Pekung Di Dada

Farah Waheda Wahid
9
Source Extracted from Google
"Aku x boleh tidurlah semalam, orang rumah aku tidur asyik berdengkur, tensionlah. Orang lain pown nak tidur juga, ingat dia saja ke? Mujur dekat umah mak, kalau x confirm dah tidur luar. Ha ha"

Ada status2 FB, Twitter, post di forum atau entry blog seseorang yang mengeluh tentang sikap isterinya/suaminya yang tidak menyenangkan. Ketika kita sedang duduk bersama teman2 kita bersantai janganlah jadikan keburukan isteri/suami masing2 sebagai topik untuk berbual. Memang menceritakan kepada orang lain cukup menyenangkan bagi seseorang tapi harus ingat bahawasanya kita pown ada memiliki keburukan dan kita pown x suka biler diceritakan oleh orang lain bukan? Masa nak wat cenggitu ingat2 ler akan dosa dan hari pembalasan kelak.

Menjaga aib rumahtangga adalah WAJIB. Menyebarkannya adalah berdosa bahkan boleh meruntuhkan rumahtangga. Janganlah kita menceritakan keburukan atau kekurangan pasangan kita pada orang lain sebab sesungguhnya pasangan kita adalah sebahagian dari diri kita. Aib diri dia adalah aib diri kita jugak.

Jangan biarkan diri kita menceritakan aib pasangan sendiri, walau pasangan kita tu hanyut dengan maksiat, zina dan dosa saban waktu. Sebagai pasangan kita WAJIB untuk menjaga aib dalam rumahtangga. Biar Allah yang menghukum, bukan tiada ikhtiar dalam memperbaiki hubungan masing2, malah biler terlalu banyak alternatif sudah dilakukan dan hasilnya masih seperti dulu dan bertambah parah, mengadulah pada yang Maha Esa, iaitu Allah SWT. Banyakkan berdoa. Itulah jalan yang terbaik.  Elak dari meluah perasaan di FB, Twitter, blog atau forum dalam web, yang tentunya akan menjadi santapan setiap pengunjung yang lain. Ataupown, meng'update'kan status tentang perang dingin masing2. Perlu ker?

Jika terpaksa juga mengemukakan kepada sesiapa yang boleh memberi bantuan atau tunjuk ajar, maka hendaklah pertama dipastikan kelayakan penasihat tersebut, kedua dibuat dalam media terkawal seperti e-mail peribadi, telefon dan seumpamanya dan ketiga menceritakan hal yang berkaitan saja. Bersama berjanji tidak akan menyebarkan kepada orang lain. Pastikan orang yang kita luahkan perahsia dan bersama2 membantu, bukannya memusnahkan mahligai cinta yang dibina, kecuali mahligai yang dibina bertentangan dengan ajaran Islam.

"ALLAH sebagai Dzat yang Maha Menciptakan, telah berfirman di surah Al-Baqarah: 187, yang maksudnya,..."mereka (isteri) adalah pakaian bagimu dan kamu (suami) adalah pakaian bagi mereka..."

Credit pada SINI

*Hasil pembacaan hari ini untuk kita semua... ^_^ kadang2 kita ni terlupa...nak kena diingatkan juga... hopefully, jadi panduan dan ingatan buat kita bersama2 ek? ^_^

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. x pernah face problem mcm ni...huhu...dan jarang online fb..selalu citer yang best2 jer..hahaha...

    ReplyDelete
  2. rahsia umhtangga perlu dipelihara :) btul2x..

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju. Jangan sesekali dedahkan aib orang apatah lagi pasangan kita..

    ReplyDelete
  4. setuju dik
    bila dah ramai2 macam2 boleh kuar
    tu sebab kita dilarang duduk berbual buang masa nie huhuh

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum farah...setuju2 tu...:)

    ReplyDelete
  6. YA ALLAH .. TRIMA LAH PSANGAN KITE SEADANYA . XPERLU NAK KECOH2 KAT LAMAN SOSIAL BAGAI

    ReplyDelete
  7. ni lah akibat bila semua status nak update kat FB...dah lah kwn2 FB tau siapa bini dia....hehe tak pasal2 dah bocor rahsia tidur dengkur...

    ReplyDelete
  8. isk...x patut la camtu....mau kena karate 14x ni...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih cik bubbly...kerana mengingatkan.... biasalah manusiakan...kalau time geram habis diceritakan...... so lepas ni cerita yang best2 je, cerita buruk...tak mo ...tak mo.... he..he..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !