It's Chap Goh Mei Ma...

Farah Waheda Wahid
11
Source Extracted from Google
15 hari selepas Chinese New Year adalah merupakan hari Chap Goh Mei. Perayaan Chap Goh Mei ni disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar2an, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. 

Source Extracted from Google
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba  cantik dan mengunjungi kuil/tokong untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secocok. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Which is, Chap Goh Mei ni juga dianggap sebagai Chinese Valentine's Day. Traditionally, ia menandakan gadis itu masih single & available for marriage... Penuhlah sungai2 dan laut dengan buah limau macam ni...

Source Extracted from Google
But then, now a days... dah canggih manggih kan? So akan terjumpalah kita,limau2 yang berupa cenggini... 

Source Extracted from Google

Source Extracted from Google
He he he... siap nama dan no telefon.... x pun letak jer alamat e-mail or url blog... Mungkin express sikit kot macam tu dapat jodoh. Apa-apa pun kita orang Islam x yah la nak sibuk2 nak lontar sama ek... Itu kepercayaan dan amalan agama mereka... Hormati seadanya sudah memadai...sepertimana kita nak mereka hormat pada agama kita juga. Hormat-menghormati kan amalan mulia. 

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei. Persembahan2 itu adalah seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

*To any Single Chinese Lady out there... selamat bertemu jodoh kay... ^_^ All the best di dalam pencarian anda...

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. cantiklah yang limau banyak2 atas air tu

    ReplyDelete
  2. selamat hari cap goh mei akak cantik... kila nak siap2 keluar, nk beli limau sekotak pastu campak kat laut :p

    ReplyDelete
  3. dah puluh tahun hidup baru saya tahu chap goh mei ni kena buang limau dalam tasik utk single ladies. hehehe.. kemain haaa carik jodoh cara senang siap tulis nama and phone.. bagus jugak idea ni kan :D

    ReplyDelete
  4. perayaan yang unik kan....Happy Chap Gih mei to all chinese friendsss

    ReplyDelete
  5. setuju.kita tak perlu percaya tapi kena hormati agama mereka kan

    ReplyDelete
  6. Masa sekolah dulu, kawan2 saya yg chinese dok berangan nak cari pasangan..mmg kelakar tp itulah budaya mereka

    ReplyDelete
  7. hehehe tak menahan siap bg email....

    ReplyDelete
  8. Patut pun malam tadi mercun berdentam dentum....kat rumah OKje ni...macam berperang!

    ReplyDelete
  9. eh??mlm mencari jodoh ea mlm tu..bru tahu ni...hihihi.akak ni.siap tngl url blog mmg hebat sungguh tu... :D

    ReplyDelete
  10. waaa...akak leh join ni kan adik manis? mana tau dapat jodoh hensem mcm Lee Hom..hahahahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !