Source Extracted from Google |
Ringkasan dari pembacaan di ILuvIslam untuk dikongsi bersama-sama uols... ^_^
Walau apa juga ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad.
Yakinlah dengan janji Allah. Biar kita miskin, biar kita buruk, biar
kita cacat asal hidup mendapat berkat.
Fikirkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang
diberikan. Begitu juga sebaliknya, setiap kelebihan itu pasti ada
kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri, kerana percayalah
setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan
tertentu. Ingatlah, Allah menciptakan manusia dengan segala kelebihan
dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak
mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi, macam
yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan
begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas,
janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu
hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang
kita pernah hina dulu. Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah
pengakhiran dan penghujung dunia. Sebaliknya, bersyukurlah kerana suatu
saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan
kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki yang merupakan
kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat
memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu
satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan,
simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah
dengan setiap kurniaannya, kebaikan mahupun keburukan.
Beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak
kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan
sabar dengan ujian yang diturunkan.
TQ akak share benda ni..kdg2 rsa jugak x bersyukur tu..huuee
ReplyDeleteAlhamdulillah... X rugi pun kalau kita nk ucapkan kata syukur tu.. Kan..?? :D
ReplyDeleteBila kita syukur, kita akan rasa terlebih cukup dengan apa yang kita miliki, dok gitu.. :D
ReplyDeletekadang2 that kind of feeling membelenggu diri tau...but honestly we have to wake up...open our mind..berubah..kalau x..tahap itu jer kita..mcm akak..akak selalu jadikan apa yang x mampu akak miliki tu satu target...mesti achieve walau lambat..x gitu adik manis?
ReplyDeleteStuju skali.. semoga kita sentiasa menjadi org yg bersyukur..
ReplyDeleteyeahhh hidup mesti optimis.. Allah berkehendak menurut sangkaan hambaNYa.. :)
ReplyDeleteNice entri ~ In Shaa Allah najihah akan bersyukur aelalu ;) kihkihkih
ReplyDeleteNice entri sis ;)
ReplyDeleteBtw In Shaa Allah najihah akan selalu bayukur lepas nie :) AMiN ~
andai ku terlupa tolong ingtkan aku, andai aku lali tolong sedarkan aku, andai aku terjatuh tolong bangkitkan ak dan andai aku tersungkur pimpim lah aku
ReplyDeletesetiap orang ada kelemahan & kelebihan masing2. kan
ReplyDeleteKalau nak compare-compare dengan org lagi atas dari kita, mmg kita takkan bersyukur pun kan.. so, kite kena pandang org yang kurang dari kita, biar kite reti erti bersyukur dan saling bantu membantu..
ReplyDeleteKalau nak compare-compare dengan org lagi atas dari kita, mmg kita takkan bersyukur pun kan.. so, kite kena pandang org yang kurang dari kita, biar kite reti erti bersyukur dan saling bantu membantu..
ReplyDeleteSangat setuju Farah.... tapi ada ketikanya kita tewas
ReplyDeleteMacamana tu? hehe..
Lihatlah orang yg dibawah kita....barulah kita akan belajar rasa bersyukur....
kdg2 mmg akan rasa ada kekurangan pada diri. tapi mmg takkan lupa bersyukur dgn setiap apa yg ada
ReplyDeletesalam kakak fatah..betul tu. ada siang ada malam . ada kurang ada lebih . :)
ReplyDeletesalam kakak fatah..betul tu. ada siang ada malam . ada kurang ada lebih . :)
ReplyDeleteBetul tu farah.jgn kita mudah leka.sentiasa brsyukur
ReplyDeleteBetul tu
ReplyDeletebetul...sy setuju 500%...perkongsian yg baik dan bermotivasi...
ReplyDeleteSangat membantu!sebab semalam down sikit mood ni, gara2 ade org yang selalu merendah2kan org lain..huhu..thx farah!
ReplyDeletekekurangan dan kelebihan semua atas pemberian allah..sentiasa bersyukur dgn pemberian allah...
ReplyDelete