X Mau Repeat Paper!

Farah Waheda Wahid
8
Source Extracted from Google
Cerita sewaktu di zaman Uni.... Perkara yang paling nak dielakkan oleh kawan2 dan saya adalah... repeat paper! Berhantu perkataan tu...Serious x tipu punya...  Tiap kali final sem exam mesti rasa seriau bila mengingatkan subject2 yang hardcore punya paper... Gelombang kerisauan mesti melanda untuk subject2 hardcore ni... I believe setiap siapa pun yang telah tempuh zaman ni dan sedang tempuh zaman ni faham dan tau apa yang saya maksudkan... 

Kenapa seboleh2nya x mo repeat paper? Huwaaaaa...sob sob sob... sebab-musababnya adalah... Yang utamanya... bila kita repeat paper, automatically CGPA kita akan turun... CGPA yang bagus, of course ler 3.00 ke atas... Untuk adik2 yang belum tempuh zaman2 uni/kolej... rating result ada 2 occay... satu GPA dan satu lagi CGPA... 

GPA ialah Grade Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang didapati secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi 1 semester itu. Example ada subject uols dapat A, ada subject dapat B-, ada subject dapat C. Gred A memberikan nilai 4.00, manakala gred B- memberi nilai 2.67 dan gred C memberi nilai 2.00. Purata Nilai Gred ialah purata bagi semua keputusan.

CGPA pulak bermaksud Cumulative Grade Point Average atau Purata Nilai Gred Kumulatif yang mana ia mendapatkan nilai purata keputusan uols bagi semua semester yang telah dilalui. Perbezaan antara kedua2 GPA dan CGPA ni adalah GPA - keputusan untuk 1 semester manakala CGPA ialah jumlah gred keseluruhan semester yang telah dilalui.

*Erkss...adik2ku fenin ek? X per tau yang asas jer dulu, sok2 bila dah masuk belajar kat uni/kolej sendiri fahamlah tu apa yang kakakmu ini maksudkan... 

So, bila repeat paper ni maknanya keputusan dah tentu la x bagus kan? Secara automatiknya dia akan affect GPA kita dulu dan seterusnya melarat ke CGPA... Kalau GPA dan CGPA x bagus... terkuburlah impian dan hasrat nak genggam anugerah Dekan (anugerah Dekan ni, a.k.a best achiever, pelajar terbaik untuk sesuatu course tu).... So simpan dalam mimpi jer la angan2 untuk dapat anugerah Dekan tu untuk sem tu kalau GPA dan CGPA x bagus... 

Pas tu, bila GPA dan CGPA dah jatuh or turun... the next sem...memang kena struggle gila baban nak naikkan rating balik... kalau betul2 nak recover balik GPA dan CGPA tu... huwaa... semolek2nya kena dapat A+ untuk semua subject... Sapa yang dapat buat ni memang salute habis la...Pas tu mesti lecturer uols cakap uols dah banyak berubah dan telah berusaha dengan kuat untuk sem tu... mesti lecturer uols kagum dan bangga dengan uols...ngeh ngeh ngeh... 

Tapi ada satu cara lagi... cuma lambat cket la... susun balik credit hour untuk subject next sem... decide mana paper yang rasa2nya nak carry forward next sem dan mana paper yang nak ditinggalkan or patut ditinggalkan untuk diambil exam this sem... kena rajin tanya senior...biasanya senior dah go thru mender ni semua boleh bagi pandangan dan advise yang positif... diaorang tau cam mana nak pick subject yang boleh naikkan GPA dan CGPA satu2 sem tu... trust me...sebab diaorang dah lepas paper tu dan boleh berikan pandangan... namun begitu...masing2 yang bawak paper tu, masing2 yang belajar... mungkin lebih tahu mana yang termampu dilakukan dan mana yang x mampu nak dilakukan atau didukung untuk sem tu... 

Kalau dah susun balik credit hour and subject, kalau rasa boleh pegi nak habiskan or completekan dalam 6 sem...that will be good enough... tapi kalau rasa risky dan x sanggup amik risiko...untuk jaga GPA atau CGPA ... eloklah extend lagi satu sem...jadilah 7 sem... hu hu hu... takper biar lambat cket asal selamat... Kat jalan raya pun cenggitu jugak... Jangan sebab nak ikut2 sangat orang nak grad on time diri sendiri yang derita...buat ikut kemampuan sendiri kay? Jangan perjudikan masa depan anda... 

Itulah sebab musababnya...kenapa paling seriau sekali bila sebut pasal repeat paper nih.... Seboleh2nya memang nak dielakkan...x mau repeat paper! Tapi kalau dah memang begitu suratannya (ayat pasrah dan redha...) x apalah...berusahalah dengan lebih kuat... setiap kejadian tu Allah lebih tahu kenapa dan mengapa kan? Tapi kita pula sebagai manusia jangan berhenti untuk berusaha... Usaha tetap diteruskan walau apa pun... ^_^

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. QF teringin nak jadi student kat U jugak.. =)

    ReplyDelete
  2. Myu faham situasi kat atas ni juga coz myu pon pernah bergelar pelajar kolej.
    Repeat paper sangat dielakkan.
    Tapi ada gak yang tersadung. hehehe

    ReplyDelete
  3. usaha tangga jaya kaann..? ehhee

    ReplyDelete
  4. hehehe..kak, bukan masuk U je naik seriau nak repeat paper..kalau kita ambik Spm or Stpm pun boleh repeat jgk.. cuma tak sama je, takde la anugerah dekan sume tu kan..then result pun cnfirm susah nak cpai yng baik..

    ReplyDelete
  5. perkara yang paling takut bila bergelar student U is repeat paper...
    seriau aje bila kena repeat paper...

    ReplyDelete
  6. budak2 skang ni utg pasal diorg guna sistem lain berbanding zaman kita belajar dulu...

    bila mana2 paper yg repeat tu dapat grade yg lebih tinggi, dia akan overwrite result yg lama...so tak kacau CGPA dan total kredit hour pon tak bertambah...mmg tak fair langsung...

    ReplyDelete
  7. tips yg bermanfaat kat adik2 student..:-)

    ReplyDelete
  8. Salam,

    CGPA CALCULATION!

    Saya ada file excel untuk kira cgpa dan gpa dari sem satu hingga sepuluh.

    FREE to use. FREE to share.

    Sila click sini atau copy paste " http://padlet.com/wall/8kops91aw1 "


    Ok. Bye...

    hisham2desa@yahoo.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !