Jenis2 Ulam & Khasiatnya

Farah Waheda Wahid
5
Siapa kat sini yang suka makan ulam? Saya? Saya makan juga ulam ni, tapi tengok2 ulam lah... Ada ulam yang saya dah biasa dan selalu jugak makan, ada ulam tu yang saya belum pernah makan dan rasa lagi. Dikatakan ulam adalah sangat baik untuk tubuh badan. Heee...bukan apa... bila makan ulam ni, secara automatik saya akan terfikir cam makan daun atau rumput... Pemikiran yang saya cuba hindarkan dari dulu sampai sekarang... So far, ulam yang saya makan adalah kacang botol, petai (tapi petai ni saya x makan macam tu jer...mesti kene buat sambal petai ikan bilis ataupun sambal petai udang baru bley jalan)

Mama cakap kalau rajin makan ulam awet muda. Awww...siapa yang x nak awet muda kan? Agaknya sebab tu muka mama x nampak macam dah umur 63 tahun, maintain cenggitu jer, macam masih late 40 lagi gitu...Kalau pegi mana2, mesti mama cakap mama nampak muda eventhough mama lebih tua dari papa 4 tahun. 

Ulam2 sebenarnya adalah kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Selain itu, ulam2 ni mempunyai seribu 1 khasiat dan kebaikannya terutamanya untuk kesihatan tubuh badan manusia. Contohnya, melalui pembacaan saya dekat SINI, daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak2, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang. Wahhh...bagus ni... ^_^

DAUN CEKUR

Source Extracted from Google
Menguncupkan rahim (untuk wanita lepas bersalin), mencegah sakit dan sengal tulang, demam, batuk dan sakit kerongkong.

JERING

Source Extracted from Google
Mencegah penyakit kencing manis, membersihkan buah pinggang, memperbaiki pembuangan air kecil dan memperkuat tulang.

DAUN KADUK

Source Extracted from Google
Memperkuatkan tulang

DAUN PEGAGA

Source Extracted from Google
Menguncupkan rahim, mengawet muda, memperbaiki peredaran darah, pertumbuhan rambut, memperkuatkan gigi dan untuk kecerdasan otak.

PETAI

Source Extracted from Google
Mencegah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, kembung, membersihkan darah dan usus.

PUCUK BETIK

Source Extracted from Google
Membantu penghadaman

PUCUK GAJUS

Source Extracted from Google
Membersihkan darah

PUCUK MENGKUDU

Source Extracted from Google
Mencegah sakit kepala, buasir, kembung dan menguncupkan rahim

PUCUK PUTAT

Source Extracted from Google
Mencegah pening dan darah tinggi, membersihkan darah dan menguncupkan rahim.

ULAM RAJA

Source Extracted from Google
Membersihkan darah dan memperkuatkan tulang

Rasanya banyak lagi ulam2 yang saya x senaraikan kat sini, tapi ini adalah antara jenis2 ulam yang selalu dimakan dan terdapat di kebanyakkan tempat... ^_^... Hurmm... banyak khasiat ulam2 ni kan? Tuk nenek kita dulu memang suka makan ulam2 ni, sebab tu agaknya walaupun umur dah senja tapi body masih steady lagi... 

*Nak belajar makan ulam2 ni selain dari kacang botol dan petai... ^_^ 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hai..saya suka jugak makan ulam nie...macam petai pon kena jugak masak wat sambal..sama macam jering pon sama kena wat sambal baru blh makan...tp yang biasa mkn mcm tu jer ulam raja pucuk salon daun tenggek burung...tp kena balik kpg dulu bru blh mkn..

    ReplyDelete
  2. ai tak suka sayur yang dimasak sebenarnya, tapi kalau ada ulam + sambal belacan...memang itu la yang ai letak dlm pinggan... :-)

    ReplyDelete
  3. @Farah Noorlin:
    Tenggek burung tu saya x pernah dengar... heee... ^_^

    @elise eijal:
    sambal belacan tu lah yang terbaik you... ^_^

    ReplyDelete
  4. suka jugak makan ulam, tapi taktau kenapa tak bape suke ulam raja, padahal, rasanya cam femes je kot ulam tu kan...

    ReplyDelete
  5. Samalah farah..makan ulam yg biasa nmpk dan senang dapat..
    Kalau cenggitu kambing mesti awet mudakan Farah....he..he..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !