Makan Daging Dengan Ayam Jer Lah

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Kerang rebus memang yummylicious... hu hu hu...tapi masa tengok Buletin Utama on last Sunday (punyalah lama kan baru nak up entry...wakakakaka...dah ketinggalan zaman lah pulak akak... nak wat cam ner baru terfikir nak up entry pasal nih)... Jabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Perikanan menasihati orang awam supaya tidak memakan kerang di perairan pantai barat Sabah disebabkan fenomena air laut merah masih dikesan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata sekiranya ingin memakan kerang, pastikan ia tidak diperoleh dari pantai barat Sabah. 
"Orang ramai diminta untuk tidak memakan makanan seperti kerang, siput dan ikan2 pesisir pantai terutama yang diperoleh dari pantai barat Sabah. Jika termakan dan mengalami tanda2 seperti kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan," katanya. 
Rabu lepas, 2 kematian dilapor di Sepanggar, dipercayai akibat keracunan selepas memakan kerang yang dicemari toksik berpunca daripada fenomena air merah di perairan pantai barat Sabah. Rosnah berkata daerah yang dikesan berlaku pencemaran air laut merah ialah Tasik Sitompok di Kuala Penyu, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Sepanggar Bay, (termasuk Kuala Menggatal), Likas Bay, Papar dan Tuaran.
Rosnah turut memberitahu bahawa Jabatan Kesihatan Negeri juga telah menghantar sampel kerang dan air laut di kawasan Sepanggar ke Jabatan Perikanan Sabah untuk dianalisa pada 4 Jan dan mendapati terdapat kehadiran toksin PSP yang sangat tinggi di dalam sampel kerang. 
"Kawalan dan komunikasi risiko berkaitan bahaya kejadian air laut merah telah dilakukan kepada mereka yang terlibat dan pemimpin tempatan taman perumahan yang berkaitan. Di samping itu, sebanyak 30 poster mengenai bahaya kejadian air laut merah juga telah ditampal di kawasan tumpuan ramai di taman berkenaan," katanya.
Tambah beliau, Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Perikanan Sabah akan memaklumkan kepada orang awam mengenai perkembangan kejadian air laut merah dari semasa ke semasa. - BERNAMA
Ermmm... untuk langkah2 keselamatan bersama, jawabnya kiter makan daging dengan ayam jer lah ek? Hu hu hu... Lagipown, musim2 banjir dan Ribut Tropika Sonamu nih, memang harga makanan laut naik mendadakler jawabnyer... oleh itu, ibu2, isteri2 dan yang seangkatan dengannya...kiter perlulah menjadi lebih kreatif untuk mempelbagaikan masakan daging dan juga ayam supaya isi rumah kita x jemu nak makan lauk atau menu yang sama jer setiap hari...ekekekeke... x pown kalau nak healthy... jadi vegetarian... kannnn? 

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alamak..dh boring makan ayam..hurmmmmmm

    ReplyDelete
  2. huhu..itulaa..ada dgr jgak psal air laut merah tuu..xpaa..pntg sekejap..hehe..

    ReplyDelete
  3. eh..kak..husna buat bloglist januari utk bloglist husna..nak join x?? =D
    http://husnazahidi.blogspot.com/2013/01/bloglist-januari-husna.html

    ReplyDelete
  4. ayut dgr gak pasal ni..takla teringin mne skrg nk mkn yer..slmt la kan..hihihi

    ReplyDelete
  5. Nyue kalu bab seafood..gilar sgt2...kerang ni pon salah satu..rebus xpun bakar..mmg sedap a...ehehehehe.....

    ReplyDelete
  6. ain kalau duk sabah, memang jarang2la dapat makan ikan, makanan laut nih...selalunya, sayur je lah...hehehe....tetibe jadik vege...

    ReplyDelete
  7. bahayanya...huhu..elakkan makan buat sementara waktu sampai keadaan kembali pulih

    ReplyDelete
  8. alaaaa...akak ko ni suka kerang la dik...sedap...tp kerang kat Semenanjung sama ke ngan kat Sabah? hahahahaha...apa punyer soklan kan?

    ReplyDelete
  9. sedap la pulak nampak kerang tu

    ikut je pesan KKM tu...lepas sume dh ok baru makan balik

    ReplyDelete
  10. Betul tu...okje pun ada dengar jugak...kena pantang dulu seafood ni...

    ReplyDelete
  11. @CikZaniff:
    yelah eja... ^_^

    @dEdEQ dE wIshEs;
    deq pown sama....

    @Cheq Kaq:
    hu hu hu... ayam makan selalu pown jemu jugak kak...

    @Angel Love Soldier:
    nanty akak citer ek adik lepas dah wat research dan gi soal Cik Google... he he he... jujur jer jawapan...

    @fatin amalina husna:
    demi keselamatan, kenalah kita berpantang jap... occay husna nanty akak jenguk2 yer... In Shaa Allah...

    @ayut:
    he he he... kalau x teringin tu memang selamat la tu...

    @Nyue:
    Nyue...akak memang suker giler ketam... ^_^... kerang pulak kerang rebus, kerang bakar akak kureng sikit... seafood besh kann?

    @therosputih:
    aikkk...bukan sabah ker makanan seafood mewah?

    @~didiey~ :
    ya buat sementara waktu ni kan?

    @Amanda Suria:
    kalau tanya saya, kerang kat Semenanjung ngan kerang kat Sabah memang ler tak sama... x sama lokasi... he he he...

    @NoEn:
    ha ah kan kak? ^_^

    @hainom OKje:
    marilah kita sama2 berpantang... tapi bukan makan macam orang dalam pantang tau OKje...ekekekke....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !