Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434H/2013

Farah Waheda Wahid
7

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. 

Imam Syafie Rahimahullah berkata: "Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain2 kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat."

Kenapa kita sambut Maulidur Rasul? 
  1. Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
  2. Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
  3. Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan. 
  4. Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
  • Beribadah dan mentaati Allah SWT
  • Ketinggian akhlak dan budi pekertinya
  • Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah
  • Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya
  • Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya
Amalan Sunat Maulid Nabi

Daripada membiarkan hari berlalu begitu sahaja, adalah lebih baik kita melakukan:
  1. Puasa sunat
  2. Mandi sunat
  3. Berziarah ke makam Rasulullah SAW (sekiranya berada di sana lah...atau pergi ke sana)
  4. Mengerjakan amalan2 mulia
  5. Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW
  6. Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat
  7. Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara2 seperti perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW, syarahan sirah Nabi, forum agama dan perpaduan, marhaban, jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Fadhilat Maulidur Rasul

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
  1. Berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
  2. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud akan diperolehi oleh orang yang mengadakan majlis dan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.
  3. Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi SAW, nescaya Allah SWT akan menghindarkan kekeringan serta kemarau, menghilangkan kecelakaan, bala serta penderitaan, menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan serta kecurian, memudahkan menjawab soalan2 Mungkar dan Nakir apabila mati kelak, ditempatkan bersama orang2 yang benar di sisi Allah SWT.
  4. Rumah atau masjid atau tempat2 yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi SAW akan: Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka, malaikat2 melindungi ahli2 tempat itu, malaikat2 yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang2 yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu.
  5. Rasulullah SAW bersabda "Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."
  6. Sayidina Abu Bakar As-Siddiq RA berkata: "Sesiapa membesarkan Maulud Nabi SAW, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga"
  7. Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: "Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi SAW sesungguhnya dia diberi 1 kebun daripada kebun2 syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah SAW."
Wallahualam bi sawab. 


*Salam Maulidur Rasul 1434H peeps... ^_^ ... Selamat Bercuti!

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. salam maulidur rasul. byk kelebihan sambutan maulidur rasul kan

    ReplyDelete
  2. Sama2la kita menghayati sirah nabi dan memperbanyak kan salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W

    ReplyDelete
  3. salam maulidur rasul dear..Cuti ke??

    ReplyDelete
  4. Sollu 'ala Nabiyyuna wa Habibuna wa Maulana Syafi'una :) merindui baginda.. smg kt dapat bersama-sama baginda kat sana nanti ^^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !