xbyk...al kisahnya..ok ayut bru tahu..hihihi..ayat akak sdapkan hati mmg terbaik..99 tahun tu lama kan.mcm2x blh jd :)
ReplyDeleteTQ info dik
ReplyDeleteakak jarang tahu pasal nie
bila nak beli rumah aje ;)
Jangan kata yang freehold, yang leasehold pun saya tak mampu beli lagi ni. Hehe
ReplyDeletethank u so much dear. kite dgn husbnd tgh planning nk beli rumah.area sini leasehold je banyak..so asyik bertangguh..tp bila baca entry ni, saya semakin yakin utk ambil je leasehold. hihiii
ReplyDeletemenarik juga post ini. Kami syarikat tempatan Malaysia berharap dapat menolong rakan rakan mencari tempat kediaman yang paling sesuai melalui http://housenearby.com.my
ReplyDeleteleasehold pun ok, asalkan rumah..syukur ;)
ReplyDeletesori, sy agak confius skit, ada kata abis tempoh masa leasehold, kerajaan akan ambil balik dan tiada pampasan diberikan.. sbb dlm syarat pajakan mmg mcm tu, ia menjadi hak milik semula kerajaan (rumah blh direnew smula apabila tmat tempoh tp bergantung pada kerjaan sama ada kekalkan atau utk pembangunan yg len). Ada kata kerajaan akan beri pampasan.. byk forum sy da selidik, tp sy masih ragu2 lag..
ReplyDelete