Wanita Menurut Pelbagai Agama & Budaya

Farah Waheda Wahid
24
Source Extracted from Google
Wanita menurut pelbagai agama dan bangsa:

1. YUNANI

Kedudukan wanita pada masa ini hanyalah sebagai budak suruhan dan pelayan. Wanita bebas dalam arus syahwat dan nafsu hewani dengan menjadi pelacur. Akhirnya wanita mendapat tempat yang tinggi dan mulia di mana dibuat dongeng menjadi 'Dewa Cinta'. Mereka memandang rendah pada hubungan suami isteri hingga mereka bebas memilih lelaki yang ingin digaulinya secara terang-terangan tanpa perkahwinan.

2. ROMAWI

Lelaki mempunyai hak sepenuhnya terhadap isterinya hingga tahap berhak membunuh isterinya sendiri. Akhirnya para wanita pada zaman ini berani menyeret lelaki ke dalam arus perbuatan keji dan dosa. Mereka memandang baik tentang novel2 porno. Urusan cerai menjadi sesuatu yang mudah hingga wanita zaman ini pernah menikah dengan lelaki sebanyak bilangan umurnya tanpa rasa beban dan malu.

3. PARSI

Undang2 pada masa ini menzalimi hak wanita dan menimpakan hukuman berat walaupun kesalahannya ringan. Hukumannya berbentuk sembelihan yang sangat kejam. Perempuan yang haid akan diusir dari tempatnya jauh dari kota dan tidak dibenarkan berhubungan dengan mereka. Lelaki pula bebas dengan hawa nafsunya dan dianggap raja semata2 kerana dia seorang lelaki.

4. YAHUDI

Wanita pada masa ini makhluk yang rendah dan hina ibarat barang x berharga yang dapat dibeli di pasar2. Mereka menuduh wanitalah salah satu pintu jahanam dan membawa kepada dosa. Mereka beranggapan wanita laknat kerana telah menggoda Adam. Wanita dalam haid dianggap najis dan dilarang memasuki rumah. Wanita disetubuhi sebagai satu upacara ibadah yang suci dan zina dianggap sebagai bentuk taqarrub diri kepada Tuhan mereka.

5. NASRANI

Menganggap wanita sebagai biang kemaksiatan, akar kejahatan dan dosa, malapetaka bagi keluarga dan rumahtangga serta membawa musibah. Bersetubuh dengan wanita adalah najis walaupun telah bernikah sehingga memandang bahawa hidup sebagai biarawati (tidak kahwin) adalah tanda luhurnya akhlak seseorang. Cerai tidak dibenarkan dalam agama mereka sekalipun sudah tahap saling membenci dan berjauhan antara suami isteri. Maka terjadilah peluang saling mengkhianati antara suami isteri tersebut.

6. ARAB JAHILIYYAH

Lelaki boleh menyerahkan isterinya kepada orang lain. Sekumpulan lelaki boleh menggauli seorang perempuan. Semua ini bertujuan semata2 untuk mendapatkan anak berketurunan bangsawan. Marah dan kecewa jika mendapat anak perempuan seakan2 ditimpa musibah maka anak tersebut akan dikuburkan hidup2. Ini bertujuan untuk menjaga kehormatan dan takut mendapat aib kerana mereka adalah ahli tempur dan perang. Mereka akan mendapat aib dan hina jika menyerahkan anak2 perempuan untuk menebus tawanan perang.

7. ISLAM

Siapa yang tidak pernah mendengar kisah Saidatina Khadijah, sayyidah wanita sedunia pada zamannya. Saidatina Aisyah isteri dan penghulu anak2 Adam, guru bagi kaum lelaki. Hafshah, wanita penjaga Al-Quran. Ummu Salamah, mujahidah pertama memasuki Madinah. Zainab Binti Jahsy, Ummahatul Mukminin termulia dalam hal wali. Zainab Al-Kubra penebus suaminya. Fatimah Az-Zahra, Ummul Mukminin dan sayyidah wanita seluruh alam pada zamannya.

KESIMPULAN

Istimewanya wanita dalam agama Islam. 

Credit: Blog Tok Wan

Post a Comment

24Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bersyukur menjadi wanita Islam.....

    ReplyDelete
  2. Best baca entry nie.. Semangat! Alhamdulillah dlahirkan mnjadi sorg Islam.. :')

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..dilahirkan sbg wanita islam

    ReplyDelete
  4. tingginya martabat seorang wanita :)

    ReplyDelete
  5. syukur kita adalah wanita islam ;)

    ReplyDelete
  6. bersyukur sangat menjadi seorang wanita islam..

    ReplyDelete
  7. Syukur kita dilahirkan sebagai wanita Islam. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. wanita dan arus perubahan...... bertuah menjadi wanita......

    ReplyDelete
  9. bangga menjadi wanita..^^ pape pun,hiasilah peribadi dan akhlak sebaik mngkin.. :-)

    ReplyDelete
  10. assalam...

    thanks sudi singgah blog i..



    ALHAMDULLILAH lahir sebagai wanita ISLAM..MASYALLAHHH...

    ReplyDelete
  11. Betul Farah. Kita beruntung kerana dimuliakan..

    ReplyDelete
  12. yup...islam lah yg telah menaikkan martabat wanita...

    ReplyDelete
  13. kita kena bersyukur betapa tingginya martabat wanita Islam, nice entry:)

    ReplyDelete
  14. Islam memartabatkan maruah kaum wanita

    ReplyDelete
  15. Indahnya menjadi wanita Islam... :))

    ReplyDelete
  16. Bersyukur dilahirkan dengan agama Islam... semoga tidak ditarik nikmat islam dan iman ini...

    ReplyDelete
  17. islam agama yg adil dan saksama..bersyukur lahir sebagai wanita islam..martabat wanita tinggi disisi agama..:-)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !