Hani, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid2nya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokkan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing2. Ada yang membawa 3 biji, ada juga 5 biji dan yang paling banyak 8 biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Hani.
Kanak2 tersebut menyimpan pisang masing2 di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik2 dan akhirnya menjadi busuk. Kanak2 itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi2 lagi murid2 Hani sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okay semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Hani. Semuannya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu?" beritahu Cikgu Hani.
Cikgu Hani mengingatkan anak2 muridnya supaya membuang jauh2 perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci...!
wah terbaik la cikgu hani...
ReplyDeleteBestnya cite ni Farah....byk pengajaran ni...boleh cite kat anak okje pulak...
ReplyDeletefirst time fisya baca kisah yg sis tulis tu .
ReplyDeletepenuh pengajaran dari kisah ini..semoga kita juga jauh dari sifat benci dan murah dgn sifat kemaafan..
ReplyDelete@Hatimi Tahiruddin:
ReplyDeletex nak tanya ke Cikgu Hani tu melets ke x? ekekekeke....
@hainom OKje:
silakan2...ekekekeke...
@afisya afida:
^_^
@Kasih Salina:
amin...semoga kita dijauhkan dan dimurahkan... itulah yang sebaik2nya...
waaaa terbaik :) ada ke teachers berani nak try ths out in their teaching.
ReplyDeleteCikgu Hani terbaik la..
ReplyDeletesatu pengajaran yang sangat baik untuk murid2nya..
anak2 muridnya tentu ingat sampai besar nanti..
pisang hati? lol pelik tajuk tu
ReplyDeleteJomlah Sertai Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1
Klik Sini !
nice story.! ^_^
ReplyDeletegood sharing...boleh share ngan Dania ni..;)
ReplyDeleteterbaikla cikgu hani
ReplyDeletepasti anak2 murid dia akan igt sampai ke tua
bagus lah cikgu hani ni, cikgu ni ngajar sekolah amana? nak antar anak berguru dengan dia lah...LOL!
ReplyDeleteKisah yang bagus..penuh pengajaran..tapi ade ke budak tadika ikut ckp cikgu hani ni?bawak pisang ke mana2 sahaja pergi selama seminggu..hihihihi
ReplyDeleteBestnya ceritanya..
ReplyDeleteMesej yg baik dan sesuai utk srmua Peringkat usia...
ooo...tu la fungsi ye bwak pisang...bgus cikgu hani...hihihi
ReplyDelete