Spontaneous Human Combustion (SHC)

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Entry yang di-upkan oleh sahabat blogger Blog 3 Dalam 1 di SINI telah menarik perhatian saya untuk mengali (ceh ayat mengali x hingat)... dengan lebih dalam (dalam ke? still buat research lagi ni) tentang Spontaneous Human Combustion ataupun dalam singkatannya lebih mudah SHC.

SHC adalah merupakan tragedi pembakaran manusia secara spontan dengan sendirinya menjadi abu tanpa sebab yang dapat di-justifikasikan secara jelas. Peristiwa ini masih dianggap sebagai salah satu misteri terbesar yang masih belum terjawab sehingga ke hari ini semenjak kejadian pertama pada 350 tahun dahulunya. 

SEJARAH SHC
Fenomena SHC pertama kali diketahui secara meluas oleh umum adalah dari seorang ahli anatomi Denmark yang bernama Thomas Bartholin. Pada tahun 1663, beliau menceritakan bagaimana seorang wanita di Paris telah ditemui menjadi abu dan asap di atas tempat tidurnya. Yang pelik dan aneh, tilam tempat berbaring tidak terbakar sama sekali. 

Pada tahun 1673, fenomena ini mulai mendapat perhatian yang cukup meluas ketika seorang Perancis bernama Jonas Dupont menerbitkan mengenai SHC yang mana maklumat dan fakta mengenai SHC dikumpulkan oleh beliau dalam sebuah buku yang berjudul "De Incendiis Corporis Humani Spontaneis". 

Bermula dari cerita Thomas Bartholin, paling tidak terdapat 200 laporan mengenai peristiwa misteri ini.

KORBAN2 TERNAMA
Pada 9 April 1744, Grace Pett yang berumur 60 tahun yang tinggal di Ipswich, ditemukan oleh puterinya dalam keadaan seperti "sepotong kayu yang termakan habis oleh api tanpa terlihat adanya lidah api di tubuhnya." Pakaian yang tergantung berhampiran mayat Grace Pett sama sekali tidak terlihat tanda2 hangus.

Pada tahun 1951, seorang janda berusia 67 tahun bernama Mary Reeser sedang berada di rumahnya di Florida. Pada ketika itu, seorang jirannya yang hendak berkunjung ke rumah Mary merasakan pintu depan rumah Mary menjadi panas. Ketika dia dan beberapa jiran lain menerobos masuk, mereka menemukan Mary sedang duduk di kerusi dalam keadaan yang mengerikan. Kepala dan tubuh telah terbakar habis dan hanya tinggal sedikit sisa tulang belakang dan kaki kirinya.

Pada 18 Mei 1957, Anna Martin, 68 tahun, yang berasal dari Pennysylvania ditemukan telah menjadi abu dengan hanya tinggal sisa sedikit bagi bahagian perut dan sepasang kasut. Para petugas medik menyimpulkan yang Anna Martin terbakar oleh api dengan suhu sehingga setinggi 2.000 darjah Fahrenheit, setara dengan suhu api yang digunakan dalam proses membakar mayat.

Pada 5 Disember 1966, seorang Dr yang bernama Dr. J Irving Bently yang berusia 92 tahun berasa dari Pennyslvania ditemui telah terbakar. Tubuh Dr Bentley terbakar di bilik mandinya dengan hanya tertinggal sisa sepotong kaki sahaja.

TEORI2
Ada banyak teori yang dikaitkan dengan penyebab peristiwa aneh ini. Teori2 ini pada awalnya diajukan dengan melihat pola yang ada pada para korban.

Dari 200 laporan SHC yang disediakan, tidak semua tetapi pada umumnya korban SHC memiliki beberapa persamaan iaitu:

1. Mereka memiliki kecacatan atau keterbatasan gerak tubuh. Wanita yang ditemukan di Brevard County, Florida yang diceritakan di atas memiliki masalah kesulitan untuk bergerak walaupun boleh berjalan.
2. Perokok dan peminum.
3. Orang2 yang kesepian atau hidup sendiri untuk satu jangka waktu yang lama.

Ada juga yang cuba untuk memberikan penjelasan secara ilmiah ke atas berlakunya SHC iaitu:

Alkohol
Kebanyakan korban SHC adalah alcoholics. Ada beberapa pendapat yang menyatakan bahawa seorang peminum alkohol dapat mencapai tahap di mana alkohol di dalam darahnya dapat membuatnya terbakar. Namun teori ini dianggap tidak solid kerana ethanol hanya dapat terbakar apabila konsentrasinya lebih besar dari 23%. Teori ini menjadi tidak masuk akal kerana jika manusia memiliki konsentrasi 1% saja di dalam darahnya, adakah dapat dipastikan orang itu akan mengalami kematian?

Wick Effect atau Efek Sumbu
Teori ini menyebutkan bahawa tubuh manusia ketika tersentuh dengan api rokok dapat menyebabkan timbulnya api yang membakar tubuh. Menurut para peneliti juga, lemak di dalam tubuh manusia berfungsi sebagai substance kepada pembakaran. Sedangkan pakaian atau rambut pula berfungsi sebagai sumbu. Lemak tubuh mencair kerana panas, ia membasahi pakaian dan membuat "sumbu" terbakar secara perlahan2. Ini sebabnya mengapa tubuh mereka terbakar sedangkan benda2 sekitarnya tidak.

Ketika teori ini diajukan, orang2 bertanya, bagaimana menjelaskan potongan kaki atau tangan yang tersisa dari tubuh badan mangsa? Jawapannya adalah tahap temperature pada tubuh mangsa. Ketika dalam posisi duduk, tubuh bahagian atas korban menjadi lebih panas berbanding kakinya. Analoginya adalah seperti ketika kita menyalakan api. Api akan membakar kepala dan perlaha2 turun ke bawah. Tapi biasanya api akan mati sebelum membakar habis seluruh benda itu sehingga tertinggal sisa sedikit benda itu.

Teori ini masuk akal, tapi boleh ke tubuh manusia cipta wick effect ni? 

Tindakbalas Statik
Teori lain mengatakan bahawa mungkin jenis pakaian mangsa telah memicu timbulnya tindakbalas statik. Seseorang yang berjalan di atas carpet dapat menciptakan aliran statik dan voltage yang cukup untuk menciptakan percikan2 api. Tapi teori ni dibantah, kerana walau voltage statik yang dihasilkan cukup tinggi, energy yang tersimpan sangat rendah, biasanya kurang dari 1 joule. Ini tidak cukup untuk memulakan api.

Psikosomatik
Sebahagian mangsa yang ditemukan meninggal adalah mereka yang hidup sendiri atau kesepian. Jadi menurut sebahagian dari peneliti, proses psikosomatik yang terjadi mungkin telah menimbulkan reaksi berantai dengan memproses nitrogen di dalam tubuh mereka dan menimbulkan reaksi berantai ledakan mitokondria. Teori ini juga dianggap terlalu tidak logik.

Gas dan Elektrik di dalam Tubuh Manusia
Dari antara semua teori yang diajukan, mungkin ini juga adalah teori yang boleh dikatakan masuk akal. Kita tahu bahawa tubuh manusia mengandungi elektrik dan di dalam tubuh manusia juga terdapat gas yang dapat menyalakan api. Contohnya adalah gas metana di dalam usus. Teori ini mengatakan SHC dapat terjadi ketika gas metana ini bercampur dengan elektrik di dalam tubuh. 

Tapi memang cukup ke gas metana dan elektrik pada tubuh manusia nak cipta api? 

HANGUS KERANA TERTIDUR
Teori yang paling sederhana. Menurut sebahagian orang, penyebab terbakarnya tubuh mangsa dapat disimpulkan dari ciri2 mangsa seperti yang telah dijelaskan di atas. Para mangsa yang ditemukan umumnya sedang merokok atau mabuk dan sendirian. Mangsa juga pada umumnya berusia lanjut atau memiliki kecacatan pada tubuh. Jadi ketika mereka tidur, rokok yang dipegang oleh mereka jatuh, membakar carpet dan akhirnya menjalar ke tubuhnya. Kerana mereka memiliki kecacatan pada tubuh, maka mereka tidak mampu menyelamatkan diri sehingga terkorban. Tapi teori ni dianggap mengabaikan fakta bahawa di tempat penemuan mayat mangsa, benda2 sekitar bahkan tempat tidur atau kerusi tidak ditemukan hangus sama sekali. Ini menunjukkan bahawa sumber api sepertinya berasal dari dalam tubuh mangsa, bukan dari luar.

KEJAHATAN TERANCANG
Teori ini mungkin sebab mereka2 dah malas nak fikir. Menurut sesetengah pendapat, kematian mangsa adalah akibat kejahatan. Tubuh mereka yang hangus adalah usaha dari sang penjahat untuk menghilangkan jejak.

*Akak ni dah pusing2 cakap2 dengan Kakak Google... ini je yang dapat dikongsi buat waktu ni... ^_^. Tapi scary and mysterious la jugak kan bila tiba2 badan terbakar dengan sendirinya. Apa pun, kita semua kena sentiasa ingat apa pun yang berlaku semuanya adalah kuasa Allah SWT... berlakunya sesuatu itu adalah dengan keizinan dan kehendakNya.... Wallahualam...

Credit: http://xfile-enigma.blogspot.com/2009/11/spontaneous-human-combustion-pembakaran.html

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Mengerikan + menakutkan...
    Pelik jugak kan dear...
    Kenapa mereka boleh terbakar begitu jak padahal tiada tanda2 kebakaran berlaku...

    ReplyDelete
  2. isk2...macam2 mitos ade.naseb kat malaysia xpernah jadi lagi. tapi kat malaysia nie kecoh2 pasal barang2 yang terbakar sendiri macam selimut ke langsir ke....pelik @_@

    ReplyDelete
  3. eeeee. .teringat lak crita supernatural. .pliknya. .

    ReplyDelete
  4. eeeee. .teringat lak crita supernatural. .pliknya. .

    ReplyDelete
  5. errrr kinda mysterious yet interesting..

    ReplyDelete
  6. So scaryyyyy......huhu....but nice info sis! baru tau pasal SHC ni. thank Q for sharing dis...btw, ada tag sis join segmen ni, hee

    http://seneoritabaharin.blogspot.com/2013/02/segmen-santai-blogger-bersama.html

    ReplyDelete
  7. Mcmtu ke..mintak di jauhkan lah...terbakar ke membakar..huhuhu. tq shre.rajin betul farah ni.

    ReplyDelete
  8. Teringat pulak cerita filem Thai tentang terbakar sendiri ni...pelik dan misteri

    ReplyDelete
  9. kalau dalam citer penyiasatan ni mesti satu pembunuhan terancang...hehe

    tapi 2000 fahrenheit tu takkan api rokok boleh sampai....melainkan bilik dia kedap udara dan bertekanan tinggi....haishhh detektif konan mesti ada jawapan ni....

    ReplyDelete
  10. kalau tengok pada teori-teori dia tu memang menyeramkan Farah.....
    so bersosiallah kita hehe

    ReplyDelete
  11. baru tahu pasal ni. thanks akak share info bagus ni :)

    ReplyDelete
  12. good info kak farah..thanks for sharing..klu terjadi kat org melayu mesti cari tok bomoh nak berubat kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !