Ikan, Air dan Nasi

Farah Waheda Wahid
12


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...Jangan sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak akan dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...


Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya . Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu berterusan sehingga ke akhirnya...


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal. ..

Begitu juga, jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan orang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga akan menyesal....

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nice entri..penah baca madah2 ni seblm ni.. thanks for sharing... ;)

    ReplyDelete
  2. nice sharing adik manis..suka sgt2 entry ni..dapat forward ke cik abg best ni...

    ReplyDelete
  3. emm menariklah, perumpamaan yg sgt dkt dgn kt, 3 elemen alam yg mmg serasi dgn kt :)

    ReplyDelete
  4. maksud mendalam kata2 ni. di tujukan pada someone ker..hehe

    ReplyDelete
  5. sedihnya baca perumpamaan ini..sbb hati ini telah dilukai. ada org tu berjanji nak terima diri ini seadanya tetapi semua janjinya dusta belaka. akhirnya daddy ditinggalkan terkapai2 di lautan sepi. huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. wah berfalsafah ni...hehe

    paling suka yg bab nasi tu...:)

    ReplyDelete
  7. Nice :)
    Pendekatan yang sangat dekat dengan kita :)

    ReplyDelete
  8. very nice share farah..thanks for sharing ni..membuatkan yaya termenung sejenak..

    ReplyDelete
  9. padat dengan kata kata semangat dan nasihat...

    rasa bersemangat semula!

    ReplyDelete
  10. suka entry nie..inspirasi dlm percintaan..:-)

    ReplyDelete
  11. penuh dengan pengajran .

    in shaa ALLAH.akan menghargai semuanya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !