Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...Jangan sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak akan dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya . Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu berterusan sehingga ke akhirnya...
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal. ..
Begitu juga, jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan orang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga akan menyesal....
nice entri..penah baca madah2 ni seblm ni.. thanks for sharing... ;)
ReplyDeletenice sharing adik manis..suka sgt2 entry ni..dapat forward ke cik abg best ni...
ReplyDeletesuka madah ni . banyak pengajaran .
ReplyDeleteemm menariklah, perumpamaan yg sgt dkt dgn kt, 3 elemen alam yg mmg serasi dgn kt :)
ReplyDeletemaksud mendalam kata2 ni. di tujukan pada someone ker..hehe
ReplyDeletesedihnya baca perumpamaan ini..sbb hati ini telah dilukai. ada org tu berjanji nak terima diri ini seadanya tetapi semua janjinya dusta belaka. akhirnya daddy ditinggalkan terkapai2 di lautan sepi. huhuhuhu
ReplyDeletewah berfalsafah ni...hehe
ReplyDeletepaling suka yg bab nasi tu...:)
Nice :)
ReplyDeletePendekatan yang sangat dekat dengan kita :)
very nice share farah..thanks for sharing ni..membuatkan yaya termenung sejenak..
ReplyDeletepadat dengan kata kata semangat dan nasihat...
ReplyDeleterasa bersemangat semula!
suka entry nie..inspirasi dlm percintaan..:-)
ReplyDeletepenuh dengan pengajran .
ReplyDeletein shaa ALLAH.akan menghargai semuanya