Isteri2 Nabi Muhammad SAW

Farah Waheda Wahid
10
Salam pagi Jumaat peeps... ^_^... Jom kita kenal2 dengan isteri2 Nabi Muhammad SAW...

ISTERI PERTAMA: SITI KHADIJAH BINTI KHUWALID
Manusia pertama masuk Islam. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

ISTERI KEDUA: SAUDAH BINTI ZAM'AH
Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak2 Rasulullah dengan Khadijah.

ISTERI KETIGA: AISYAH BINTI ABU BAKAR
Satu2nya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

ISTERI KEEMPAT: HAFSAH BINTI UMAR
Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

ISTERI KELIMA: ZAINAB BINTI KHUZAIMAH
Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar Ummu al-Masakin (ibu orang2 miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

ISTERI KEENAM: UMMU SALAMAH BINTI ABU UMAYYAH
Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

ISTERI KETUJUH: ZAINAB BINTI JAHSY
Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

ISTERI KELAPAN: JUWAIRIYAH BINTI AL-HARITH
Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

ISTERI KESEMBILAN: SAFIYYAH BINTI HUYAI
Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

ISTER KESEPULUH: UMMU HABIBAH RAMLAH BINTI ABU SUFIYAN
Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi Raja Najasyi.

ISTERI KESEBELAS: MAIMUNAH BINTI AL-HARITH
Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertaqwa dan bersungguh2 menyambung silaturahim.

ISTERI KEDUABELAS: MARIAH BINTI SYAM'UN
Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu2nya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

Credit: Buku "Muhammad Rasulullah" oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan "Mengenal Rasulullah SAW" oleh Ustaz Johari Yaman

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Mampukah kita untuk menjadi persis isteri-isteri Rasullullah....Ya cik bubbly....

    ReplyDelete
  2. terasa satu perasaan dalam diri...jauhnya kita dengan akhlak, peribadi dan amalan isteri-isteri Rasullullah SAW

    ReplyDelete
  3. x tau la samada akak mampu x menjadi seperti isteri2 rasullullah...x tercapai dek akal akak ni...

    ReplyDelete
  4. wanita2x pilihan...berkahwin kerana Islam....menyebarkan Islam...

    ReplyDelete
  5. Satu pedoman untuk lelaki yang ingin mengikut jejak Rasulullah..Baginda tak memilih isteri sebab nafsu, kebanyakan mereka bukan anak dara, hanya Aisyah sahaja..tapi lelaki skang, nk kawin lebih dari satu sbb konon nk ikut jejak Nabi, tapi pilih yang anak dara jer..hoh!

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..sgt2 mula kan isteri2 nabi..berbanding ngn kita..xingt plak kesemuanya..TQ kak share psal ni..:)

    ReplyDelete
  7. terdetik dalam hati mampukah diri ini menjadi seperti mereka semua.

    ReplyDelete
  8. mulianya isteri-isteri Baginda..tak termampu menjadi seperti isteri-isteri Rasullulah

    ReplyDelete
  9. banyak yang perlu dibuat dan diperbaiki kan untuk menjadi isteri yang baik dan solehah...

    tapi mereka2 adalah contoh bagi kita...

    ReplyDelete
  10. Mereka semua adalah contoh2 isteri solehah yang patot kita contohi :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !