Neighbour by the Fence

Farah Waheda Wahid
15
Source Extracted from Google
"Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak2 yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki." (an-Nisaa': 36)

"Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam" (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hidup berjiran kita hendaklah ziarah-menziarahi (tapi bukanlah bertunggu bertangga kat rumah jiran ek?), memberi salam kepada jiran, berbaik sangka, bertolak ansur, hormat menghormati, bermanis muka, bertegur sapa, bermaaf2an, menutup keaiban jiran, memelihara pandangan ke rumah jiran, mendoakan kebaikan jiran dan membantu jiran di dalam kesusahan. 

Hidup bermasyarakat ni, jiran adalah orang yang terdekat dengan kita selain dari keluarga kita, dan hormat-menghormati sesama jiran tu memang perlu. Sebab kita ni semua hidup dalam komuniti bukannya hidup sorang2. Bila sakit pening atau kita dalam kesusahan di rumah, siapa lagi yang paling dekat yang nak diharapkan kalau x jiran tetangga yang ada sekiranya x ada sesiapa kat rumah ketika kejadian2 itu berlaku. Ambil tahu tu penting tapi x ada la ambil tahu sampai perkara yang x relevan betul x? Semua tu memang x dinafikan.

Tapi macam mana ek kalau jiran yang "terlebey sudah"? Apa perasaan uols bila mana:

Situasi 1:

Jiran kita sentiasa memerhati gerak geri kita, movement kita, apabila setiap kali kita nak keluar ke mana2 dari rumah dan juga pulang ke rumah. Tegur sapa tu x salah kan? Tapi kalau mengintai di sebalik langsir "sliding door" ataupun di sebalik tingkap bilik atas dengan lampu yang terbuka di bilik dan jelas kelihatan, apakah maknanya itu? Pas tu esoknya bila nampak kita, tanya soalan yang macam2...dengan penuh sifat ingin tahu.... 

Situasi 2:

Bila mana kita pulang dari sesuatu tempat, baru je turun dari kereta - adalah bawak few plastic bags or paper bag... Tiba2 jer jiran kita meluru keluar, tanya soalan2 cam rancangan realiti tv "Who Wants to be a Millionaire?" yang semestinya menuntut jawapan dari kita.... Contoh soklan2 maut tu... beli apa tu? beli kat mana tu? berapa banyak beli? harganya berapa? siapa yang bayar? 

Sekali dua kali mungkin la kita rasa biasa jer... Tapi bila dah kerap sangat...Selesa ke? 

Apa pun, di dalam kita mengharungi kehidupan bermasyarakat, jiran adalah orang yang terdekat dengan kita dan menjaga adab berjiran adalah satu kemestian dan amat2 dituntut di dalam Islam. 

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. jiran yg nyebok sgt ni pun annoying.. oh teringat... hahaha

    ReplyDelete
  2. Jiran mcm ni sgt2 annoying..sib baik duk condo...x de yg busy body...

    ReplyDelete
  3. x suka jiran yg kepoci sangat..hehhe..selamt petang farah

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah jiran2 sy tak macam tuh

    ReplyDelete
  5. dlam dunia blog pun kite leh ziarah2 antara satu sama lain

    ReplyDelete
  6. setakat nik duk berjiran, semua jiran baik2 jea. tak ada la duk menyibuk hal kita..hehe

    ReplyDelete
  7. jiran yang terlalu bz body tu yang x bape nak selesa huhu. rimas pulak

    ReplyDelete
  8. hehehe betul tu...byk sgt ahli mesyuarat tingkap dalam masyarakat melayu ni....sekadar tanya kabar cukuplah...takyah la tanya beli apa dsb....haha

    ReplyDelete
  9. Myu memahami...
    Pernah ada jiran mulut cam longkang.. huhu

    ReplyDelete
  10. ramai jiran yang cmtu skang..huhuhuhu..rimas pon ade kadang2 tu

    ReplyDelete
  11. Sebab suka bertanyakan Farah so okje kena menyorok dalam rumah je intai dibalik langsir tingkap haha

    ReplyDelete
  12. adab berjiran memang camtu..semua dia nak tau..nak gi buang sampah pon tanya nak gi mana..dah tau ada plastik sampah kat tangan masih tanya lagi..tak faham2..kdg2 muak juga bila ditanya selalu kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !