Februari Bulan Berkasih Sayang?

Farah Waheda Wahid
16
Source Extracted from Google
Hari ni dah 11 Februari 2013, bermakna lagi 2 hari lagi 14 Februari 2013 iaitu sambutan Valentine's Day dan pada setiap tahun it has always been declared yang bulan Februari adalah bulan berkasih sayang. Siapa yang sambut Valentine's Day ni? Saya terus terang cakap dari dulu zaman2 ber-boyfriend sampailah sekarang dah bertukar status bersama betterhalf... x pernah pun nak sambut V-Day dengan pasangan saya... Tengok kawan2 masa sekolah2 dan uni dulu adalah... Diaorang dapat flowers, chocolates.... he he he... saya x derlah sebab x der boyfie... Dulu x femes...

Why? Saya x pernah celebrate V-Day? Sebab saya pernah came across an article and read through Wikipedia yang dikatakan ada 3 pendapat tentang V-Day ni... 

Pendapat Pertama
V-Day dikaitkan dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. 2 hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama2 gadis2 yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini, mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susus. Setelah itu akan diadakan perarakan besar2an yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut2 untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. 


Pendapat Kedua
V-Day dikaitkan derngan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ni.

Versi Pertama
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta diseksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Claudius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan2 penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Claudius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St. Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai 1 pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.


Versi Kedua
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Claudius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda2 Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Claudius II lalu beliau mengarahkan St.Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan "From your Valentine" (Daripada 'Valentine' mu). Maka orang2 Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. 


Pendapat Ketiga
Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14 Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.


Walaupun pendapat berbeza2 pasal V-Day ni, kat sini kita dapat lihat dengan jelas yang asal-usul sambutan V-Day x ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Bulan Februari je ker bulan berkasih sayang? I don't think so... Sayang, x perlu sentiasa diucapkan, tetapi perlu ditunjukkan, biar maksud dalam hati itu sampai ye tak? Sebab sayang ni susah nak dihuraikan sebenarnya...terlalu complicated... Bukan bulan Februari jer yang perlu nak berkasih sayang...bulan2 lain pun  kita mesti berusaha untuk mengekalkan atau memantapkan kasih sayang tu... Kalau nak tunggu Februari jer baru nak berkasih sayang...alamatnya fengsan ler nak menunggu untuk menunjukkan kasih sayang kita pada orang yang kita sayang dan kasih sayang orang lain ditunjukkan kepada kita... jawapannya hambar la sesuatu hubungan tu... and we are putting our relationship at risk... macam2 boleh jadi kalau nak tunggu sampai setahun baru nak tunjuk how we appreciate someone so much in our life ye tak? 

Kasih sayang tu kena pupuk... bukan hanya pada waktu2 tertentu jer nak tunjukkan kasih sayang... lebih2 lagi suami isteri... hua hua hua... keep your relationship interesting and full of joy and fun...respect each other... trust each other... support each other... kasih sayang tu sentiasa perlu dipupuk... dan sentiasa perlu berkasih sayang...However, kalau nak tunjuk kasih sayang tu, x yahlah over sangat and terlebey2 sangat sampai orang sekeliling alam naik meluat tengok tingkah laku kita dan pasangan kita... To those yang belum halal... lagilah banyak yang nak kena jaga...jangan sampai melebihi landasan serta batasan2 yang telah ditetapkan oleh agama ye tak? Kalau x nanti... jadi buah mulut orang dapat...dosa pun dapat... masalah pun dapat... 

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. even tiey pun ada boyfie tapi tak la sampai sambut v day , and xpernah pun dalam seumur hidup :)

    ReplyDelete
  2. wah ada byk versi ye hari valentine ni...hehe...nice info....

    ReplyDelete
  3. Tq share, x ada pun yg brmotifkan keislaman jelas2 haram disambut.

    ReplyDelete
  4. Najihah pom xpernah sambut v" day nie ~

    Anniversary sambutlaaa jugak : makan2 g2 ;)

    ReplyDelete
  5. Setiap bulan, bulwn berkasih sayang dik... insya allah cinta sentiasa mekar tanpa batasan hulan..

    ReplyDelete
  6. x pernah sy sambut V-day ....x bekenan langsung hari V-day ni...

    ReplyDelete
  7. I never celebrate vday as well.. Apa kelas celebrate vday.. Hahaha. Make everyday special lah kn kalau cinta sgt, tak perlu tunggu vday ;D

    ReplyDelete
  8. Setiap hari, bulan, tahun adalah hari berkasih sayang.....tq share :D

    ReplyDelete
  9. wahhh ! baru tahu bulan berkasih sayang...ahaks

    ReplyDelete
  10. tak payah dok ikut mat saleh...islam menganjurkan cara berkasih sayang dgn cara yg cukup sempurna..

    ReplyDelete
  11. hari valentine day haram di sambut umat islam..

    klu yg dah sambut tu bawak2 bertaubatlah sebelum allah laknat..

    nie article untuk kak farah..minta maaf la coz saya tag kak farah..:-)

    http://seribupilihan.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-tambah-followers-blog-by_12.html

    ReplyDelete
  12. <3 x sbr nk jumpa org tersyg hahaha

    Panduan SEO Versi Melayu, Teknik Jana 6000 Trafik Sehari Di Blog Anda - Tips SEO Terbaik
    Klik Sini ! Klik Sini ! Klik Sini !

    Cara Lajukan Internet Di Rumah – Teknologi
    Klik Sini ! Klik Sini ! Klik Sini !

    Jomlah Sertai Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1
    Klik Sini ! Klik Sini ! Klik Sini !

    ReplyDelete
  13. xprnh smbut v day nih sbb tau hukumnya

    ReplyDelete
  14. sama mcm Mimi..tak pernah sambut V day..
    berkasih sayang biarla setiap hari..

    ReplyDelete
  15. x sambut..dan xde istilah hari berkasih sayang dalam hidup akak..sedey..

    ReplyDelete
  16. Hari-hari VD..tak payah tunggu 14 Feb

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !