Lelaki Tahu Memasak... Kemestian atau Kelebihan?

Farah Waheda Wahid
26
Source Extracted from Google
Huh...asyik cerita pasal masak jer minggu ni... Ferasan x uols? Siapa2 yang rajin bertenggek kat sini ferasan lettew.... Terfikir jugak ni... aik...pekene dengan haku ni? Asyik up entry pasal masak jer...tau la suka memasak kan? Tapi x yahlah over sangat...wakakakaka.... Occay2 promise...minggu ni entry ni last citer pasal masak dekat uols... 

Lelaki tahu memasak... kemestian atau kelebihan? Ekekekeke.... ^_^.... 

Untuk Yang Dah Berkahwin

Kemestian sebab...takkan ler tau nak makan jer kan? Sekali-sekala kalau kaum Hawa nak berehat dari duduk dan buat kerja2 di dapur...orang lelaki la pulak take over...ala...masak yang simple2 pun occay jer... Orang perempuan pun nak rasa jugak air tangan orang lelaki...asyik lelaki jer rasa air tangan orang perempuan... Dan orang perempuan pun nak merasa jugak duduk kat ruang tamu tengok tv sambil orang lelaki memasak kat dapur...nak test market best ker tak jadi orang lelaki... oopss don't get me wrong ek... menguruskan rumah tangga masih tanggungjawab bersama... Kadang2 benda macam ni perlu dalam perkahwinan so we could understand each other role and feelings better...mana tau boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri? 

Selain tu, kenalah kan? sebab dibuatnya isteri2 memasing ada course ker, ada training ker... untuk satu jangka waktu yang panjang, as example, 1 week ker...2 weeks ker... takkanlah abang2 semua nak hangkut anak2 hari2 makan kedai? Sian anak2 x dapat makan masakan home cooked... So, why not kan? Abah, daddy, papa, ayah, walid, baba turun padang sekali-sekala masak dan bagi anak2 rasa masakan uols pulak... ^_^ Senang hati isteri anak2 tinggal dengan suami...sekurang2nya makan minum mereka terjaga...tak adalah x tentu arah... 

Lagi satu, kalaulah si isteri tu dalam pantang... lelaki kenalah masak kan? takkan hari2 lelaki nak makan kedai? lepas tu, takkan lah lelaki nak makan makanan orang dalam pantang...ada lelaki x kisah kan? baguslah...tapi mesti isteri2 masing2 x menyampai hati tengok suami masing2 makan macam makanan orang berpantang hari2.. sedangkan boleh jer kalau diaorang nak makan apa pun... tapi kalau sama2 berpantang tu romantik jugak tu...ekekekekeke.... same reason jugak...takkan ler anak2 yang lain (if ada) ikut join sama makan makanan orang berpantang jugak...sian pulak tengok diaorang... 

Untuk Yang Belum Kahwin Pulak

Firstly, kalau stay kat rumah ngan parents, kalau parents x sihat... siapa nak masakkan bubur nasi untuk diaorang...Kebetulan pulak adik beradik perempuan x ada di rumah... uols jer yang tinggal... you've got no choice but still have to cook... Memang ler Bubur Nasi Mc'D tu ada...tapi orang tua ni manalah ada selera nak makan bubur nasi tu...besides bubur nasi MekDi tu... cam air kot? cair sangat... Kalau x makan bubur pun, makan nasi biasa dan lauk biasa.... hu hu hu... tak kan nak punya orang2 tua ni makan masakan kedai... Ada yang x kisah...tapi majority orang2 tua lebih suka makan home cooked food.... 

Kalau yang duduk rumah sewa bujang pulak...vah vah vah... meriahnya siang malam makan kedai... tapi kadang2 tu mesti teringin jugak nak makan masakan rumah kan? Nak balik kampung jauh... yang rumah parents dekat tu x der hal la... Or bukan sebab teringin nak makan masakan rumah...tapi poket yang dah mula nak koyak rabak bila tengah2 bulan or cukup bulan nak tunggu gaji... mestilah nak kena masak untuk jimat duit kan? (lebih2 lagi yang tengah kumpul duit nak kahwin tu...ekekekeke)...takkanlah setakat masak simple2 pun x bley? Masak Maggi pun kira masak jugak... 

Tu sebab lelaki x boleh tidak mesti kena tau masak... ^_^

Kelebihan apabila... lelaki tu memang pandai masak... dan semua masakan mereka adalah marvellous...Memang extra package ler pada perempuan... heeee... Tambah2 lagi kalau masakan lebih bagus dan sedap dari perempuan... Oh my... Yummylicious... Bolehlah uols ajar isteri2 uols memasak kan? Since you dah expert...Tak pun kalau dua2, husband and wife pandai masak...wah...mesti x boring masakan2 yang dihasilkan...sebab mesti ada kepelbagaian menu.... 

*Tak dinafikan zaman sekarang ni, ramai lelaki lebih pandai masak berbanding orang perempuan kan? ^_^ ... Perempuan pun ada jugak yang nak masak air pun x reti... Hu hu hu... Tapi bukan kita2 la ek kakak2 manis dan adik2 manis...kita x kan? x kan? In reality... masak memasak merupakan salah satu kemahiran hidup yang harus diketahui oleh setiap MANUSIA... ^_^

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. emestian la lelaki kene pandai masak skrg ni sebab zaman ni perempuan ramai yg tak pandai masak huhu..

    mohon kene terasa sapa yg x pandai masak ,sebab korang kena la pandai masak sbb lelaki suka air tgn masakan istri hehe :D

    ReplyDelete
  2. haha.. nice entry ni.. sbnrnya, bg saya, kalau dh khwin suami wajib tahu masak dan wajib memasak sekali sekala, sbb mmg tggjwb suami bg isteri makan.. isteri memasak utk suami hukumnya sunat saja... bg yg lum khwin, wajib belajar memasak... tapi kalau tgk kt tv n kedai, lelaki lagi terer msak dan jadi chef dan mskn diorg lagi sedap kan...

    ReplyDelete
  3. hahaha. kalau dapat, bonus lahhh~ :D. lelaki memasak kan seksiii. woot woot.

    ReplyDelete
  4. Farah... jangan haraplah my arjuna nak masak...memang tak pernah dan tak akan...hehe...sanggup beli heehe..tak minat dia tu..

    Sapa yg lum bersomi tu apa lagi cari Chef...senang hidup huhu

    ReplyDelete
  5. hehe, kalau dapat lelaki yg pandai masak tu mmg extra package la, hehe, setuju sgt dgn entry akak ni.. :D heee..tp skrg ni betul la kan, ramai dh lelaki pandai memasak n masakan diorang mmg sgt sedap kan..hee

    ReplyDelete
  6. cik abg akak tu x tau la pandai ke tak masak..hehehehe...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah lelaki yang pandai masak menjadi suamiku....bhahahaha~ AMIN
    *nie mengadu nasib ke hape :p

    ReplyDelete
  8. kemestian and kelebihan.. hehe
    cm kak farah cakap.. esok2 kalau dlm pantang camana kan? hehehe

    tapi memang kelebihan la kalau lelaki tu pandai masak.. hehehe.. pas kawen kompom2 bini y makin bulat! hehe

    ReplyDelete
  9. hihih..mesti akak amik mood nk memasak kot..tu entr masak memasak tu.. :)) tp ada abg ipar ayut mmg tak reti masak.klu bt air tu tahu la...tp memasak mmg tak reti..tu dia kurus je tu..opss.. :D

    ReplyDelete
  10. skun ni lelaki mesti n boleh masak..xyah lah nak masak terer mn pun jdlah tuk hidang tuk anak isteri..yelah kot isteri sakit penat..boleh suami take over..dah xde istilah pompuan dok kat dapur jek hehehehe

    ReplyDelete
  11. oppss..nasib la suamiku dlm dolongan suka masak jgk..hihi..skali skala dpt jugak rehat..

    ReplyDelete
  12. Tak kemestian kot tapi satu kelebihan..suami pandai masak bagus sebab boleh tolong isteri sama2 buat kerja rumah. Baru romantik..hehe.

    ReplyDelete
  13. lelaki pandai masak 1 kelebihan yg menyenangkan isteri sekali sekala..haha..lelaki ni kalo terer masak mmg sedap tau.. lg sdp dari pompuan masak.. chef2 pun ramai yg lelaki kan.. =)

    ReplyDelete
  14. Yg dah kawin tu suami harus pandai masak..setakat masak nasi tu ok suda tu...sian bini sorang2 buat keja di rumah....

    ReplyDelete
  15. nasib baik si dia pandai memasak...ehem....

    ReplyDelete
  16. nk cri lelaki pandai masak lah..untung2 leh tolong kita ..bukn thu mkn je :D

    ReplyDelete
  17. Hohohooo..!! Setuju sngat2..! Kalau pu3 nk suami yg pndai masaka supaya bila pu3 xda kat umh gi kerja nnti, bleh dia msak sendiri. X payah susah2 nk tnggu pu3 balik.. :D

    ReplyDelete
  18. kelebihan..tu...pmpoan boleh la relax x pyh penat2 masak kalo dua2nya bekerja.. boleh buat jadual.. berganti2 masak suami isteri hehehe

    - Admins Blog 3 Dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. sekarang lelaki ramai yg dah pandai masak..terasa kagum pulak hee

    ReplyDelete
  20. kena bezakan tahu masak dan rajin memasak...kwn2 lelaki sy yg pandai masak kebanyakannya tak masak kat rumah...haha pasal diorg malas nak masak....tapi kalau yg jenis rajin tu mmg takyah suruh asyik nak masak je kejenya...

    tapi setuju jugak dgn pendapat sekali sekala suami masak isteri rehat tu...cuma sekali sekala pon boleh juga suami suruh isteri tukar lampu ke, buat keje2 plumbing ke, repair pintu ke...betul tak? :P

    ReplyDelete
  21. bab memasak ni bukan la kje lelaki semata-mata..lelaki pun kena la tahu juga kan..tak la time emergency dapo pun senyap snyi je..hehehe

    *dah remind en.tunang after maried* :p

    ReplyDelete
  22. Kan best kalau saya dapat bakal suami yang pandai masak..heheh..senang hidup. kalo tak sihat, dia boleh masak untuk saya

    ReplyDelete
  23. Untung la klw dpt suami yg pandai masak. Tp sllnye lelaki yg pandai masak ni cerewetkan.

    ReplyDelete
  24. bila dah kahwin satu kemestian..kalau isteri sakit..anak2 masih kecil macmna nak makan..

    ReplyDelete
  25. Abah iha pandai memasak, tapi dia akan tunjuk skill bila mak ada hal tertentu sahaja.. teringat masa mak balik kampung dulu (iha umur 8-9 tahun kot) abah masak nasi goreng..

    lepas makan iha terus menangis, bila abah tanya kenapa, iha jawab sebab pedas sangat, dan ini jawapan abah:

    "Ehh takkan la pedas kot.. abah letak 30 biji cili api je.." haha, meraung tak berlagu le jadinya.. :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !