Tiba2 Terbayang Kisah Nagasaki & Hiroshima

Farah Waheda Wahid
26
Source Extracted from Google
Bila dapat tau dari berita yang ditonton semalam pasal Ujian Nuklear ke-3 yang dilancarkan oleh Korea Utara yang mana Korea Utara mendakwa berjaya melancarkan ujian nuklear paling kuat dengan 'peralatan kecil' yang telah mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Bangsa2 Bersatu (PBB) serta bantahan daripada kuasa besar dunia termasuk sekutu rapatnya, China. Tiba2 secara automatik saya terbayang kisah Nagasaki & Hiroshima. Erkss...ngerinya... 

Terbaca dari SINI
Korea Utara berkata, ujian bawah tanah ke-3 itu, yang dilakukan walaupun berdepan amaran tegas Majlis Keselamatan PBB, adalah tindak balas kepada apa yang disifatkannya permusuhan Amerika Syarikat. Sambil menyifatkan ia hanya 'langkah pertama' Korea Utara memberi amaran akan melaksanakan tindakan lebih drastik jika dunia terus mengenakan sekatan ke atasnya. Dakwaan itu mencetuskan kebimbangan Pyongyang bakal memasang peledak nuklear kepada peluru berpandu balistik miliknya. Pengesahan daripada agensi berita KCNA dibuat hampir 3 jam selepas layar gempa bumi mengesan gegran luar biasa di kawasan ujian nuklear Punggye-ri berhampiran sempadan China. "Letupan semalam menghasilkan kekuatan antara 6 hingga 7 kilotan," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Kim Min-Seok, kepada wartawan. Ia adalah jauh lebih kuat berbanding ujian pada 2006 dan 2009, kedua2nya menggunakan plutonium. Bom atom yang digugurkan Amerika Syarikat di Hiroshima pada 1945, menghasilkan kekuatan letupan 15 kilotan. Presiden Barack Obama mengutuk ujian terbabit dan menggesa tindak balas pantas dan berwibawa, ketika Majlis Keselamatan bersedia mengadakan mesyuarat. Kecaman turut diterima dari negara lain termasuk Rusia manakala Jepun melihat ujian itu sebagai ancaman besar kepada keselamatannya.  Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon mengecam ujian itu hari ini, manakala diplomat berkata Majlis Keselamatan akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan kemungkinan menguatkuasakan sekatan baru ke atas Pyongyang."
Beria2 bonar ha buat Ujian Nuklear ke-3 ni... erkss... Seriously peeps...tiba2 saya terbayang kisah Nagasaki dan Hiroshima.


Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia ke 2.  Pada 6 Ogos 1945, senjata nuklear "Little Boy" dijatuhkan di bandaraya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos 1845 oleh pengguguran bom nuklear "Fat Man" di Nagasaki.  

Sebilangan mangsa terbakar mayatnya sehingga sukar dicam atau mayatnya dilupuskan dalam pembakaran besar2an. Rekod anggota tentera turut musnah, dan ramai keluarga dikorbankan keseluruhannya. Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira2 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir tahun 1945 diberi dari 90,000 hingga 140,000, akibat terbakar, penyinaran dan penyakit yang menyusul. Plus2 pulak dengan kekurangan bekalan perubatan. Ramai orang yang mati menjelang tahun 1950, akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain.

Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana rupa bumi di sana mengurangkan impak pengeboman dengan bilangan terkorban serta-merta dianggarkan dari 40,000 hingga 75,000 orang. Di kedua2 bandaraya, kebanyakan besar kematian merupakan rakyat biasa. 

Pada 15 Ogos 1945, Jepun mengumumkan penyerahan kalah kepada pihak Berikat, lalu menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah pada 2 Semptember lalu menamatkan Perang Dunia ke-2. Maharaja Hirohito dibenarkan memerintah Jepun dengan pengawasan Amerika Syarikat. Lebih2 lagi, pengalaman pengeboman ini menggesa Jepun untuk mengamalkan Tiga Prinsip Tanpa Nuklear yang melarang Jepun daripada melengkapkan diri dengan senjata nuklear. 

Credit: SINI

* Walaupun diaorang claim ujian ni dilakukan dengan selamat... who knows kan? Anything can happen at anytime... kalau x buat boleh tak? hu hu hu...x yah la nak bernuklear2 sangat... Hidup dengan aman dan macam biasa pun dah occay kot? Semua orang nak hidup tanpa benda2 ni dan teruskan kehidupan macam biasakan sehingga tiba waktu yang telah dijanjikan Allah? Perlu ker nak buat benda ni semua? Might be the reason untuk tujuan strategi atau pelan keselamatan dan pertahanan mereka...Tapi... eeee...x maulah... Dengan adanya senjata2 nuklear ni, dan segala bagai nuklear ni... it will risk other people life yang x berdosa if something happens (such as war ker, serangan mengejut ker)...hati manusia kita x boleh nak jangka dan fikiran manusia ni sentiasa berubah2...Hari ni just saying it's just a test...esok2 kalau tamak haloba menguasai diri... tiba2 lain pulak jadinya... 

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ya allah jauhkan lah dari smua bencana 2

    ReplyDelete
  2. Semoga Malaysia dijauhkan dari bencana perang nuklear antara mereka2 ini.

    ReplyDelete
  3. enth pe yg besh beno wat nuklear tu..ish..tu la depa ade otak xmau pakai =_="

    ReplyDelete
  4. Kadang sejarah lampau itu menakutkan,
    mari bersatu doakan Malaysia jauh dari bala bencana..

    ReplyDelete
  5. very cute blog ni sesuailah wanita kan..

    ReplyDelete
  6. salam, :) anda di tag ^^

    http://lyanasstudio.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. mugo2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.., aminn

    ReplyDelete
  8. haihhh seram pulok tgk... moga kita dijauhkan dari bencana2 gini..amin..

    ReplyDelete
  9. senjata paling menakutkan dunia......
    kechik2 dulu remy suka sangat baca kisah perang dunia dan bom atom kat nagasaki dan hiroshima tu....

    ReplyDelete
  10. Harap2 Malaysia xde la jadi mcm ni kalau betul bertukar PM/ Kerajaan kan...risau la...kita nak hidup dengan aman...bukan nak berperang..

    ReplyDelete
  11. Bersyukur la kita tinggal di bumi aman tenteram ni..huhu..

    Farah..sorry yer..mangsa tag cheqkaq..:)

    http://cintaitupasti.blogspot.com/2013/02/big-giveaway-by-cikgu-fizi-fizgraphic.html

    ReplyDelete
  12. Mari kita sama2 berdoa supaya Malaysia dijauhkan dari peperangan...
    Begitu juga seluruh dunia...
    Janganlah ada Perang Dunia Ke-3 pulak...

    ReplyDelete
  13. Akak ada tgk dalam berita semalam. Seram nye...mintak d lindungi dari segala bencana.

    ReplyDelete
  14. nie semua bala dr allah..jepun dgn amerika tu sama2 jahat je..sekali allah dah turunkan musibah..kemusnahan dibalas dgn kemusnahan..baru mereka mengalah..jepun pernah leburkan pearl harbour amerika punya..pernah jajah tanah melayu..sekarang nie tunggu bala allah ke atas amerika & israel yg menghancurkan negara islam pula..apa yg allah akan balas nanti?

    ReplyDelete
  15. harap Malaysia sentiasa selamat daripada bencana yang tidak diingini berlaku

    ReplyDelete
  16. kesan bom ni mmg teruk..kesian kat baby yang lahir x sempurna tu

    ReplyDelete
  17. only you kak Farah,,,
    http://sherlyanna-angiela.blogspot.com/2013/02/untuk-farah-waheda-wahid.html

    ^^ hehe

    ReplyDelete
  18. zaman perang, zaman nuklear..menakutkan sangat

    ReplyDelete
  19. takut bila teringat kisah dulu. hope Negara kite kekal aman. Amin

    ReplyDelete
  20. apa bila geng korea mula main nuklear hehe ^^

    ReplyDelete
  21. nauzubillah min zalik....mintak2 semua ni tak berlaku

    ReplyDelete
  22. nauzubillah min zalik....mintak2 semua ni tak berlaku

    ReplyDelete
  23. masalah ni sy lihat lebih kepada politik...mcm biasa US ni kalau negara2 komunis atau islam mcm iran nak ada saintis nuklear pon dia dah panik semacam...ni kan pulak bila buat test senjata nuklear...

    sy tak yakin yg US takde senjata nuklear...senjata kimia pon diorg ada...cuma bila bab testing senyap2 cover...setiap senjata dan teknologi mesti kena test...

    apa yg tak best bila negara lain buat tak boleh, sedangkan kalau US buat takde sape pon nak dakwa diorg...

    ReplyDelete
  24. alahai..teringat sejarah time sek men dulu..sgt x minat..-.-

    ReplyDelete
  25. tragedi yg menakutkan menimpa doremon .hehehe :D cian la masa 2. .pnh baca sejarah. jepun lumpuh hmpr bbrapa dekad. .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !