![]() |
Source Extracted from Google |
Warna Lipstick Pilihan Uols
Ooopsss.... jangan terloncat... ini bukan kesan bibir saya... tapi cumalah gambar hiasan yang dipinjam dari Kakak Google...and nak share sikit ngan uols tentang sesuatu yang saya terjumpa dan baca...
Pemilihan warna lipstick adalah terpulang kepada citarasa individu masing2 dan di sebalik warna pilihan mereka itu, ia mewakili sikap dan peribadi diri mereka sendiri. Dikatakan hanya gadis/wanita yang berani selalunya memilih warna terang dan garang seperti merah untuk menyerlahkan lagi penampilan diri mereka. Malah ada yang mendakwa lipstik merah menambahkan seri wajah si pemakai.
Namun, tidak kurang juga yang menggemari warna yang lembut seperti pink, coklat dan sebagainya. Malah ada yang hanya selesa memakai lip gloss sahaja. Semua itu terpulang kepada diri individu itu sendiri.
LIP GLOSS TANPA WARNA
Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan natural kerana ia tanpa sebarang warna. Malah paling tidak pun, mereka hanya memilih lip gloss yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan simple yang tersendiri. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan diri.
*Jenis yang ini saya suka pakai on weekend kalau nak ke mana2... simple and natural
WARNA PINK BERKILAT
Warna ini mencetuskan kesan seksi dan pesona kepada si pemakainya. Ia juga sesuai sama ada bagi si kulit gelap ataupun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. Mereka juga x suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadangkala dari segi luaran seolah2 mereka ini x kisah saja.
*Aik...macam terkena jer...kebetulan ke apa ni? Gi office memang suka pakai warna pink plus dengan lipgloss.
WARNA COKLAT
Warna ini menjadi pilihan mereka yang x suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.
*Setakat ni belum pernah pakai lagi warna coklat ni.
WARNA UNGU
Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sophisticated dan punya pertahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan x gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini!
*Memang x pernahlah kan pakai purple colour... cam funky gila kot sapa yang pakai ni...ada sapa2 yang pernah pakai warna purple?
WARNA OREN
Seperti juga si pemakai warna ungu, mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orangnya namun memiliki sekeping hati yang keras. Kadangkala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.
*Warna oren one of my fave lipstick colour...Ngeh ngeh ngeh...
WARNA MERAH
Merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main2 dengan mereka ini. Buruk akibatnya nanti! Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.
*Warna merah ni kalau ada event/function/dinner jer suka pakai... ikut kesesuaian keadaan dan majlis la katakan... makeup siang hari lain...makeup malam hari lain.
Ha, dalam banyak2 ni... yang mana menjadi pilihan uols dan selalu uols pakai? Cuba share cket? ^_* wink wink...
Terimakasih telah membaca artikel Warna Lipstick Pilihan Uols. Jangan lupa share ya
Share
27 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
sy prefer natural hehehe.
ReplyDeletesuka lip gloss je.. tapi sejak pakai dunia herb's lipstik best plak..sbb wrna dia ikut darah kita... dan off course melembapkan...
ReplyDeletesye lg suka nude color..sebab nampak natural. tapi kalau g kelas pakai lip ice sheer color je sampai petang tahan =)
ReplyDeletekak.. saya punya lipstic kaler coklat! omaagad adekah saya ini seorang yang berkeyakinan tinggi?stabil emosi?setia?boleh dipercayai? hahaha.. betul ni, lipstik saya 1 je coklat & lagi 1 oren(dah kontot nak habis dah).. saya tak suka pakai kaler lain :p
ReplyDeleteyaya selalu pakai pink je yg lain tak pernah try hihi
ReplyDeletemuja suka pink terang,, and maroon,, hehe
ReplyDeletesy selalu guna lipstik hitam :D
ReplyDeletehehe gurau :P
Saya pakai warna pink..suka sbb warna nmpk lembut n natural skit
ReplyDeletesy suke kaler pink n lip balm je
ReplyDeleteassalamualaikum farah...ikutkn semua color cantik tapi kena cari yg betul2 sesuai ngan bibir kita...:)
ReplyDeleteDear Nurul teringin nak pakai lipstik warna merah terang.. tgk org pakai nampak cantik jer.. ;)
ReplyDeleteyup.. suka pink berkilat tu jugak...huhuhu...
ReplyDeleteremy takde pilihan... sebab tak boleh pakai....he3
ReplyDeleteayut suke wane tak terang..tp nk ada pelembap sbb nnt bibir kering...huhuhu..tp suke sgt pkai lipice yg clear tu... ^^
ReplyDeletesuka yang simple je..hehe asalkan nampak ok.kalau datang mood nak melaram tue boleh la pink n merah tue :)
ReplyDeletenik suka pink. kalau malas pakai jea lip balm.hehe
ReplyDeletecheqkaq suka lip gloss tanpa warna..warna pink takde ke?hermmmmm~
ReplyDeletei love lipglosss ngeee :D
ReplyDeleteKena sangat dengan diri sendiri, pink berkilat lagi satu fie suka lipstick color pink nak ke oren.
ReplyDeletesy lebih suka light pink & peach. x suka yang terlalu terang & nampak 'keras' huhu. rasa janggal. ala senang2 sy kelua pakai lip balm je hehe
ReplyDeletekoleksi ai byk kaler pink dan coklat..terkadang suka calitkan 2 warna lipstick kat bibir...
ReplyDeletemacam terasa je dengan statement kat warna pink berkilat tu.
ReplyDeletehehe..
michelle suka guna lip gloss je tp msti kaler pink jugak :D
mmg btol sangat sensitip :D
suka kale natural / pink...merah xpernah pakai...takot...haha
ReplyDeletenatural la yg terbaek. . :)
ReplyDeletenatural la yg terbaek. . :)
ReplyDeletetakde kat sini...okje pakai lipstik ikut warna tudung.... keunguan...cari pink yg gekap sikit...kalau kecoklatan....cari lipstik yg merah coklat tapi natural...maklum le dah dewasa haha...
ReplyDeletesaya suka pakai warna merah,pink,peach..tp selalu pakai lipbalm je..:-)
ReplyDelete