Kisah Benar: Ujian Buat Lelaki

Farah Waheda Wahid
18
Source Extracted from Google


Cerita ini benar2 berlaku kepada seorang besties saya, yang mana dia telah menguji kedua2 orang lelaki yang hadir di dalam hidup beliau dengan satu ujian yang sangat simple tetapi banyak jawapan yang boleh diperoleh dari situ bagi saya. Bijak jugak kotak pemikiran dia. He he he….

Mengenai besties saya ini, pada masa ini dia berhadapan dengan 2 pilihan. Sama ada untuk memilih lelaki A sebagai teman hidup ataupun lelaki B sebagai teman hidup sebab kedua2 dia suka dan kedua2nya dia senangi. Jadi terconfuse la pulak kan, nak pilih yang mana. Dah pesan dah suruh buat solat istikharah… katanya dah buat tapi x taulah, itu perihal peribadi beliau. Cuma mencadangkan ajer. Kita sebagai sahabat hanya mahukan yang terbaik buat sahabat kita. Sebagaimana dia pernah suruh saya buat solat istikharah pada satu ketika yang tak lama dulu bila terpaksa membuat satu keputusan yang besar dalam hidup. Yup…we care for each other. Wut a sweet friendship I had with her…

Kadang2 manusia ni hanya dengan apa yang dipersembahkan di hadapan kita sahaja belum cukup untuk kita mengenali siapa diri seseorang manusia tu yang sebenar. Lagi2 berhadapan dengan lelaki yang bakal dijadikan tempat bergantung dan tempat berlindung. Itu satu keputusan besar yang bakal kita hadapi sepanjang hidup kita tu. Jadi… sesuatu telah terjadi… 

Wedges besties saya terkoyak dan terputus di pejabat. Ntah dari mana dia dapat idea ntah, dia text kedua2 orang lelaki ini. Ayat yang cukup simple, “Kasut kerja terkoyak dan terputus…”. Dan kita lihat apa yang dijawab oleh kedua2 orang lelaki yang berkenaan dalam hidup beliau:

Lelaki B membalas text tersebut dengan, “Kasut keje kat Vincci berapa?”

Lelaki A pula membalas text, “Kenapa, kasut koyak dan putus? So, nak beli kasut baru la ni?”

Feedback berkenaan adalah disusun mengikut aturan siapa yang reply dulu. So, agak2nya kalau uols jadi my besties, apa yang dapat disimpulkan dari situ? ^_^ La la la…

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kalau akak,akak x pilih dua2, kedekut..hahahaha...si B siap tanya harga, si A jelas2 mcm kedekut jer...hahahahaha.....

    ReplyDelete
  2. haha...setuju ngan komen amanda suria yang kat atas ni...kuikuikui...lelaki C takdak ke...

    ReplyDelete
  3. hahaha...soalan lelaki A tu mcm &^#&(@-. dah putus mesti la kena beli kan. Tak kan nak balik rumah kaki ayam.

    ReplyDelete
  4. Cheqkaq akan pilih C ! hehehehe..Lelaki C ade kat office dia kot, offer kt besties farah selipar jepun yang dia guna nk p solat..lalalalala

    ReplyDelete
  5. ni soal nak pilih pasangan nih.. kena pilih betul2.. mungkin jawapan yang diberi tak menggambarkan diri mereka sebenar sbb kalau baca banyak kali dengan pelbagai nada, memberi maksud yagn berbeza... cer tambah soklan lain... huhu

    ReplyDelete
  6. ekekke macam2 jenis lelaki
    hakikatnya kita kena terima seadanya lelaki itu jika dia ditakdirkan buat kita kan huhuhu

    sob sob sob .. adehh :(

    ReplyDelete
  7. alamak susah mau cakap ni..ehehhe

    ReplyDelete
  8. Kalau I, I pilih yang akan cakap macam nie, 'Oh yeke? Takpe, you balik kerja nanti, I jemput you, kita beli kasut samasama ya. Nanti I bawakkan seliper spare untuk you.' :)

    ReplyDelete
  9. dua dua msg tak menarik... .

    sorry, pendpt saya la.. *wink*

    ReplyDelete
  10. kalau terpaksa pilih antara A dan B, gaya A tu sah2 la dia rasa macam terpaksa kena beli kan, kan..

    kalau B tu macam dia ambik tahu..cuma tak pasti pula kalau cara dia cakap tu, mcm mna nadanya.. risau kena kuar duit bnyak ke, atau dia sanggup belikan..

    masih confius..hehehe

    ReplyDelete
  11. hurmmmm...susah nak menilai hati budi lelaki berdasarkan kiriman text begitu...lagi-lagi ai yang langsung tak pernah kenal A atau B tu...

    semoga dipermudahkan jodohnya buat ur besties... :-)

    ReplyDelete
  12. hurmmm... susah jugakkan dalam keadaan dia menduga begitu...sebab macam masih x berapa telus untuk kedua2nya.... ^_^ ngee... pendapat saya pulak... dia kena lah pandai buat pilihan agar x tersalah pilih... cam some of uols kata... Lelaki C ke?

    ReplyDelete
  13. hmmm tak tau nak pilih yg mana... pakai dadu boleh tak hehehe

    ReplyDelete
  14. hehe pompuan ni suka wat camni tau...suka test2....sebenarnya lelaki A lebih jujur...lelaki B ni mcm bermulut manis je orgnya....

    setuju dgn pendapat Ayumieka....soalan camni tak tepat dalam membuat penilaian...kena plak nak pilih pasangan hidup...

    tu la sape suh kawan dgn 2 org sekali...(jawapan ikhlas dari ai yg tak membantu...haha)

    ReplyDelete
  15. setakat jawapan tentang kasut tu tak beri gambaran secara keseluruhan ttg lelaki tu
    kena byk lagi bertanya soalan lain
    lagi bagus kalau islam tanya tentang agama.hehehe

    ReplyDelete
  16. Lelaki yang prihatin dan mahu susah senang dengan kita itulah yg patot dipilih.
    Tapi situasi diatas tak dapat sangat nak menggambarkan sikap mereka.
    Kalau nak lebih tepat adalah membuat solat Istikharah :)

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum farah...yer la nak cari lelaki yg betul2 prihatin mmg susah skg ni...;)

    ReplyDelete
  18. dua2 jenis berkira nampak gayanya :D

    a`aakan masak lemak pon sedap jugak :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !