Kesesakan Trafik Cetus Serangan Jantung?

Farah Waheda Wahid
6

Sendiri wat tajuk entry, sendiri yang rasa cam scary jer... ekekekeke... ^_^.  Traffic congestion... haiii...dah penat dah nak citer pun pasal traffic ni...especially Federal Highway tempat laluan ke office setiap hari tu dan juga laluan balik... congestion is something yang betul2 x dapat nak dielakkanlah ... lebih2 lagi sekarang ni kereta dah semakin banyak kat atas jalan raya... (orang Malaysia dah kaya2...setiap rumah sekurang2nya mesti ada sejibik kereta...ekekekeke... Alhamdulillah rezeki Allah SWT). 

Tapi sedar x? bila berdepan dengan situation macam ni tiap2 hari boleh buatkan tahap tekanan atau stress kita melonjak? Stress oooo...kalau dah hari2 perjalanan yang boleh makan masa 1/2 jam jadi berjam2... 

Selain degupan jantung yang cepat dan badan banyak berpeluh, lain2 tanda amaran stress termasuklah loya, bernafas kencang, cirit-birit atau terasa hendak membuang air kecil, sejuk kaki dan tangan, berubah selera makan (tidak lalu makan atau makin bertambah), sakit2 badan yang tidak diketahui puncanya, tidak dapat menumpukan perhatian dan gangguan tidur. 

Just imagine ek, everyday kita mengadap traffic congestion, without realizing it we started to feel stress and some of the symptom starting to appear. Kita bakal berhadapan dengan pembunuh senyap atau kematian mengejut akibat serangan jantung... Nauzubillahminzalik...mintak2 dijauhkan lah... hu hu hu... 

Kesesakan lalu lintas mengakibatkan kepekatan karbon monoksida meningkat di udara dan ini menyebabkan otot jantung kekurang oksigen. Stress atau tekanan perasaan juga menyebabkan kadar denyutan jantung meningkat. Pemandu pula hilang kawalan emosi hingga tercetusnya perasaan marah dan 'mengamuk'... Uhukss... cam ada jer saya hangin masa stranded dalam traffic? Oh x bagus, x bagus...no good, no good... so tolong chillexkan diri sendiri (pesan pada diri sendiri nih)

Atas credit dari SINI
Dikatakan bahawa 1 kajian baru2 ini menunjukkan kesesakan lalu lintas mempunyai kaitan dengan risiko serangan jantung. Penyelidikan yang melibatkan 1,500 kes serangan jantung itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jerman dan Amerika Syarikat (AS). Menurut kajian itu, mereka yang berdepan dengan kesesakan trafik tidak kira sama ada pemandu, penumpan, penunggang motosikal atau pengguna pengangkutan awam akan mengalami risiko serangan jantung 3x ganda lebih daripada keadaan biasa. 
Kebanyakan kes yang diteliti menunjukkan tempoh 1 jam pertama kesesakan trafik sudah cukup untuk meningkatkan risiko itu. Kajian oleh Institut Epidemologi Helmholtz dan Sekolah Kesihatan Awam Universiti Harvard juga mendapati suku daripada kes yang dipantau melibatkan wanita berusia sekita 60-an. Pemandu kereta yang terperangkap dalam kesesakan merupakan kelompok utama yang terdedah kepada serangan jantung.
Gulp... we drivers... are expose to heart attack.... hu hu hu... tapi nak buat macam mana? Traffic congestion isn't what we want... Jawapannya, bertenanglah ketika memandu dan bersabarlah...Zikir dan ingat Allah banyak2...x yah nak hangin2 sangat...ekekekeke... hangin2 pun, traffic tetap congested cenggitu jugak...bukan boleh buat apa pun... so redah jer la... banyakkan istighfar (cuma kadang2 tu bila kita nak cepat memang ler apa pun x bley... faham2 sebab saya sendiri pun cenggitu... ^_^) ... Oleh itu, kita semua2 ni yang memandu... kena sentiasa sabar dan sabar dan sabar kalau x nak expose pada risiko serangan jantung... 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sapa2 pun tak nak lalau jem kan. mmg stress la. jem satu hal.ngan sikap pemandu yg kdg2 menyakitkan hati. mcm dia sorang jea nak cepat.

    ReplyDelete
  2. biasanya yg kena sakit jantung nie yg kuat marah2 nie masa traffic jam..so,sabar ye..sabar tu separuh drpd iman..:)salam perkenalan

    ReplyDelete
  3. ragam hidup di kota.. ada 3 tekanan.. personal problem, works problem, traffic problem... lol

    Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1
    Klik Sini !

    ReplyDelete
  4. bahaya kan..trafik jam pun pasal boleh ganggu kesihatan kita..

    saya tak lalui mcm ni tapi dapat bayangkan kesesakkan jalan yg boleh buat kita stress..

    ReplyDelete
  5. tengok tajuk pun dah scary apatah lagi bila baca ceritanya lagilah scary :)

    serangan sakit jantung tak mengira tempat dan usia.

    ReplyDelete
  6. Katenye Jumaat lepas Federal jammed teruk kan? Banjir lagi. Gara2 hujan lebat non stop petangnye.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !